20 Soalan Lisan
1. YB Senator Datuk Abdul Rahman Bakar minta Perdana Menteri menyatakan melalui empat teras utama iaitu:
I. Gagasan 1Malaysia: rakyat didahulukan pencapaian diutamakan
II. Program transformasi kerajaan yang merangkumi 6 bidang keberhasilan utama negara atau NKRA.
III. Program transformasi ekonomi berteraskan Model Baru Ekonomi.
IV. Rancangan Malaysia ke 10.
Apakah kejayaan dan kesannya hingga kini semenjak ianya dilaksanakan. Bagaimanakah penglibatan sektor swasta dalam menterjemahkan usaha-usaha murni ini?
2. YB Senator Datuk Abdul Rahman Bakar minta Perdana Menteri menyatakan dan menamakan berapa banyak pilihanraya kecil diadakan selepas pilihanraya ke 12 pada 2008 sehingga terkini. Nyatakan keputusan kemenangan, dan kos yang ditanggung oleh Suruhanjaya Pilihanraya?
3. YB Senator Datuk Abdul Rahman Bakar minta Menteri Pelajaran menyatakan apakah rancangan Kementerian untuk transformasi pendidikan dalam rancangan Malaysia yang ke 10 agar sistem pendidikan lebih berkualiti dan memenuhi kehendak semasa negara dan global?
4. YB Senator Datuk Abdul Rahman Bakar minta Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyatakan sepanjang 3 tahun lepas (2008, 2009, 2010) berapa jumlah kes rasuah yang diterima oleh SPRM. Dari jumlah tersebut berapakah yang telah diambil:
a. Tindakan yang telah dibicarakan dan didapati bersalah
b. Masih dalam siasatan
c. Dibuang kes (tidak berasas)
5. YB Senator Datuk Abdul Rahman Bakar minta Menteri Luar menyatakan apakah usaha-usaha kerajaan bagi membantu rakyat dan syarikat-syarikat Malaysia di negara yang mengalami krisis serta pemberontakan rakyatnya di negara-negara Timur Tengah seperti Mesir, Libya, Bahrin, Yemen, Aljeria, Tunisia, Oman dll. Berapa ramai rakyat kita yang dibawa pulang ke Tanahair dan jumlah kos yang terlibat?
6. YB Senator Datuk Abdul Rahman Bakar minta Perdana Menteri menyatakan akibat kenaikan harga minyak dipasaran global dan krisis pemberontakan rakyat di negara-negara Asia Barat dan Timur Tengah. Apakah kesannya kepada pasaran harga minyak di negara ini. Apakah tindakan Kerajaan dalam merasionalkan subsidi bagi mengurangkan beban rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana serta mengawal kadar inflasi?
7. YB Senator Datuk Abdul Rahman Bakar minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan berapa jumlah rakyat negara ini yang berada dalam kemiskinan tegar mengikut pecahan kaum. Apakah usaha dan rancangan kerajaan untuk menghapus kemiskinan tegar menjelang 2015?
8. YB Senator Datuk Abdul Rahman Bakar minta Perdana Menteri menyatakan apakah kejayaan dan hasil daripada lawatan beliau ke Turki, Australia dan Russia bulan Februari dan Mac tahun ini samada dalam bentuk jangka pendek dan jangka panjang?
9. YB Senator Datuk Abdul Rahman Bakar minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan jenis barangan yang diberikan subsidi oleh Kerajaan dan berapakah tanggungan Kerajaan setiap tahun. Apakah Kementerian mengurang atau menambah subsidi yang baru terhadap beberapa barangan dan jika ada sila nyatakan?
10. YB Senator Datuk Abdul Rahman Bakar minta Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyatakan senarai produk farmaseutikal haram seperti menggunakan gelatin atau DNA babi dan campuran bahan-bahan haram yang lain yang terdapat di negara ini. Apakah langkah-langkah dan tindakan Kerajaan dalam usaha menyekat produk-produk haram tersebut daripada beredar kepasaran dan awam dan bersifat terbuka?
11. YB Senator Datuk Abdul Rahman Bakar minta Menteri di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan berapa jumlah Syarikat GLC Malaysia dan juga syarikat-syarikat kepunyaan warganegara Malaysia yang terjejas akibat pemberontakan dan huru hara di negara-negara Asia Barat atau Timur Tengah. Nyatakan kerugian dan langkah-langkah untuk menolong syarikat tersebut oleh pihak Kerajaan?
