SULTAN Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bersama Sultanah Haminah Hamidun berangkat tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi ini, bagi menghadiri istiadat melafaz sumpah dan menandatangani surat memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'azam Shah hari ini melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara di sini.

Ini adalah kali kedua baginda dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Kali pertama ialah dari 21 Januari 1970 hingga 20 September 1975 ketika berusia 43 tahun.
Tuanku Abdul Halim, 84, dipilih Raja-raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-226 (Khas) di Istana Negara pada 14 Oktober lalu untuk tempoh lima tahun berkuat kuasa hari ini, bagi menggantikan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 semalam.

Sistem penggiliran Yang di-Pertuan Agong di kalangan sembilan Raja Melayu bermula sejak negara Merdeka pada 31 Ogos 1957.

Istiadat hari ini adalah pertama kali diadakan di Istana Negara yang baru dibina bercirikan binaan Islam serta tradisional Melayu di kawasan seluas 96.52 hektar dan mula beroperasi pada 15 November lalu. - BERNAMA

Petikan oleh:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TuankuAbdulHalimlafazsumpahjawatanYangdi-PertuanAgongke-14/Article



SULTAN Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah melambai mesra kepada hadirin sebelum berangkat balik ke Kuala Terengganu pada istiadat rasmi tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-13 di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Sultan Mizan berangkat pulang selepas lima tahun jadi Yang di-Pertuan Agong

KUALA LUMPUR: Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah berangkat pulang ke Terengganu semalam, selepas menamatkan tempoh lima tahun pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-13.

Petikan oleh: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Menjunjungkasih/Article/

eXTReMe Tracker