Salam Aidiladha

Posted by rahmanbakar under ,
SALAM AIDIL ADHA
SELAMAT MENJALANI IBADAT KORBAN

Dibawah ini adalah gambar menjalani ibadat korban di kampung saya, Kg Gelugor Kedai.



Abdul Rahman 
KUALA LUMPUR 7 Okt. - Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang memperlihatkan 'kepincangan' pengurusan kewangan serta pemilikan aset beberapa kementerian dan agensi kerajaan mendapat perhatian kalangan Ahli Dewan Negara yang mahu perkara itu tidak berulang pada masa depan

Mereka menuntut kementerian terlibat menyelesaikan kepincangan itu sebaik mungkin supaya maruah kerajaan tidak tercalar dengan laporan sedemikian.

Membawakan isu tersebut ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2013) 2013, Senator Datuk Abdul Rahman Bakar berkata, dalam usaha membanteras rasuah, mereka yang berada dalam 'keluarga' kerajaan perlu bersikap telus dan perlu mencerminkan tindak-tanduk yang baik kepada rakyat.

''Merujuk Laporan Ketua Audit Negara 2012, kadang-kadang kita malu, adakah (sebahagian) kementerian tiada integriti? (Hasil) Audit perlu ditangani dan diselesaikan dengan baik, jika tidak maruah kerajaan akan tercalar. Demi negara, demi bangsa, maruah dan imej, kena buatlah (tangani)," katanya dalam sidang Dewan Negara hari ini.

Terdahulu, beliau memberi respons celahan Senator Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman yang mengetengahkan isu sebuah agensi kerajaan yang membelanjakan RM3,810 untuk sebuah jam dinding yang hanya berharga RM100.

Untuk itu, Abdul Rahman mahu pihak terlibat supaya bertanggungjawab dan tidak 'bermain' dengan soal harga untuk mengaut keuntungan sendiri.

Dalam pada itu, Senator Datuk Dr. Johari Mat menegaskan laporan itu perlu diteliti dan diterima secara positif.

''Kita sebagai sebuah keluarga, ada yang menegur, ada yang salah, ada yang silap untuk kita saling melengkapi antara satu sama lain. Tetapi, wang yang diberikan kerajaan kepada kementerian-kementerian, itu adalah tanggungjawab dan amanah.

''Ingatlah, gejala itu akan dipersoalkan sama ada di dunia atau di akhirat nanti. Mana-mana teguran perlu dilaksanakan dengan baik dan diambil tindakan agar wang negara terjamin. Jika diberikan perhatian, saya fikir peruntukan tambahan (perbekalan tambahan) ini dapat dikurangkan," katanya.

Terdahulu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan mengemukakan usul Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2013) 2013 yang memperuntukkan wang tambahan sebanyak RM14.126 bilion kepada beberapa kementerian dan jabatan sebagai anggaran perbelanjaan mengurus tambahan pertama bagi 2013.

Antaranya yang memperoleh peruntukan tambahan tersebut ialah Parlimen, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20131008/pa_01/Jangan-ulangi-kepincangan-urus-kewangan-aset



Tahniah diucapkan kepada YB Senator Datuk Seri Mohd Ali Rustam diatas pelantikan sebagai Ahli Dewan Negara  Malaysia di Parlimen pada 07 Oktober 2013.

Selamat berjuang!

-DARB-



 YB Senator DARB bersama rakan-rakan di hadapan rumah di Kg Gelugor Kedai.

"Kehidupan masa depan elok juga dirancang dan berbincang bersama-sama kawan-kawan.. Bagaimana nak berkongsi dan menjana pendapatan dan memperkasakan ekonomi famili"


SYUKUR YABHG TUN DR MAHATHIR MOHAMAD Masih kuat dan sihat di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya hari ini 3.10.20013

Layari blog Tun M: http://www.chedet.cc


Turut meraikan malam Kemerdekaan Indonesia di Royale Chulan KL pada 2.9.2013 bersama YB Datuk Seri Zahid Hamidi. 

Sudah 68 tahun Indonesia merdeka dari Belanda. 

Semoga Indonesia dan Malaysia terus aman dan maju jaya, kekal abadi persahabatan kedua negara serumpun selagi ada bulan dan bintang.



 


MERDEKA!

