Jambatan RM80 juta mercu tanda Daerah Marang
Oleh FAUZI MOHD dan AMIRULLAH OTHMAN
Jambatan empat lorong bernilai RM80 juta bakal dibina bagi menggantikan Jambatan Sungai Marang sedia ada.
Pegawai Daerah Marang, A. Rahman Che Ali berkata, jambatan yang dirancang pembinaannya setinggi lapan meter itu menjadi nadi laluan penting daerah berkenaan.
"Pembinaan itu bagi mengatasi masalah trafik di sekitar bandar Marang sekali gus menaikkan imej bandar ini sebagai bandar berkembar kepada Kuala Terengganu," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas taklimat pembangunan Daerah Marang kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang melawat ke pejabat daerah itu hari ini.
Mengiringi baginda, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah dan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita Negeri, Dato’ Yahya Khatib Mohamad.
Turut serta, Tengku Seri Temenggong Raja, Dato’ Seri Tengku Baharudin Sultan Mahmud, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat, YB. Alias Abdullah dan Pegawai Pembangunan Parlimen Marang, Dato’ Abdul Rahman Bakar.
Tambah A. Rahman, tumpuan diberi terhadap pembinaan jambatan itu sebagai usaha menaiktaraf jambatan lama itu yang sudah ketinggalan berbanding jambatan-jambatan lain.
Katanya, dengan ketinggian sehingga lapan meter itu, ia membolehkan laluan bot besar persiaran dan bot nelayan di sungai berkenaan walaupun dalam keadaan air pasang.
Petikan: http://teganukita.blogspot.com/2012/03/sultan-mizan-hadir-taklimat-pembangunan.html
Agong rasmi penggal kelima Parlimen ke-12
YANG di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menerima watikah daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perasmian Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Parlimen bagi Penggal Kelima Persidangan ke-12 di Parlimen.

Gambar Bersama Rakan Ahli Parlimen Malaysia & Bersama Dato' Seri Abdul Hadi Awang
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, hari ini merasmikan pembukaan mesyuarat pertama penggal kelima persidangan Parlimen ke-12.
Upacara perasmian itu turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri Kabinet serta perwakilan asing.
Dewan Rakyat mula bersidang esok hingga 12 April dan Dewan Negara mulai 23 April hingga 10 Mei.
Selepas lagu "Negaraku" dimainkan, Tuanku Abdul Halim memeriksa barisan kawalan kehormatan yang terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja dari Kem Sungai Besi di sini yang diketuai Mejar Amriza Mohd Ashaari.
Serentak dengan upacara itu, 21 das tembakan meriam dilepaskan.
Ia adalah kali pertama Tuanku Abdul Halim merasmikan persidangan Parlimen selepas dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 berkuatkuasa Disember lalu.
Baginda pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong kelima mulai 1970 hingga 1975. - BERNAMA
Petikan oleh: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/AgongrasmipenggalkelimaParlimenke-12/Article
Jelajah Pendekar 37 & Gotong Royong Membuat Laksa Tradisional
HIMPUNAN SEJUTA UMAT
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Stadium Negeri Terengganu
Anjuran
HIMPUN & Majlis Perundingan NGO's Negeri Terengganu
Penceramah
Bekas EXCO & Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali
Boleh disaksikan juga secara langsung di tvterengganu.com
Sekian, terima kasih..
Pengerusi Pengundi Luar dan NGO’s Badan Perhubungan Umno Negeri
YB Senator Dato' Abdul Rahman bin Bakar
Al-fatihah: Perginya Latiff Ibrahim - Lenyap Sebutir Bintang
Dengan penuh rasa sedih dan hiba... Al-fatihah di atas pemergian sahabat saya allahyarham Abdul Latiff Ibrahim yang disayangi.. Allah lebih menyayangimu..
Latiff Ibrahim terus aktif menyanyi, berlakon hingga ke akhir hayat
PENYANYI dan pelakon popular era 70-an dan 80-an, Latiff Ibrahim, atau nama penuhnya Abdul Latiff Ibrahim, 62, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), di sini, jam 6.06 petang semalam, berikutan komplikasi jantung.
