Assalamualaikum wbt & Salam 1 Malaysia!


Sukacita dijemput YB/Dato/Tuan/Puan ke Perhimpunan NGO NGO Daerah Marang pada:-

Tarikh: 2.3.2013 (Sabtu)
Jam:  9 .00 pagi

Tempat: IKBN Wakaf Tapai, Marang, Terengganu Darul Iman.
Tema: Halatuju Bangsa Melayu dalam menghadapi PRU-13

Isi perhimpunan:-
a) Mengupas Isu isu Semasa oleh Ustaz Tuan Asmawi Tuan Omar pengasas Imam Muda dan Ustazah Pilihan TV.
b) Demonstrasi Isu Kalimah Allah kepada Bukan Islam.

Dijemput datang beramai-ramai ajak rakan-rakan. Makan tengahari disediakan.

Sekian, terima kasih.

YB DARB - Pengerusi NGO Terengganu.


Lawatan Chairman Senate Of The Oliy Majlis of the Republic of Uzbekistan Mr Ilgizar Sobirov ke Dewan Negara hari ini 26.2.2013



DINNER BY H.E TAN SERI ABU ZAHAR UJANG IN HONOUR OF H.E ILGIZAR SOBIROV CHAIRMAN OF THE SENATE OF UZBEKISTAN.



Sepetang bersama Presiden Kelab Wartawan Terengganu (Kawat),  Ayob Mamat dan para wartawan media Terengganu. "Kawat - Rakan Media Anda"



Pemberian BR1M 2.0 Dun Bukit Payong, Parlimen Marang, Terengganu.
1 Malaysia Janji Ditepati.


Tahniah dan Syabas kepada semua rakyat Terengganu yang hadir pada majlis Perasmian Jelajah Janji Ditepati oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.




PEMBERIAN BR1M DUN PENGKALAN BERANGAN MARANG PADA 21.2.2013.
SERAMAI 1256 MENERIMANYA PADA HARI INI DI ILP BUKIT PARIT.



Selamat Datang Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak ke Negeri Terengganu Darul Iman.. Negeri Cantik Budaya Menarik.





Majlis Tahlil dan Solat Hajat, Solat Berjemaah kemudian diikuti oleh makan malam bersama pimpinan Umno Negeri / BPUNT dan Bahagian Kuala Terengganu pada malam 21.2.2013 . Semoga UMNO / BN Kuala Terengganu akan menang pada PRU ke 13 nanti.



Mohd (dua, kanan) dan Abdullah (kiri) serta rakan-rakan lain bersyukur kerana menerima bantuan berkenaan dan berharap ia dapat diteruskan pada masa depan.

MARANG - Bantuan sara hidup RM200 seorang yang diberikan kerajaan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mampu meringankan beban hidup lebih 5,000 nelayan di Terengganu setiap bulan.

Menurut Pengarah LKIM negeri, Mohd Saffe Mohamad, kerajaan menerusi LKIM telah membelanjakan lebih RM45 juta untuk bayaran elaun sara hidup nelayan di seluruh negeri itu bermula Jun 2008 sehingga Februari ini.

“Peruntukan itu membabitkan nelayan di 10 Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) di seluruh negeri termasuk di PNK Marang,” kata selepas berakhir majlis penyampaian bayaran elaun sara hidup kepada 604 nelayan kawasan Marang di sini.

Majlis penyampaian berkenaan disempurnakan Ketua Umno Bahagian Marang juga merupakan Adun Pengkalan Berangan, Datuk Yahya Khatib Mohamad. Hadir sama, Pegawai Pembangunan Parlimen Marang, Senator Datuk Abdul Rahman Bakar.

Mohd Saffe berkata, nelayan terbabit bukan sahaja mendapat elaun bulanan bagi meringankan beban, malah turut dilindungi Insurans Takaful Kemalangan Diri Nelayan membabitkan hampir 5,000 orang setakat ini.

“Namun bilangannya tidak tetap kerana faktor kematian dan terdapat pemohon kini dalam proses mendapat kelulusan dari pihak kerajaan. Nelayan mengambil insurans berkenaan hanya dikenakan bayaran RM100 setahun,” katanya.

Beliau berkata, melalui insurans itu, nelayan dapat menikmati pelbagai faedah seperti bayaran kematian akibat kemalangan di laut, kematian akibat kemalangan di darat, keilatan kekal akibat kemalangan dan kematian biasa.

Bersyukur dapat bantuan

Sementara itu, seorang nelayan, Mohd Mohamad Ali, 60, berkata, komitmen kerajaan menyediakan peruntukan besar memberikan elaun sara hidup bulanan kepada mereka jelas membuktikan kerajaan tidak mengabaikan kebajikan nelayan.

