Bersama AJK Pertubuhan Kebajikan Islam Anak Anak Yatim (Perkasa) Darul Falah Terengganu di Majlis pelancaran program anak angkat di Masjid Kg Tebakang Marang pd 23.3.2012
Semuga anak anak yatim juga merasai bahawa mereka mempunyai ayah dan ibu.
Bantuan kepada ibu ibu tunggal seramai 100 orang di Masjid Tebakang Marang pada hari ini 23.3.2012.

Cenderahati disampaikan oleh Yang Dipertua Perkasa, Ybhg. Tuan Haji Yusof Musa




Merafak sembah menjunjung kasih kebawah DYMM Sultan, Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah diatas perkenan merasmikan Masjid Kg. Cerang Cina, Daerah Marang.


Titah Perasmian oleh DYMM Tuanku Sultan Terengganu


Menanti ketibaan Ke bawah DYMM Tuanku Sultan Terengganu sempena pembukaan Masjid Cerang Cina di Marang Trg pd 20.3.2012 jam 7.15 mlm







Mengiringi Baginda Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin menyaksikan persembahan silat di Daerah Marang pada 19.3.2012


Langkah sembah pembuka gelanggang
Buat tatapan raja tersayang
PRU 13 insyaallah BN menang cemerlang
Negeri berdaulat rakyat pun senang



Oleh FAUZI MOHD dan AMIRULLAH OTHMAN

Jambatan empat lorong bernilai RM80 juta bakal dibina bagi menggantikan Jambatan Sungai Marang sedia ada.

Pegawai Daerah Marang, A. Rahman Che Ali berkata, jambatan yang dirancang pembinaannya setinggi lapan meter itu menjadi nadi laluan penting daerah berkenaan.

"Pembinaan itu bagi mengatasi masalah trafik di sekitar bandar Marang sekali gus menaikkan imej bandar ini sebagai bandar berkembar kepada Kuala Terengganu," katanya.


Beliau berkata kepada pemberita selepas taklimat pembangunan Daerah Marang kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang melawat ke pejabat daerah itu hari ini.

Mengiringi baginda, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah dan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita Negeri, Dato’ Yahya Khatib Mohamad.

Turut serta, Tengku Seri Temenggong Raja, Dato’ Seri Tengku Baharudin Sultan Mahmud, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat, YB. Alias Abdullah dan Pegawai Pembangunan Parlimen Marang, Dato’ Abdul Rahman Bakar.

Tambah A. Rahman, tumpuan diberi terhadap pembinaan jambatan itu sebagai usaha menaiktaraf jambatan lama itu yang sudah ketinggalan berbanding jambatan-jambatan lain.

Katanya, dengan ketinggian sehingga lapan meter itu, ia membolehkan laluan bot besar persiaran dan bot nelayan di sungai berkenaan walaupun dalam keadaan air pasang.

Petikan: http://teganukita.blogspot.com/2012/03/sultan-mizan-hadir-taklimat-pembangunan.html

YANG di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menerima watikah daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perasmian Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Parlimen bagi Penggal Kelima Persidangan ke-12 di Parlimen.


Gambar Bersama Rakan Ahli Parlimen Malaysia & Bersama Dato' Seri Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, hari ini merasmikan pembukaan mesyuarat pertama penggal kelima persidangan Parlimen ke-12.

Upacara perasmian itu turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri Kabinet serta perwakilan asing.

Dewan Rakyat mula bersidang esok hingga 12 April dan Dewan Negara mulai 23 April hingga 10 Mei.
Seri Paduka bersama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah tiba di Dataran Parlimen kira-kira jam 10 pagi.

Selepas lagu "Negaraku" dimainkan, Tuanku Abdul Halim memeriksa barisan kawalan kehormatan yang terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja dari Kem Sungai Besi di sini yang diketuai Mejar Amriza Mohd Ashaari.

Serentak dengan upacara itu, 21 das tembakan meriam dilepaskan.

Ia adalah kali pertama Tuanku Abdul Halim merasmikan persidangan Parlimen selepas dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 berkuatkuasa Disember lalu.
Baginda pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong kelima mulai 1970 hingga 1975. - BERNAMA


Petikan oleh: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/AgongrasmipenggalkelimaParlimenke-12/Article


Merasmikan Program Gotong Royong Membuat Laksa Tradisional..
Sempena 'Jelajah Pendekar 37'

Gambar lain seperti dibawah:



eXTReMe Tracker