20 soalan dari YB Senator Datuk Abdul Rahman Bakar di dalam Dewan Negara.
Tarikh: 9-22 November 2009
- YB Senator Datuk Abdul Rahman Bakar minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan apakah rancangan dan tindakan kementerian dalam menangani masalah keperluan rumah ataupun tempat tinggal yang begitu ketara dan mendesak dikalangan rakyat dalam bentuk jangka pendek dan jangka panjang diseluruh Negara.
- YB Senator Datuk Abdul Rahman Bakar minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan apakah usaha yang praktikal dan dinamik untuk mengurangkan ‘bill import’ makanan yang mencecah RM28 bilion (2009), sedangkan negara kita mempunyai pelbagai sumber, tenaga, buruh dan keadaan iklim yang sesuai untuk pertanian dan perikanan?
3. YB Senator Datuk Abdul Rahman Bakar minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan jumlah pelabur asing dan nilai pelaburan yang dibawa masuk ke Negara kita untuk suku ketiga 2009? Apakah usaha kerajaan untuk memberikan tarif dan insentif terbaru termasuk percukaian kepada pelabur asing supaya minat mereka meningkat dan yang sedia ada kekal di Malaysia.
4. YB Senator Datuk Abdul Rahman Bakar minta Menteri Kesihatan menyatakan usaha dan jaminan Kerajaan terhadap penularan penyakit berjangkit seperti H1N1, Selsema Burung dan AIDS terkawal di Negara kita? Apakah peruntukan perubatan dan bilangan doktor yang ada dapat menampung bilangan pesakit kronik seperti jantung, diabetes, darah tinggi, buah pinggang dapat atasi dalam tempoh waktu terdekat sedangkan negara masih kekurangan tenaga pakar dibidang-bidang berkenaan?
5. YB Senator Datuk Abdul Rahman Bakar minta Menteri Pelajaran menjelaskan apakah usaha mantap dan progresif yang diambil Kerajaan bagi mempastikan konsep dan gagasan 1Malaysia tercapai melalui sistem pendidikan satu aliran. Jika ada, bila dan berapa lama tempoh masa diambil kerajaan untuk merealisasikan gagasan berkenaan tercapai?
6. YB Senator Datuk Abdul Rahman Bakar minta Menteri Kewangan menyatakan apakah pihak Kerajaan tidak ada dasar campurtangan terhadap bank-bank yang saham majoriti dimiliki Kerajaan seperti; Bank Islam, Agrobank, BSN dan Maybank untuk setiap aktiviti pembelian saham atau pengapungan saham dan pembelian ekuiti lain termasuk pembelian bank atau syarikat kewangan di Negara lain. Contohnya pembelian Bank di Indonesia oleh Maybank yang menimbulkan pelbagai prasangka dan spekulasi negatif pemegang saham? Apakah pihak Kerajaan bercadang untuk meminda Akta Bank (BAFIA) yang dilaksanakan kini kepada suatu akta yang lebih ketat terutamanya apabila berlaku si peminjam yang terpaksa menghadapi tindakan membekukan aset mereka tanpa notis dan peraturan yang sistematik. Ini menyusahkan para peminjam apabila perniagaan mereka merosot dan bayaran balik pinjaman tidak mengikut jadual?
7. YB Senator Datuk Abdul Rahman Bakar minta Perdana Menteri menjelaskan tentang royalti minyak untuk negeri Terengganu yang masih tertunggak. Bilakah Kerajaan akan membayar tunggakan berkenaan? Apakah pihak Kerajaan Pusat boleh campurtangan didalam urusan pembiayaan wang royalti berkenaan di negeri Terengganu. Jika ada, apakah perancangan Kerajaan Pusat?
8. YB Senator Datuk Abdul Rahman Bakar minta Menteri Pertahanan menyatakan apakah Kerajaan berpuashati dengan kekuatan dan ketumbuhan pertahanan dikawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia khasnya di perairan Kelantan, Pahang, Terengganu dan Johor. Sekiranya berlaku sesuatu bencana yang tidak diingini contohnya orang hanyut, pencerobohan kapal-kapal nelayan asing, kemasukan pendatang asing tanpa izin, kehadiran lanun-laun, pencerobohan kapal-kapal dagang asing, penyeludupan dan lain-lain. Untuk menghadapi situasi ini, apakah pihak Kerajaan bercadang untuk membina kem angkatan tentera di Marang khasnya di Bukit Kor (tanah milik Kementerian Pertahanan), atau dilain-lain tempat. Jika ada bila dan berapa ramai dijangka akan di tempatkan angkatan tentera disitu?
9. YB Senator Datuk Abdul Rahman Bakar minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan tentang senarai E-Kasih yang didaftar diseluruh Negara yang melibatkan golongan berpendapatan rendah. Apakah senarai berkenaan adalah tepat dengan sasaran Kerajaan kerana ada dikalangan mereka yang mempunyai pendapatan melebihi RM1500 sebulan? Apakah Kerajaan mempunyai definisi tersendiri terhadap golongan berpendapatan rendah iaitu kategori “miskin”, “miskin tegar” dan “melepasi garis kemiskinan” yang menyusahkan pihak-pihak lain untuk memberikan bantuan termasuk kupon beras yang ada dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani?