Berita lanjut di:
- http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Belasungkawa_Lenyapsebutirbintang/Article
- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0220&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_26.htm
- http://www.hmetro.com.my/articles/LatifIbrahimmeninggaldunia/Article
- http://www.sinarharian.com.my/hiburan/penyanyi-veteran-latiff-ibrahim-meninggal-dunia-1.25411
Penghargaan & Ucapan Terima Kasih PM
Jutaan penghargaan & terima kasih diucapkan kepada YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (Perdana Menteri Malaysia) dan isteri YBhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor atas kunjungan ke Parlimen Marang, Negeri Terengganu Darul Iman pada 03 Februari 2012.
Antara Berita yang berkaitan:Dibawah ini ada video Youtube yang di khabarkan oleh seorang rakan kepada saya:
- http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=hohWFcwLwJ4
- http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=1b1_QAA4Qjw&noredirect=1
Semoga bermanfaat..
Salam Maulidur Rasul 2012 / 1433H
Saya mengucapkan salam Maulidur Rasul 2012 / 1433H. Dalam tarikh Hijri ia jatuh pada 12 Rabiulawal 1433 atau dalam tarikh Miladi pula adalah pada 5 Feb 2012.
Tema tahun ini: Persefahaman Asas Perpaduan Ummah
Pernah satu ketika, Rasulullah s.a.w ditanya
“Siapa mukmin yang memiliki iman yang paling sempurna?”
Jawab Baginda:
“Mukmin yang paling mulia akhlaknya.
(Riwayat at-Thobarani)
Gambar diatas adalah dari Masjid Marang, Negeri Terengganu Darul Iman.
Kredit gambar asal: http://sarangsinga.blogspot.com/2008/01/masjid-marang.html
Gong Xi Fa Cai 2012
KUALA TERENGGANU - Semua badan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini perlu bergerak seiring dan membantu kerajaan dalam menentukan kestabilan politik dan negara demi kepentingan semua pihak.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, semua NGO yang ada di Terengganu perlu memberikan kerjasama kepada Kerajaan Negeri termasuk mengemukakan pandangan dan pendapat positif dalam merealisasikan slogan merakyatkan pentadbiran dan pembangunan negeri.
Justeru, beliau mahu kesemua 165 NGO yang ada di negeri ini supaya mengelakkan daripada terlibat dalam demonstrasi atau perhimpunan haram untuk menentang kerajaan.
“Kita minta NGO di negeri ini bantu kerajaan dalam memberikan pandangan untuk bergerak seiring dengan kerajaan.
“Ia penting bagi menentukan kestabilan masa depan negara. Kita harap mereka ini tidak digunakan untuk kepentingan politik tertentu bagi menjatuhkan kerajaan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Konvensyen NGO’s Negeri Terengganu 2012 di Hotel Primula Beach Resort di sini, semalam.
Hadir sama, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Shabery Cheek, Pengerusi Pengundi Luar dan NGO’s Badan Perhubungan Umno Negeri, Senator Datuk Abdul Rahman Bakar dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Sabah, Bung Mokhtar Radin.
Pada majlis itu, seramai 2,000 peserta mewakili 165 NGO di negeri ini hadir menyertai konvensyen yang berlangsung sehari anjuran Biro Pengundi Luar dan NGO Badan Perhubungan Umno Terengganu, semalam.
Sementara itu, Ahmad berkata, Kerajaan Negeri tidak mengetepikan peranan NGO malah sentiasa memberi pengiktirafan kepada badan itu yang banyak membantu membangunkan kecemerlangan dalam pelbagai bidang di negeri ini.
Katanya, peranan NGO penting kerana ia turut menentukan suasana yang stabil dan aman terutama dalam membantu menarik pelaburan asing.
“Kalau imej kita musnah, pelabur pastinya tak akan datang ke tempat kita dan akan merugikan rakyat khususnya orang Melayu.
“Justeru perkara sebegini tak harus berlaku, sebaliknya kita minta supaya NGO tidak digunakan untuk menjatuhkan kerajaan atau menyebabkan negara tak stabil dan sebagainya,” katanya.
Terdahulu, Ahmad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri dalam ucapannya mengumumkan, Kerajaan Negeri menyediakan peruntukkan sebanyak RM2 juta kepada NGO di negeri bagi memenuhi keperluan pentadbiran dan pengurusan badan itu.
