Bina hospital di Marang

Posted by rahmanbakar under ,
PAYA RESAK - Kerajaan Negeri kini berusaha memastikan setiap daerah, termasuk Marang mempunyai hospitalnya sendiri bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan terbaik.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, walaupun Marang satu-satunya daerah yang masih belum mempunyai :kemudahan hospital, keadaannya masih terkawal memandangkan lokasinya tidak jauh dari Kuala Terengganu.

Menurutnya, dari segi keperluan, ia masih tidak mendesak berbanding Hospital Dungun yang dilihat kritikal kerana ia adalah sebuah hospital lama.

“Dalam konteks Marang, ia tidak jauh berbanding daerah lain. Mereka yang bersempadan dengan Hulu Terengganu, boleh ke Hulu Terengganu, begitu juga yang bersempadan dengan Dungun, jadi banyak alternatifnya.

“Kita melihat prioriti terhadap sesuatu kawasan. Oleh itu, kita harapkan akhirnya semua daerah akan ada hospital. Buat permulaan, kita masih dalam proses pengambilan tanah di Bukit Kor, Marang tetapi mungkin ambil masa untuk pembinaannya,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan e-Book dan Bantuan Pakaian Sekolah Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong di Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Resak di sini, semalam.

Seramai 617 murid Tahun Lima di DUN Bukit Payong menerima bantuan e-Book pada majlis berkenaan.

Hadir sama, Pegawai Daerah Marang, A Rahman Che Ali; Yang Dipertua Majlis Daerah Marang (MDM), Ibrahim Mohamad; Pegawai Pembangunan Parlimen Marang, Senator Datuk Abdul Rahman Bakar; Pegawai Pembangunan DUN Bukit Payong, Zaidi Muda; Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Nik Dir Nik Wan Ku dan Naib Ketua UMNO Bahagian Marang, Razali Idris.

Petikan oleh Sinar Harian:
http://www.sinarharian.com.my/terengganu/content/story7949189.asp


eXTReMe Tracker