10. YB Senator Datuk Abdul Rahman Bakar minta Perdana Menteri menjelaskan tentang kes-kes mahkamah yang tertunggak bertahun-tahun tanpa penyelesaian diseluruh negara. Jika ada, berapa banyak sehingga 2009? Bila dijangka kes-kes tertunggak ini akan selesai atau sekurang-kurangnya bilangan berkenaan dikurangkan seminimum mungkin?
11. YB Senator Datuk Abdul Rahman Bakar minta Perdana Menteri menjelaskan tentang peranan JAKIM terhadap jabatan-jabatan Agama negeri-negeri. Apakah kuasa dan peruntukan kewangan yang boleh disalurkan oleh JAKIM? Apakah peranan JAKIM terhadap penyusunan semula sekolah-sekolah Agama Rakyat (SRA) yang kebanyakannya condong kepada parti politik tertentu?
12. YB Senator Datuk Abdul Rahman Bakar minta Perdana menteri menjelaskan peranan JAKIM terhadap kumpulan ajaran sesat. Ada orang kata, bila berlaku secara terang-terangan baru JAKIM bertindak, contohnya kes “Nabi Palsu”. Nyatakan bilangan kumpulan ajaran sesat yang dapat dikenalpasti diseluruh negara. Dan apakah usaha-usaha untuk memantau serta membanteras ajaran seperti ini.
13. YB Senator Datuk Abdul Rahman Bakar minta Menteri Wilayah menjelaskan bilangan sebenar yang mendapat kediaman baru diseluruh Wilayah Persekutuan mengikut pecahan bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri baru-baru ini. Adakah pihak kementerian akan membina dan memberikan lebih banyak rumah-rumah dimasa akan datang memandangkan mereka yang memohonnya adalah terlalu ramai. Jika ada, nyatakan rancangan tersebut.
14. YB Senator Datuk Abdul Rahman Bakar minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menjelaskan tentang tebatan banjir. Sepanjang tahun 2006, 2007, 2008, dan 2009, berapa banyak kawasan terlibat dan berapa peruntukan yang telah digunakan untuk projek berkenaan dan berapa ramai telah mendapat rahmat daripada projek berkenaan? Berapa pula peruntukan yang dirancang untuk disalurkan sekiranya berlaku keruntuhan cerun dan tanah tinggi semasa banjir terutamanya di kawasan berisiko tinggi diseluruh negara.
15. YB Senator Datuk Abdul Rahman Bakar minta Menteri Sumber Manusia menjelaskan tentang perancangan Kerajaan untuk mengatasi siswazah yang menganggur terutamanya melalui skim “Train and Place”. Apakah bidang pengajaran yang diajar, berapa penyedia latihan yang terlibat dan apa kemajuan atau peratusan siswazah yang terlibat berbanding yang menganggur?
16. YB Senator Datuk Abdul Rahman Bakar minta Menteri Luar Negeri menjelaskan tentang hubungan Malaysia-Indonesia apabila segelintir rakyat Indonesia berdemonstrasi dengan memijak bendera Malaysia dan mengacukan bambu runcing serta provokasi mereka menyerang negara kita? Apakah usaha untuk menyemarakkan keakraban dan setiakawan yang diambil Kerajaan Malaysia terkini?
17. YB Senator Datuk Abdul Rahman Bakar minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menjelaskan tentang data penyertaan dan pegangan saham Bumiputra di dalam industri peruncitan (franchais) dan industri kecil dan sederhana (IKS) sehingga pertengahan tahun 2009? Sila berikan data berdasarkan jenis industri (peruncitan dan IKS)?
18. YB Senator Datuk Abdul Rahman Bakar minta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menjelaskan:
- Berapa jenis tarian dan lagu-lagu tradisional yang diberi status bernilai tinggi.
- Apakah usaha yang diambil bagi mempastikan tarian dan lagu-lagu tradisional tidak pupus di Negara ini?
- YB Senator Datuk Abdul Rahman Bakar minta Menteri Pengangkutan menjelaskan tentang tindakan yang sedang diambil bagi mempastikan skandal PKFZ diselesaikan segera dan mereka yang terlibat diheret ke mahkamah tanpa memilih “bulu”! Adakah kerajaan berhasrat mengeluarkan kertas putih mengenai skandal tersebut?
20. YB Senator Datuk Abdul Rahman Bakar minta Perdana Menteri menjelaskan tentang peranan Economic Planning Unit (EPU) didalam menarik pihak bank atau syarikat gergasi dari luar Negara melabur di Malaysia dengan mewujudkan Unit Kerjasama Sektor Awam-Swasta sehingga Jun 2009? Apakah EPU mempunyai dana khas untuk syarikat-syarikat atau bank-bank luar yang bekerjasama dengan syarikat tempatan untuk melaksanakan sesuatu projek mega? Jika ada berapa peruntukan berkenaan dan sehingga kini berapa syarikat yang menikmati dana berkenaan?