Petikan: http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/elak-terlibat-demonstrasi-1.18213

Senator Datuk Hj. Abdul Rahman bin Bakar
Ahli Dewan Negara / Pegawai Pembangunan Parlimen Marang
Merafak sembah menjunjung kasih kebawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah diatas perkenan, ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak dan juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin diatas perlantikan (sambung tugas) saya sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal kedua pada 18 Julai 2011.
==================================================================Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Salam Hormat, Salam Perjuangan dan Salam 1 Malaysia..
Menuju kearah mendekatkan diri dengan ahli UMNO dan masyarakat dalam Bahagian Marang serta sesiapa sahaja termasuk individu dan pertubuhan yang merasa ingin berhubung, berdiskusi dan berkongsi persoalan diatas kapasiti saya sebagai Ahli Dewan Negara dan Pegawai Pembangunan Parlimen Marang.
Mungkin ada pihak di luar sana yang mahukan sebarang masalah dan persoalan untuk diajukan ke peringkat Dewan Negara, saya amat mengalu-alukan hal ini untuk perhatian dan tindakan Kerajaan Malaysia tercinta.
Anda dipersilakan untuk berhubung dengan saya melalui email atau form yang telah disediakan diruangan hubungi saya disini.
Amanah yang terpikul ini akan digunakan sebaiknya demi kepentingan rakyat Malaysia.
Terima kasih..
1 Malaysia
Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
-DARB-
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera..
Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada YAB Dato' Seri Ahmad Said diatas peruntukann RM2 juta bagi memenuhi keperluan NGO Terengganu. Terima kasih kepada semua yang terlibat & membantu menjayakan konvensyen NGO Negeri Terengganu 2012 ini.
Ikuti berita dari Teganukita seperti laporan dibawah:
Oleh FAUZI MOHD
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said mengumumkan kerajaan negeri memperuntukkan RM2 juta bagi memenuhi keperluan NGO-NGO di seluruh Terengganu.
Jelas beliau, peruntukan itu antara lain bagi membantu dari segi keperluan pentadbiran NGO-NGO berkenaan.
"Peruntukkan ini bagi memastikan tiada NGO di Terengganu yang tidak boleh bergerak kerana masalah kewengan dan diharapkan lebih banyak program dan aktiviti bermanafaat untuk pelbagai golongan dianjurkan," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis Konvensyen NGO's Negeri Terengganu 2012 di Hotel Primula, Kuala Terengganu semalam.
Konvensyen sehari yang dianjurkan oleh Biro Pengundi Luar dan NGO Badan Perhubungan UMNO Terengganu itu dihadiri kira-kira 2,000 orang yang mewakili lebih 165 NGO di negeri ini.
Konvesyen berkenaan merupakan pertama kali diadakan di negeri ini diadakan supaya anggota NGO memahami isu semasa yang sedang berlaku di sekitar mereka untuk ditangani.
Konvensyen anjuran Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu itu akan diikuti dengan forum khas bertajuk 'BN dan NGO Juara Rakyat' yang ahli panelnya terdiri daripada wakil Umno, MIC dan MCA.
Petikan: http://teganukita.blogspot.com/2012/01/ngo-terengganu-terima-rm2-juta.html
Tuanku Abdul Halim lafaz sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-14

SULTAN Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bersama Sultanah Haminah Hamidun berangkat tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi ini, bagi menghadiri istiadat melafaz sumpah dan menandatangani surat memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'azam Shah hari ini melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara di sini.
Ini adalah kali kedua baginda dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Kali pertama ialah dari 21 Januari 1970 hingga 20 September 1975 ketika berusia 43 tahun.
Sistem penggiliran Yang di-Pertuan Agong di kalangan sembilan Raja Melayu bermula sejak negara Merdeka pada 31 Ogos 1957.
Istiadat hari ini adalah pertama kali diadakan di Istana Negara yang baru dibina bercirikan binaan Islam serta tradisional Melayu di kawasan seluas 96.52 hektar dan mula beroperasi pada 15 November lalu. - BERNAMA
Petikan oleh:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TuankuAbdulHalimlafazsumpahjawatanYangdi-PertuanAgongke-14/Article
Menjunjung Kasih

SULTAN Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah melambai mesra kepada hadirin sebelum berangkat balik ke Kuala Terengganu pada istiadat rasmi tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-13 di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.
KUALA LUMPUR: Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah berangkat pulang ke Terengganu semalam, selepas menamatkan tempoh lima tahun pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-13.


