12. YB Senator Datuk Abdul Rahman Bakar minta Menteri Dalam Negeri menyatakan status indeks jenayah dalam beberapa kategori mulai tahun 2008, 2009, dan 2010. Apakah usaha atau rancangan terbaru kerajaan untuk menurun lagi jenayah di negara ini sebagaimana yang terkandung dalam manifestasi NKRA ke tahap yang paling minima.
13. YB Senator Datuk Abdul Rahman Bakar minta Menteri Jabatan Kerja Raya menyatakan berapa banyakkah lebuhraya-lebuhraya yang sedang dalam pembinaan kini dan didalam perancangan RMK10 ini. Bilakah lebuhraya Pantai Timur akan siap dan boleh digunakan sepenuhnya?
14. YB Senator Datuk Abdul Rahman Bakar minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan bilakah pelan induk serta pembangunan Kg Baru, Kuala Lumpur benar-benar akan dilaksanakan. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh Kementerian dalam usaha melaksanakan pembangunan Kg Baru itu dan bagaimana Kementerian akan mengatasinya?
15. YB Senator Datuk Abdul Rahman Bakar minta Menteri Pelajaran menyatakan sejauhmana polemik novel Interlok yang dijadikan teks sastera pelajar-pelajar tingkatan 5 disekolah-sekolah menengah dapat diatasi. Apakah kandungan pengesyoran untuk mengatasi polemik yang dianggap serius itu dan bilakah ianya akan dilaksanakan?
16. YB Senator Datuk Abdul Rahman Bakar minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah usaha-usaha yang dilaksanakan oleh Kementerian untuk menjejaki, memburu dan menangkap warga asing yang tinggal di negara ini melebihi tempoh yang dibenarkan. Sejauh manakah kejayaan Kementerian mengesan dan menangkap pekerja-pekerja asing yang melebihi tempoh permit kerja mereka?
17. YB Senator Datuk Abdul Rahman Bakar minta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah usaha dan rancangan perdana pengangkutan awam di Kuala Lumpur. Adakah ia sudah dilaksanakan dan apakah impaknya kepada orang awam dan kesannya kepada Kuala Lumpur dan Negara?
18. YB Senator Datuk Abdul Rahman Bakar minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan apakah rancangan dan usaha Kerajaan untuk mengatasi keperluan tempat tinggal di beberapa Bandar utama di Malaysia?
19. YB Senator Datuk Abdul Rahman Bakar minta Menteri Pertahanan menyatakan apakah kelengkapan ketenteraan (udara, laut, darat) yang baru dibeli oleh pihak Kementerian dalam usaha memperkasakan sistem pertahanan negara agar selaras dengan kehendak semasa dan mampu menjaga serta mengawal negara dari sebarang ancaman?
20. YB Senator Datuk Abdul Rahman Bakar minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan jumlah aliran masuk pelaburan asing (FDI) ke Malaysia. Nyatakan jua sektor-sektor dan jumlah projek yang diluluskan serta jumlah pelaburan dalam sektor berkenaan?
USUL-USUL
1. MERAKAM UCAPAN TAHNIAH KEPADA PIMPINAN YAB PERDANA MENTERI
Merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kerana keberkesanan dan kejayaannya memimpin dan menakhodakan negara.
Melalui transformasi berlandaskan empat tunggak utama iaitu:
1) Gagasan 1Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan
2) Program Transformasi Kerajaan yang merangkumi 6 bidang Keberhasilan Utama Negara atau NKRA
3) Program Transformasi Ekonomi berteraskan Model Baru Ekonomi Negara
4) Rancangan Malaysia ke 10 dan ke 11 berjaya membawa perubahan dan wajah baru dalam semua bidang kehidupan.
Kejayaan pimpinan YAB Perdana Menteri juga boleh dilihat melalui pencapaian Ekonomi negara yang mencatat pertumbuhan pesat ekonomi pada kadar 7.2% pada tahun 2010 berbanding pengucupan 1.7% pada tahun 2009. Manakala Indeks Bursa Malaysia telah mencatat paras tertinggi melebihi 1570 mata.
Pelaburan asing dalam sektor pembuatan juga meningkat kepada RM29.1 billion pada tahun 2009 iaitu peningkatan sebanyak 31.7%. Adalah diramalkan pertumbuhan ekonomi pada tahun ini melebihi daripada 6%.
Perdagangan luar juga meningkat sebanyak 18.3% kepada 1.2 trillion berbanding RM988.2 billion pada tahun 2009.
