Showing posts with label Dewan Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Dewan Rakyat. Show all posts
.
.
Pada 3 Mei 2012, satu rombongan seramai 120 orang peserta rombongan dari Kolej Perindu , Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah Alam telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Parlimen Malaysia melalui YB Senator Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar. Program ini dinamakan sebagai "Selangkah ke Parlimen: Bersama Menghayati Demokrasi" diketuai oleh Nik Muhammad Azrin Hafiz bin Nik Mahmood.

Peserta telah didedahkan dengan sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia dan juga berpeluang memasuki Dewan Negara yang baru dan mendengar sendiri sesi perbincangan dan perbahasan yang berlangsung. Peserta juga turut diberi penerangan mengenai fungsi Dewan Rakyat. Disamping itu, peserta juga telah dibawa masuk ke Dewan Negara yang lama dan berpeluang menduduki dan merasai duduk di kerusi ahli Parlimen dengan kebenaran pihak Parlimen.

Didoakan semua peserta ini berjaya dalam hidup dan semoga dapat berbakti kepada Negara Malaysia di masa akan datang.

Dibawah ini ditunjukkan beberapa foto kenangan semasa program tersebut:-



YANG di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menerima watikah daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perasmian Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Parlimen bagi Penggal Kelima Persidangan ke-12 di Parlimen.


Gambar Bersama Rakan Ahli Parlimen Malaysia & Bersama Dato' Seri Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, hari ini merasmikan pembukaan mesyuarat pertama penggal kelima persidangan Parlimen ke-12.

Upacara perasmian itu turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri Kabinet serta perwakilan asing.

Dewan Rakyat mula bersidang esok hingga 12 April dan Dewan Negara mulai 23 April hingga 10 Mei.
Seri Paduka bersama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah tiba di Dataran Parlimen kira-kira jam 10 pagi.

Selepas lagu "Negaraku" dimainkan, Tuanku Abdul Halim memeriksa barisan kawalan kehormatan yang terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja dari Kem Sungai Besi di sini yang diketuai Mejar Amriza Mohd Ashaari.

Serentak dengan upacara itu, 21 das tembakan meriam dilepaskan.

Ia adalah kali pertama Tuanku Abdul Halim merasmikan persidangan Parlimen selepas dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 berkuatkuasa Disember lalu.
Baginda pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong kelima mulai 1970 hingga 1975. - BERNAMA


Petikan oleh: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/AgongrasmipenggalkelimaParlimenke-12/Article

eXTReMe Tracker