Selasa, 6 Mei 2014 – Majlis Jamuan Perpisahan Ahli-ahli Dewan Negara Yang Tamat Tempoh telah diadakan di Dewan Bankuet, Parlimen Malaysia bermula pada jam 1.00 petang. Seramai 6 orang Ahli-ahli Dewan Negara yang tamat tempoh telah diraikan dalam majlis tersebut.

Turut hadir ialah YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang, Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Datuk Doris Sophia Brodi, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, YBhg. Datuk Roosme Hamzah, Setiausaha Dewan Rakyat dan YBhg. Datuk Zamani Sulaiman, Setiausaha Dewan Negara. Selain itu, majlis tersebut turut dihadiri oleh Ahli-ahli Dewan Negara dan pegawai-pegawai kanan Parlimen Malaysia.

Berikut ialah senarai Ahli-ahli Dewan Negara yang diraikan dalam majlis tersebut :
- YBhg. Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah ( 26 April 2010 – 25 April 2013)
- YBhg. Tuan Mohamad Ezam bin Mohd. Nor ( 3 Mei 2012 – 5 Mei 2014 )
- YBhg. Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim ( 18 Mac 2008 – 17 Mac 2014 )
- YBhg. Dato’ Maznah binti Mazlan ( 18 April 2008 – 17 April 2014 )
- YB Senator Dato’ Haji Muhamad Yusof bin Husin ( 20 Mei 2008 – 20 Mei 2014)
- YB Senator Tuan Saiful Izham bin Ramli ( 21 Mei 2011 – 20 Mei 2014)

Majlis jamuan perpisahan ini telah dimulakan dengan ucapan oleh Yang di-Pertua Dewan Negara. Di dalam ucapannya, YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang mengucapkan sekalung penghargaan kepada semua Senator yang telah tamat tempoh perkhidmatan sebagai Ahli Dewan Negara serta banyak menyumbang kepada negara.

Seterusnya, majlis disusuli dengan ucapan oleh 3 orang Senator yang telah tamat tempoh iaitu YBhg. Dato’ Mohammed Najeeb Abdullah, YBhg. Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim dan YB Senator Dato’ Haji Muhamad Yusof Husin . Pelbagai pengalaman sepanjang menjadi Ahli Dewan Negara telah dikongsikan dengan semua tetamu.
Yang di-Pertua Dewan Negara menyampaikan cenderamata kepada YBhg. Dato’ Mohammed Najeeb Abdullah, salah seorang Senator yang diraikan dalam majlis tersebut.

Majlis jamuan perpisahan ini telah diakhiri dengan upacara penyampaian cenderamata kepada semua Ahli-ahli Dewan Negara yang tamat tempoh dan telah disempurnakan oleh YB Senator Tan Sri Abu Zahar, Yang di-Pertua Dewan Negara. Majlis tersebut tamat kira-kira jam 2 petang.

Sumber: http://www.parlimen.gov.my/majlis_jamuan_perpisahan__ahli-ahli_dewan_negara_yang_tamat_tempoh.html?uweb=p&

eXTReMe Tracker