Pimpinan YAB Perdana Menteri berjaya meletak Malaysia di tangga ke 10 dalam laporan Daya Saing Dunia 2010 menjadikan imej negara semakin diyakini. Di bidang pelancongan Malaysia menduduki tangga ke 9 dalam senarai Pertubuhan
Pelancongan Dunia Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 2009 diramalkan terus melonjak naik.
Dari segi keselamatan Malaysia berada di tempat kedua terbaik di Asia dan 22 di dunia.
Penurunan Indeks jenayah sebanyak 15% dan jenayah jalanan sebanyak 35% pada tahun 2010 merupakan satu pencapaian memberansangkan dibawah kepimpinan YAB Perdana Menteri.
Kemiskinan juga dapat dikurangkan daripada 44,000 ketua isi rumah miskin tegar yang dikenal pasti pada tahun 2010 kepada hanya 100 sahaja.
Kadar pengangguran juga berada dalam tahap paling minima iaitu dalam lingkungan 3.5% yang disifatkan oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai sifar pengangguran (mana-mana negara yang kadar penganggurannya 4% dan kebawah adalah sifar pengangguran).
Pendapatan isi perkapita berjaya diperolehi dari RM22,345 pada tahun 2007 kepada RM26,355 pada tahun 2010 dan dijangka meningkat kepada RM27,950 pada tahun 2011. Diramalkan akan melebihi RM50,000 menjelang 2020.
YAB Perdana Menteri juga berhasil memperkenalkan Skim Rumahku Permataku untuk generasi muda berumur 35 tahun kebawah dan membina beribu-ribu unit rumah baru untuk rakyat.
Kejayaan pimpinan YAB Perdana Menteri boleh dilihat hasil lawatan-lawatan beliau keluar negara jiran, Timur Jauh, Timur Tengah, Amerika, Eropah, Amerika, Turki, Australia, Russia dll dimana banyak pelaburan berjaya dibawa balik disamping mengeratkan hubungan dua hala.
Kejayaan pimpinan YAB Perdana Menteri juga boleh dilihat hasil dari keputusan pilihanraya kecil di 16 tempat (Parlimen dan Dun) di seluruh Negara. Sokongan kepada Kerajaan Barisan Nasional dibawah kepimpinan YAB Perdana Menteri semakin ketara, kuat dan meyakinkan.
Sebenarnya kejayaan pimpinan sangat luas dan banyak termasuk bidang-bidang yang lain seperti agama, pelajaran, perpaduan, sosial, budaya, pembangunan, sains, teknologi, angkasa disamping politik, ekonomi, dan pentadbiran.
Sewajarnya kita merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada YAB Perdana Menteri yang berjaya melakukan perubahan, pembaharuan dan kejayaan seperti yang kita nikmati sekarang dibawah ilham besar beliau iaitu 1Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.
YAB Dato’ Seri Perdana Menteri, kami bersyukur atas nikmat kemakmuran, keselamatan dan keamanan yang dikecapi selama ini. Kami yakin Malaysia berada dilandasan yang betul untuk memenuhi hasrat menjadi Negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Selamat memimpin dan menakhodakan negara.
2. MARA DILETAKKAN DIBAWAH JABATAN PERDANA MENTERI
Menggesa Kerajaan supaya Majlis Amanah Rakyat (MARA) diletakkan dibawah Jabatan Perdana Menteri agar agenda memertabat dan memperkasakan masyarakat pribumi menjadi lebih berkesan, efisien dan pantas dalam mencapai matlamat penubuhannya.
Ianya juga selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam usaha mengadakan Pelan Transformasi Kerajaan (PTK) dan Pelan Transformasi Ekonomi (PTE) dalam melahirkan profesional, cerdik pandai, usahawan dan menengah Bumiputera yang masih ketinggalan dibelakang.
Transformasi ini juga mempermudahkan MARA membawa suara hati masyarakat Melayu secara langsung ke pengetahuan pemimpin nombor satu negara demi menjamin MARA kekal relevn dimasa hadapan.
Transformasi ini juga diharapkan peranan dan fungsi MARA akan berubah bukan hanya terhad kepada memberi pinjaman dan memilih pelajar-pelajar yang cerdik cemerlang sahaja. Meneruskan pelajaran mereka di MRSM dan Kolej-Kolej MARA sahaja TETAPI bergerak dalam skop yang lebih luas dan besar sebagaimana matlamat asal penubuhannya dalam tahun 1966 (RIDA) terutama dalam melahirkan usahawan-usahawan yang lebih berjaya walaupun telah sekian lama namun adalah disedari bahawa peranan MARA dalam melahirkan usahawan-usahawan dan pengilang masih ditahap yang sangat minima dan rendah. Boleh dikatakan MARA masih gagal melahirkan usahawan bertaraf jutawan.
