Gambar kiri: Menteri Besar menyaksikan persembahan kebudayaan di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Senator Rahman Bakar.




MARANG, 25 Ogos 2012 - Kira-kira 10,000 orang tetamu telah hadir ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 1433H di kediaman YB Senator Dato' Haji Abdul Rahman Bakar di Kg Gelugor Kedai.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh Menteri Besar Terengganu, YAB Datuk Seri Ahmad Said dan Isteri Yang Amat Berbahagia To’ Puan Seri Hajah Norliza Binti Mahmud; Ketua UMNO Bahagian Marang, YB Datuk Yahya Khatib Mohamad; Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri, Saiful Bahri Baharuddin; Pegawai Pembangunan Dun Rhu Rendang dan Bukit Payong; serta pegawai kanan kerajaan; tetamu sejak jam 9.00 pagi.

Dato’ Haji Abdul Rahman merakamkan ucapan terima kasih dan salam aidilfitri kepada semua tetamu yang hadir yang sebahagian besarnya terdiri daripada pemimpin masyarakat dalam Parlimen Marang dan penduduk setempat. Majlis tersebut turut diserikan dengan dendangan nyanyian lagu oleh artis seperti Faizal AF, Anis Suraya, Tasya dan penyanyi jemputan dan tetamu yang hadir.

Tetamu dihidangkan dengan pelbagai sajian enak seperti nasi minyak, ketupat, lemang , tapai, kuih, biskut raya dan sate. Kanak-kanak pula tidak melepaskan peluang bersalaman dengan YAB Menteri Besar dan Dato' Hj Abdul Rahman dan menerima duit raya.


eXTReMe Tracker