TOK DIR - Penantian penduduk untuk mendapat masjid baru lebih selesa bakal berakhir apabila sebuah masjid bernilai RM4.2 juta yang dalam fasa akhir pembinaannya di sini, siap sepenuhnya bulan depan.

Difahamkan masjid diatas tanah seluas 0.5 hektar itu turut menyediakan ruang meletak kenderaan yang luas bagi memberikan keselesaan kepada 1000 jemaah yang menggunakan kemudahan tersebut kelak.

Berita gembira itu diumumkan Pegawai Pembangunan Parlimen Marang, Datuk Abdul Rahman Bakar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Dir.

“Pembinaan masjid itu akan menyelesaikan masalah penduduk di kampung berkenaan kerana kemudahan sebelum ini tidak mampu menampung keperluan mereka,” katanya pada majlis yang dihadiri lebih 200 ibu bapa.

Pada majlis itu, beliau turut menyerahkan sumbangan dan penghargaan kepada pasangan Ngah Othman, 55, dan Rakiah Sulaiman, 45, di atas kejayaan anak mereka, Norakma, 18, yang berjaya mendapat keputusan 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Petikan oleh Sinar Harian:
http://www.sinarharian.com.my/sh/terengganu/content/story8909517.asp



eXTReMe Tracker