\



Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional Peringkat Negeri Terengganu yang dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Ahmad Said Menteri Besar Terengganu mendapat sambutan diluar dugaan dan berjalan lancar. Antara pembentangnya ialah YB Dato' Ahmad Maslan Timbalan Menteri Kewangan mengenai Bajet 2014. Kira-kira 3000 peserta yang hadir. Syabas orang Terengganu!







Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1435H Peringkat Negeri Terengganu disempurnakan oleh Kebawah DYMM Al Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada 12 Rabiul Awal 1435H bersamaan 14 Januari 2014.

Mendapat sambutan yg amat bermakna dan menggalakkan. Sebanyak 300 pasukan menyertainya setiap pasukan terdiri daripada 40 orang peserta

JOHAN perarakan peringkat Jabatan dan Badan Berkanun Negeri dimenangi oleh pasukan TATI Kemaman. Johan Jabatan dan Badan Berkanun Peringkat Persekutuan ialah Lembaga Hasil Dalam Negeri Johan syarikat terpilih ialah TTI.

Tahniah dan Syabas




Pada 18.1.2014 Sabtu jam 12.30-6.30 ptg di Wisma Darul Iman Kuala Terengganu, Terengganu.

Perasmian oleh YAB DS Ahmad Said Menteri Besar Terengganu
Tetamu Kehormat / Ucap Utama YB Datuk Ahmad Maslan Timbalan Menteri Kewangan

Dengan segala hormat dan sukacitanya dijemput rakan-rakan untuk turut hadir semua.




Syukur dan Terima kasih Kerajaan Barisan Nasional.

Misi Bantuan Banjir dan Penghargaan Sukarelawan kepada mangsa-mangsa banjir Daerah Kemaman Terengganu seramai 15 ribu orang oleh YAB DS PM bersama dgn YAB DS MB Terengganu.




Sahabat seperjuangan kita Zakari Ali Bekas Ketua Pemuda Umno Hulu Terengganu sekarang AJK Umno Bahagian sedang terlantar sakit paru-paru berair dan buah pinggang di wad 7CD Hospital Nur Zahirah Kuala Terengganu.

Marilah sama sama kita berdoa kepada Allah SWT semoga beliau cepat sembuh.

YBS DARB

Oleh: Ruslan Abdul Rahman


Penerangan Umno Terengganu menyokong dan mempertahankan kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harrussani Zakaria bahawa langkah mengadakan perhimpunan hendak mengguling kerajaan pada malam sambutan ambang 2014 di Dataran Merdeka sebagai golongan bughah (penderhaka).
 Ketua Penerangannya, Senator Datuk Haji Abdul Rahman Bakar berkata, apa yang disuarakan oleh Mufti Perak itu betul dalam konteks perbuatan menderhaka kepada pemerintah.

 Bughah membawa pengertian segolongan ummat Islam yang melawan dan menderhaka kepada pemerintah [ imam / ulil amri ] sebagaimana yang telah dinyatakan dalam al Quran dan Sunnah.
  Tan Sri Harussani Zakaria mempertahankan kenyataannya menggelar peserta perhimpunan pada malam sambutan ambang 2014 di Dataran Merdeka sebagai golongan bughah (penderhaka) yang halal darah mereka sesuai dengan apa yang terkandung dalam ajaran Al Quran.

 Mufti Perak itu berkata, kenyataan asal beliau adalah berdasarkan demonstrasi yang berhasrat untuk menggulingkan kerajaan berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat tetapi nama “guling kerajaan” telah ditukar kerana tidak mendapat sokongan ramai dan diganti dengan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun).

 “Bughah atau darah halal disebut dalam konteks membahayakan nyawa orang lain dan niat mereka mahu menggulingkan kerajaan.

 Mereka kata mereka benar tetapi cara mereka salah. Lihat sahaja pada hari kejadian, polis menjumpai pelbagai senjata seperti parang dan juga bom buatan sendiri".

  “Saya kaitkan dengan firman Allah dalam surah Al-Hujurat, ayat 9 yang bermaksud: Dan jika dua puak daripada orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satu berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga dia kembali mematuhi perintah Allah; jika dia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah),” katanya seperti dilaporkan akhbar arus perdana.

Senator Datuk Abdul Rahman Bakar hairan mengapapemimpin PAS menolak Bughah yang sebenarnya terdapat dalam hukum Islam.

 Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Dr Khairudin Aman Razali baru-baru ini berkata, kenyataan Harussani itu sangat jahil mengkategorikan peserta perhimpunan sebagai pemberontak malah lebih malang dan merbahaya apabila darah peserta pula diisytiharkan sebagai halal.

 Datuk Haji Abdul Rahman meminta hukuman setimpal kepada mereka yangdidapati bersalah melakukan huru-hara dan kemusnahan kepada negara derhaka kepada Sultan,Yang DiPertuan Agongdan kerajaan yang dipilih secara sah.

 Datuk Abdul Rahman berkata demikian kepada wartawan petang ini selepas.mempengerusikanmesyuarat pertama penerangan Umno Negeri Terengganu petang semalam (7 Januari 2014).

Sumber: http://teganukita.blogspot.com/2014/01/bughah-derhaka-rahman-bakar-sokong.html



Berucap menyampaikan pesan perjuangan Kerajaan Barisan Nasional dan Pertuanan Bangsa di Dun Seberang Takir Parlimen Kuala Nerus Terengganu sempena Bakti Remaja bersama YB Dato' Razif bin Abdul Rahman Exco Kerajaan Terengganu kepada 474 orang. 


eXTReMe Tracker