KUALA TERENGGANU 28 Nov. - Bekas Ahli Parlimen Marang, Senator Datuk Abdul Rahman Bakar (gambar), 61, telah dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO Negeri Terengganu yang baharu dalam melengkapkan proses rombakan yang dilakukan.

Beliau yang juga bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia sebelum ini diberi tanggungjawab sebagai Pengerusi Pengundi Luar dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Badan Perhubungan UMNO negeri.

Pelantikan beliau menggantikan Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dalam rombakan yang diumumkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Said di sini malam tadi.

Abdul Rahman berpengalaman rencam dalam politik termasuk pernah menjadi Ketua UMNO hagian Marang selain Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri selain meneraju NGO.
Beliau menewaskan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen Marang sebanyak dua kali iaitu 1986 dan 2004.

Sementara itu Timbalan Ketua UMMO Bahagian Marang, Nik Dir Nik Wan Ku dilantik sebagai Bendahari yang baharu.

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/Timur/20131129/wt_05/Rahman-Ketua-Penerangan-UMNO-negeri 

Artikel dari blog Teganukita yang berkaitan, sila klik link dibawah:
'GIANT KILLER' KETUA PENERANGAN UMNO TERENGGANU YANG BARU
http://teganukita.blogspot.com/2013/11/datuk-rahman-bakar-ketua-penerangan.html



eXTReMe Tracker