Bersama Tun Dr Mahathir

Posted by rahmanbakar under ,
Kenangan bersama Tun Dr Mahathir hari ini di Putrajaya. Tun Dr Mahathir pemimpin agung dan hebat.





Gambar kiri: Menteri Besar menyaksikan persembahan kebudayaan di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Senator Rahman Bakar.




MARANG, 25 Ogos 2012 - Kira-kira 10,000 orang tetamu telah hadir ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 1433H di kediaman YB Senator Dato' Haji Abdul Rahman Bakar di Kg Gelugor Kedai.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh Menteri Besar Terengganu, YAB Datuk Seri Ahmad Said dan Isteri Yang Amat Berbahagia To’ Puan Seri Hajah Norliza Binti Mahmud; Ketua UMNO Bahagian Marang, YB Datuk Yahya Khatib Mohamad; Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri, Saiful Bahri Baharuddin; Pegawai Pembangunan Dun Rhu Rendang dan Bukit Payong; serta pegawai kanan kerajaan; tetamu sejak jam 9.00 pagi.

Dato’ Haji Abdul Rahman merakamkan ucapan terima kasih dan salam aidilfitri kepada semua tetamu yang hadir yang sebahagian besarnya terdiri daripada pemimpin masyarakat dalam Parlimen Marang dan penduduk setempat. Majlis tersebut turut diserikan dengan dendangan nyanyian lagu oleh artis seperti Faizal AF, Anis Suraya, Tasya dan penyanyi jemputan dan tetamu yang hadir.

Tetamu dihidangkan dengan pelbagai sajian enak seperti nasi minyak, ketupat, lemang , tapai, kuih, biskut raya dan sate. Kanak-kanak pula tidak melepaskan peluang bersalaman dengan YAB Menteri Besar dan Dato' Hj Abdul Rahman dan menerima duit raya.



Gambar kiri: Kenangan bersama MB di Majlis Rumah Terbuka Zaidi Muda
Gambar kanan: Kenangan bersama MB di Majlis Rumah Terbuka Latif



Gambar kiri: Kenangan bergambar bersama sahabat di Jerung, Marang di majlis perkahwinan anak beliau.
Gambar kanan: Kenangan bersama saudara di Pulau Kerengga di majlis perkahwinan anaknda beliau.




Assalamualaikum wbt..

Ahli Dewan Negara
Pegawai Pembangunan Parlimen Marang, Terengganu..

YB Senator Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar & Keluarga



Dengan segala hormatnya menjemput semua ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 1433H.

Pada 25 Ogos 2012
Jam 10 pagi hingga 4 petang.

Bertempat di:
A-84 Kg Gelugur Kedai, 20050 Kuala Terengganu

Lihat peta lokasi disini

Sekian, terima kasih.




Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H / 2012

Maaf Zahir Batin.







Berbuka puasa dengan ahli-ahli Persatuan Kebajikan Warisan Marang bersama anak-anak yatim di Bukit Khor Marang Terengganu.





Program membahagi bubur lambuk percuma kepada orang ramai di Pasar Kedai Buluh, Dun Bukit Payong, Parlimen Marang, Terengganu hari ini 4.8.12


Bantuan kepada penduduk Rhu Muda Marang Terengganu pada 4.8.12.


Majlis berbuka puasa di Surau Rhu Muda


eXTReMe Tracker