Dalam usaha untuk menenangkan spekulasi, Ketua Penerangan Umno Terengganu Senator Datuk Abdul Rahman Bakar berkata presiden parti  Dato’ Seri Najib Razak dua minggu lalu telah memberi jaminan kepimpinan negeri bahawa Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad tidak akan diganti.

" Dato' Seri Mohd Najib telah memberitahu kita bahawa Dato' Seri Ahmad Said tidak akan diganti semasa mesyuarat majlis tertinggi parti. Jadi siapakah yang akan percaya? Nak percaya khabar angin atau presiden parti itu sendiri ?" Senator Abdul Rahman dipetik berkata dalam laporan dalam talian pagi ini.

Bahkan sebelum ini beberapa pemimpin Umno juga telah menyuarakan sokongan mereka terhadap Ahmad sebagaiman dilaporkan.

Ketua Bahagian Umno Setiu Datuk Mohd Jidin Shafee berkata tidak ada keperluan dan perkara itu tidak wajar ditimbulkan sama sekali dan jangan cuba mengeruhkan suasana yang telah jernih di Terengganu.

Bagi Ketua Bahagian Hulu Besut Umno Nawi Mohamad, khabar angin itu telah tercetus oleh mereka yang menentang " landskap politik semasa" di Terengganu.
Beliau menyokong penuh kepimpinan Dato’ Seri Haji Ahmad Said.

" Khabar angin itu sedang disebarkan oleh seseorang yang bertentangan dengan suasana politik yang harmoni di Terengganu. "

Isu ini dimainkan sebagai semata-mata  oleh musuh-musuh parti  dan kalangan yang tidak puas hati dan yang cuba menimbulkan sikap ketidak setiaan kepada pucuk pimpinan dan ketua kerana was-was dan cuba mencari dahan baru.

Sumber: http://teganukita.blogspot.com/2014/05/rahman-bakar-minta-ahli-ahli-umno-dan.html

eXTReMe Tracker