Justeru itu MARA perlu ditransformasi kembali: Fungsi dan peranan, bidang kuasa, dasar dan halatuju, peruntukan kewangan, cara dan pendekatannya perlu dirombak atau diubah suai supaya lebih dapat memenuhi keperluan semasa bersifat kontemporari, berdaya saing, dinamik, global dan mampu bersaing dalam kaum-kaum lain serta mempercepat pencapaian Model Baru Ekonomi.
Sebagai kesimpulannya MARA sewajarnya diletakkan dibawah Jabatan Perdana Menteri yang dipantau secara terus oleh YAB Perdana Menteri sesuai dengan peruntukan Perlembagaan Negara fasal 152 & 153 yang menegaskan orang Melayu diberi hak dan kedudukan yang sewajar dalam bidang pelajaran dan keusahawanan.
3. MERAKAMKAN TAHNIAH KEPADA MANTAN PERDANA MENTERI YAB TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
Merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah menulis sebuah buku bertajuk “A Doctor in The House: The Memoirs of Tun Dr Mahathis Mohamad”. Buku ini amat penting dan bernilai untuk tatapan umum mengenai Tun Mahathir Mohamad sebagai pemimpin yang banyak berjasa serta mencorak negara selama 22 tahun.
Buku ini juga mengandungi nilai sejarah yang amat penting disamping pembaca juga dapat memperolehi pengajaran dan iktibar amat berharga, Ianya juga amat sesuai dibaca dan dihayati oleh semua orang terutamanya ahli-ahli politik dan mereka yang bercita-cita untuk menjadi pemimpin negara.
Tulisan Tun Mahathir dalam buku ini membuka rahsia bagaimana beliau membangun negara dan mengatasi pelbagai masalah disamping beberapa tindakan berani dan tegasnya mampu menyelamatkan rakyat dan negara.
Kemunculan buku ini boleh dianggap sebagai satu khazanah ilmu yang amat bernilai sebagai bahan rujukan penting dan bersifat kontemporari dalam sejarah negara Malaysia baik dimasa dulu ataupun akan datang.
Saya menganjurkan buku ini dijadikan sebagai teks utama untuk pelajar-pelajar kolej dan universiti dalam beberapa disiplin pengajian yang tertentu.
Tahniah dan syabas Tun Dr Mahathir Mohamad.
4. UCAPAN TAHNIAH DAN PENGHARGAAN KEPADA KELAB PUTERA MALAYSIA
Rakaman ucapan setinggi tahniah, syabas dan penghargaan kepada Kelab Putera Malaysia diatas keprihatinan dan caknanya menghantar pelbagai misi bantuan ke serata dunia bagi membantu masyarakat tempatan dan antarabangsa yang ditimpa musibah, kemalangan, penderitaan dan penganiayaan. Antaranya:
I. Misi bantuan terhadap rakyat Malaysia yang diculik dilarikan oleh warga asing ke negara mereka dan rakyat Malaysia yang terperangkap terlibat dengan sindiket-sindiket dadah
II. Misi bantuan mangsa-mangsa banjir dalam negara
III. Misi bantuan kemanusiaan terhadap mangsa-mangsa Tsunami di Acheh, Indonesia
IV. Misi bantuan dan kemanusiaan terhadap mangsa-mangsa gempa bumi rakyat Padang, Sumatera, Indonesia
V. Misi kemanusiaan banjir di Queensland
VI. Misi kemanusiaan bajir di Pakistan
VII. Misi bantuan kemanusiaan terhadap rakyat Palestin di Gaza
VIII. Misi bantuan kemanusiaan terhadap rakyat Malaysia dan tempatan akibat gempa bumi di New Zealand
IX. Misi menyelamatkan pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir (OPS Piramid)
X. Dan lain-lain bantuan dan pertolongan
Walaupun misi-misi ini dilaksanakan oleh satu badan yang bersifat NGO, tetapi secara langsung ianya dapat mewakili dan mencerminkan sifat keprihatinan dan kemanusiaan yang baik lagi mulia dari rakyat keseluruhannya,
Sesungguhnya sikap dan amalan Kelab Putera adalah satu model golongan muda yang perlu diteruskan, disokong dan diperkasakan.
Saya mengesyorkan Kelab Putera Malaysia dapat menerbit majalah, buku, video dan filem mengenai usaha-usaha murni yang telah dijalankan agar menjadi ikutan kepada generasi akan datang.
Tahniah dan syabas.
-YBS DARB-