Menurutnya, apabila kerajaan berjanji pasti akan ditepati malah, menaikkan elaun sara hidup nelayan termasuk memberikan pelbagai peruntukan lain seperti pembaikan rumah dan subsidi diesel serta pembayaran perlindungan insurans.

“Kami golongan nelayan bersyukur kerana menerima bantuan ini dan berharap ia dapat diteruskan pada masa akan datang malah rata-rata nelayan bangga kerana menjadi  penerima bantuan ini,” kata bapa kepada seorang anak itu.

Seorang lagi nelayan, Abdullah Ismail, 65, berkata, sejak memulakan kerjaya sebagai nelayan dalam usia 18 tahun, dia bergantung sepenuhnya dengan hasil tangkapan, namun lega kerana menerima elaun sara hidup kerana usianya sudah semakin lanjut.

“Bantuan seperti ini sangat dinantikan memandangkan pendapatan pak cik bergantung sepenuhnya kepada hasil tangkapan. Jika semasa muda mungkin boleh bekerja keras tetapi kini usia sudah meningkat untuk melakukan kerja seperti itu,” katanya.

Bagaimanapun, bapa sembilan anak itu berkata, tidak boleh bekerja keras bukan bermakna berehat sahaja di rumah tetapi dia tetap meneruskan aktiviti menangkap ikan di laut dengan kemampuan yang ada pada usianya sekarang.

Petikan oleh: http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/nelayan-tidak-dipinggirkan-1.133585

Berucap kepada lebih 1000 orang penerima BR1M di Dun Pengkalan Berangan, Marang , Terengganu.



Merasmikan pembahagian duit bantuan bulanan kepada golongan miskin dan OKU daripada Jabatan Kebajikan masyarakat kepada rakyat Marang. 
Lebih daripada 1800 orang hari ini 20.2.2013. 
Bersyukur semua.. Semoga hayat BN terus panjang. 
Turut berucap Nik Dir Nik Wan Ku, Pegawai Pembangunan Dun Rhu Rendang , Marang.



Pengagihan BR1M RM 500 kepada warga Marang Terengganu.
Rata rata penerima berterima kasih kepada Kerajaan BN dan bersyukur kepada Allah SWT. 
SEMOGA HAYAT BN TERUS BERPANJANGAN.



Majlis Perasmian Penutup Serta Penyampaian Sijil Silat Spelet Minangkabau & Boxing Kampung Tebakang, Dun Alor Limbat, Parlimen Marang, Terengganu Darul Iman.

Selamat maju jaya pahlawan-pahlawanku! Terus berjuang!

Gambar oleh Pozey Tebakang


Merasmikan Mesyuarat Agong Persatuan Imam / Bilal dan Seminar Perhimpunan Jati diri pada 13.2.2013 di Dewan Utama Pejabat Agama Marang.

Tahniah dan Syabas!

DARB








SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA 27 PASANGAN

27 tempat jemputan kahwin dihadiri dalam masa 3 hari pd 9,10 dan 11.2.2013.

Bersama Tan Sri Yusuf Noor Mantan Menteri Perusahaan Awam dan bekas Pengerusi Felda dan Ybhg Datuk Paduka Maharajalela YM Tg Farouk di rumah Sheikh Tajuddin di Gong Datuk. Pengurus bola sepak Terengganu di Mengabang Telipot.


Manakala gambar yang lain tu adalah sebahagian yg sempat dimuatnaik...

Semoga mereka bahagia dan kekal sepanjang hayat. . TAHNIAH ! SELAMAT PENGANTIN BARU

 Selamat Tahun Baru kepada semua orang-orang Cina di Malaysia khasnya dan seluruh dunia amnya..Semoga tahun Ular ni lebih ceria dan lebih aman makmur serta berjaya.

Menghadiri Rumah Terbuka Raya Cina Dato' Alex Ong.

 


Bersama YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob Menteri Perdagangan  Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang datang melawat Marang Terengganu pada 7.2.2013.

Laporan boleh didapati dari Blog Kapas-Marang




Alhamdullilah syukur kpd Allah SWT kerana berhasil menemui kira-kira 60 orang pesakit di 46 cawangan dlm Dun Pengkalan Berangan, Parlimen Marang semalam 1.2.2013 dan hari ini 2.2.2013 Sabtu.

Terima kasih kepada AJK dan semua yang terlibat dalam ziarah ini.

Pelbagai penyakit dan penderitaan, kesedihan, kedhaifan dan kesengsaraan yang mereka hadapi..

Semoga penyakit dan derita hidup mereka berkurangan dan kembali pulih seperti biasa.

DARB

eXTReMe Tracker