Bersama sama ahli-ahli Persatuan Penggiat Kebudayaan Malaysia Indonesia mengagih-agihkan beribu Jalur Gemilang panji-panji Negara Malaysia tanah tumpah darahku kepada para pemandu di Tol Gombak Selangor pada 29.8.2013 sempena menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia pada 31.8.2013.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!


Memenuhi undangan rumah terbuka raya YM Nik Dir Nik Wan Ku dan Dr Norizan Pejabat Kesihatan Daerah Marang hari ini 22.8.2013.

Terima kasih.
-DARB.


Assalamualaikum & Salam 1Malaysia.

Rumah Terbuka ILP Bukit Parit Marang Terengganu bersama Pengarah Tn Zulkifli Omar.
ILP ini sekarang menawarkan 9 kursus, yang sedang berjalan sekarang ialah

1. Mekatronik
2. Automatif
3. Plastik ,
Akan datang... Komputer, Elektronik, Jaminan Mutu, Percetakan Grafik, Pracetak, Information Technology.

Anda yg berminat boleh apply melalui UPU Kem Pendidikan di Putrajaya.

Semuga lekas sembuh Pak Su Man (Sulong Abdul Rahman Sulong) Pengerusi JKKK Pulau Manis Dun Alor Limbat Parlimen Marang Terengganu yang menghidap penyakit kanser paru-paru.


Bergambar kenangan bersama ahli keluarga tercinta..

Sempena makan malam bagi meraikan pasangan Pengantin Baru Buani dan Jaja dan cukur kepala cucu sedara di rumah Kakak Ara Gelugor Kedai bonda Saiful Bahri Dato Baharuddin Ketua Pemuda Umno Negeri Terengganu pada 18 dan 16.8.13.

Terima kasih.

- DARB


Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera..

Syukur kepada Allah SWT kerana Majlis Perkahwinan anakanda saya Buani Atiqi (Bonie) dan pasangannya Nor Fazliza (Jaja) telah selesai semalam 17.8.2013 dengan jayanya , terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan para undangan yg telah datang meraikannya samada di Kuantan dan Kuala Terengganu.

Semuga Allah SWT memberkati kehidupan Tuan/Puan semua baik di dunia mahupun Akhirat ,Amin

Dibawah adalah gambar kenangan sempena perkahwinan ini.

Pernikahan @ Masjid Sultan Ahmad Shah 1, Kuantan, Pahang pada 10 Ogos 2013.

Persandingan @ Dewan Utama Wisma Belia, Bandar Indera Mahkota, Kuantan Pahang pada 11 Ogos 2013.

Persandingan @ Rumah pengantin lelaki di Kg. Gelugor Kedai, Kuala Terengganu pada 17 Ogos 2013.

Penduduk kampung bergotong royong membantu menyembelih lembu untuk jamuan.

Lebih banyak gambar di www.jajabonie.com




Dengan segala hurmat dan sukacitanya kami mempersilakan semua ke Majlis Perkahwinan anak saya pada 17.8.2013 Sabtu jam 11pagi-5 petang bertempat di rumah saya A-84 Kg Gelugor Kedai, 20050 Kuala Terengganu ,TRG.

Semuga dalam kesudian dan kehadiran juga , terima kasih



BERSYUKUR KITA KERANA BERJAYA MELAKSANAKAN IBADAT PUASA DENGAN JAYANYA

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN. SEMOGA ANDA SEMUA DILIMPAHI KEBERKATAN DAN KEREDHAAN ALLAH SWT JUA..

JANGAN LUPA SUDILAH KIRANYA BERAYA KE TERATAK SAYA DI A-84 GELUGOR KEDAI KUALA TERENGGANU dan SERENTAK DGN MAJLIS PERKAHWINAN ANAK SAYA BUANI ATIQI DGN JAJA PADA 17.8.2013 SABTU antara jam 11.30 pagi - 5 ptg

Semuga dalam kesudian juga



Menyampaikan sumbangan buku Yassin daripada KDYMM Sultan Mahmud Badaruddin III Sultan Palembang, Sumatera Indonesia kepada Tuan Imam Masjid Kubang Durian Gelugor Kedai Kuala Terengganu. 
Junjung Kasih Tuanku daripada jemaah semua.


eXTReMe Tracker