Assalamualaikum wbt.. Pada sebelah malam 12 Mei 2012, saya sempat berlepas dari Terengganu ke Seri Perdana kediaman YAB Perdana Menteri Malaysia untuk menghadiri majlis Solat Maghrib, Isyak, Doa Tahlil & Zikir. Didoakan semoga Negara Malaysia dibawah pimpinan YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak aman sentosa, rakyat bersatu padu dan terus maju.
Dibawah ini sedikit gambar kenangan yang sempat diambil.
Jamuan makan selepas tahlil dan zikir bersama Tuan Sheikh Imam, Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Mohd. Fuad Jelani, Dato' Hj. Abdullah Taib dan jemaah.





Assalamualaikum wbt.. Dibawah ini adalah gambar yang sempat diambil dan dimuatnaik acara pada 12 Mei 2012.


Menganugerahkan Selempang Mahaguru Pendekar kepada Guru Silat Utama Pak Wahab sempena Perasmian Hari Penyampaian Sijil Tamat Latihan dan Pelimau bagi para pesilat di Kg Alor Ketitir anjuran Persatuan Warisan Kebajikan Melayu Islam Marang pd 12.5.2012


Bergotong royong hapus musuh tanaman d kg Banggol Tokku pada 12.5.12. Lebih 300 ekor tupai telah ditembak mati. Semoga hasil tanaman mereka terutama durian dan duku Terengganu yang masyhur itu meningkat hasilnya.





Selama 66 tahun (1946-2012) dan selamanya, UMNO Pembela Rakyat!

Assalamualaikum wbt.. Selambat menyambut ulang tahun ke 66 UMNO. Semoga perjuangan kita diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT. Teruskan tradisi membela rakyat dan segala usaha murni yang telah dijalankan sejak dulu, kini dan selamanya!

Pimpinan YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang berwibawa.
66 Tahun Perjuangan UMNO Limpahkan Nikmat Kepada Seluruh Rakyat – Najib
Kehadiran ribuan penyokong dan pejuang UMNO ke Stadium Bukit Jalil.


Berbual bersama pemuda UMNO Terengganu.Tahniah dan syabas atas kehadiran dan semangat yang ditunjukkan!


.
.
Pada 3 Mei 2012, satu rombongan seramai 120 orang peserta rombongan dari Kolej Perindu , Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah Alam telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Parlimen Malaysia melalui YB Senator Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar. Program ini dinamakan sebagai "Selangkah ke Parlimen: Bersama Menghayati Demokrasi" diketuai oleh Nik Muhammad Azrin Hafiz bin Nik Mahmood.

Peserta telah didedahkan dengan sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia dan juga berpeluang memasuki Dewan Negara yang baru dan mendengar sendiri sesi perbincangan dan perbahasan yang berlangsung. Peserta juga turut diberi penerangan mengenai fungsi Dewan Rakyat. Disamping itu, peserta juga telah dibawa masuk ke Dewan Negara yang lama dan berpeluang menduduki dan merasai duduk di kerusi ahli Parlimen dengan kebenaran pihak Parlimen.

Didoakan semua peserta ini berjaya dalam hidup dan semoga dapat berbakti kepada Negara Malaysia di masa akan datang.

Dibawah ini ditunjukkan beberapa foto kenangan semasa program tersebut:-




YB Senator Dato' Hj Abdul Rahman Bakar Merasmikan Majlis Pelancaran
Program Pencegahan Dadah Bersama Komuniti, Anjuran SMK Padang Midin dengan Kerjasama AADK, PDRM dan JPJ.
Di Dewan Setia Budi, SMK Padang Midin pada 30 April 2012

Program bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan SMK Padang Midin.

"Pandu dengan berhati-hati dan semoga selamat sampai ke destinasi"

"Pelajar dan orang ramai semua diharap tidak terlibat dengan aktiviti tidak sihat dan tidak bermoral seperti menghisap dadah, merempit dan berlumba haram. Sayangi diri sendiri dan keluarga"


eXTReMe Tracker