His Excellancy U Tinn Latt Ambassador of Myanmar put his signature during opening ceremony of MMCC office at Setiawalk Puchong on the 28.6.2012


Merasmikan pembukaan pejabat Malaysia Myanmar Chamber of Commerce di Unit C-6-6-9, Block C, Tingkat 5 Setiawalk Puchong bersama Duta Myanmar pada 28.6.12
Layari laman www.mmcc.com.my


Nota: YB Senator Dato' Abdul Rahman Bakar adalah Chairman Malaysia-Myanmar Chamber of Commerce


Pada 25 Jun 2012 (Isnin), Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Cawangan Gelugor Kedai, Bahagian Marang, Terengganu telah mengadakan mesyuarat ahli jawatankuasa kali ke 2/2012.
Agenda:
1. Bacaan doa
2. Ucapan Pengerusi / Ketua Cawangan
3. Imbasan dan Rumusan Persidangan Agung Tahunan UMNO Cawangan dan Sayap-Sayap 2012
4. Laporan Sayap-Sayap
5. Perancangan Aktiviti / Program Cawangan dan Peti Undi
6. Lain-lain hal

Dibawah ini adalah foto berkaitan yang sempat dimuatnaik:-




Bergambar bersama krew filem pendek Penambang. Pengarah muda iaitu Ariff Zulkarnai merupakan anak jati Terengganu.

Tetamu Krew Filem Penambang ke Areeibaf Homestay diraikan dengan jamuan BBQ.

Syarikat Red Communication Sdn. Bhd. akan menerbit filem pendek Penambang dalam bahasa Melayu yang bertemakan Terengganu sempena bulan kemerdekaan. Filem pendek ini akan menyerlahkan bakat-bakat tempatan dalam bidang lakonan, keistimewaan dan juga persekitaran bandar Kuala Terengganu.

Penambang bercerita tentang kisah Arif, yang pulang ke kampung untuk berjumpa ibunya Halimah. Di Kuala Terengganu, Arif menemui ibunya di Pasar Payang, disana Arif menemani ibunya Halimah membeli belah barangan makanan. Dalam masa yang sama juga, Seorang anak kecil dibawa oleh ibunya menaiki bot penambang dari Seberang Takir untuk ke Pasar Payang. Siapa anak kecil ini? Dua kisah ini akan bertemu di dalam bot penambang, dari jeti bot penambang Kuala Terengganu, menyusuri Sungai Terengganu, untuk ke jeti bot penambang Seberang Takir. Kisah suatu petang di Kuala Terengganu, dimana Arif menemukan satu erti di dalam hidupnya. Kami yakin filem pendek ini akan mengembangkan pengetahuan tentang keistimewaan masyarakat dan budaya Terengganu dan bakat-bakat tempatan kepada penonton-penonton di tanahair dan juga di luar negara.

Pengarah filem pendek ini adalah Ariff Zulkarnain, seorang anak jati Terengganu. Ariff berharap dapat menggunakan peluang ini untuk mengetengahkan Terengganu kepada seluruh rakyat Malaysia melalui matanya. Ia juga dibintangi oleh pelakon-pelakon seperti Shahriza Mahmud, dan Naqiu Ariffin seorang pendatang baru.



Menghadiri majlis perkahwinan anaknda kepada Dato’ Dr Latiff Awang di Bukit Payong.


Menghadiri majlis perkahwinan anaknda rakan baik saya di Kg Undang, Marang, Terengganu. Tuan rumah kacak berbaju Melayu merah lengkap.


Menghadiri majlis perkahwinan waris saya di Kg Gelugor Haji Tahir.





Menghadiri majlis akad nikah anak saudara saya yang perempuan, anak kepada allahyarham kekanda Abang Long Hiliran saya yang dikasihi. Tahniah! Semoga bahagia & berkekalan..


Merasmikan mesyuarat Khairat Kematian / Khairatul Lurus Kg Pengadang Baru, Parlimen Marang.


Menghadiri majlis aqiqah anak Pengerusi Belia Kg Batu 9, Bukit Payong, Parlimen Marang, Terengganu.


Menziarahi Abang Man, pesara Polis Airport Kuala Terengganu yang kini berehat kerana sakit. Semoga Allah memelihara kesihatan beliau.



Assalamualaikum wbt..

Al-fatihah
Ucapan takziah kepada keluarga Omar Pak Li diatas pemergian ibunda mertua tersayang pada 22 Jun 2012 di Kg Kubang Bujuk, Kepong, Marang Terengganu. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.


Foto diatas semasa saya sedang mengucapkan takziah kepada isteri Omar Pak Li & keluarga diatas pemergian ibundanya.




Assalamualaikum wbt..

Al-fatihah
Ucapan takziah kepada keluarga waris rapat saya Pak Lah diatas pemergian ibunda tersayang Che Yam pada 21 Jun 2012 di Kg Gelugor Kedai. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.


Gambar menziarahi.. Diluar rumah keluarga Allahyarhamah Che Yam yang dikasihi.


Pada 21 Jun 2012 bermula jam 9.30 pagi saya telah dijemput merasmikan Mesyuarat Agung ke-9 Koperasi TESDEC Terengganu Berhad di Dewan Ibnu Khaldun, Kolej Tesdec.
Kehadiran ahli adalah sangat bagus memberi sokongan dan untuk turut serta dalam mesyuarat.
Harapan saya semoga jumlah ahli koperasi dapat ditambah lagi dan suatu bentuk perniagaan yang menguntungkan dalam koperasi ini dapat dijalankan. Semoga koperasi Tesdec terus maju dan berjaya! Dibawah ini adalah beberapa gambar berkaitan yang sempat dimuatnaik.





Sarapan pagi bersama warga Kg Undang Marang pada 21 Jun 2012 sebelum merasmikan majlis di Tesdec. Dalam gambar saya sedang berbual bersama Pok Soh bertanyakan kabar dan perkembangan semasa dan permasalahan kawasan Kg Undang yang boleh dibantu.


Minum pagi bersama YAB Dato' Seri Najib, Perdana Menteri Malaysia dan Dato' Mustaffa Mohamad serta Dato Nazri di Parlimen pagi ini 11.6.2012. Semoga Allah SWT memberikan kesihatan yg baik agar YAB DS PM dapat berterusan berbakti kepada Ugama, Bangsa dan Negara..aminn


.Tahniah To' Puan Zaiton Mat Amin... Senator baru.. bergambar kenangan rombongan dari Marang selepas angkat sumpah di Dewan Negara bersama Tan Sri Speaker Abu Zahar pada hari ini 8.6.2012.

Di Dewan Negara ada 2 Senator dari Terengganu semuanya dari Marang. . Satu Kuota Pusat satu lagi kuota Negeri.

Semoga Barisan Nasional kekal utuh dan bertambah kuat di Terengganu dan Marang.


eXTReMe Tracker