" Semakin ramai kaum Bukan Bumiputera memohon perkerjaan di sektor Awam;

Bagi tahun 2013 Orang Cina meningkat daripada 20 ribu kpd 50 ribu lebih , Orang India drp 18 ribu melebihi 70 ribu manakala Bumiputera drp 20 ribu lebih kpd ratus ribu " menurut Pengerusi SPA Tan Sri Mahmood Adam dlm TV1 tadi.

Manakala Menteri di JPM berkata tak ada usaha utk meMelayukan atau memBumiputera perjawatan di SPA/JPA itu.

Tambah Tan Sri penguasaan Melayu/ Bumiputera sebahagian besarnya adalah mengikut sejarah dimana Inggeris telah meletakkan Melayu dlm perjawatan Awam / kerajaan, Cina di sektor perlombongan dan India di Ladang serta estet.


Apa sgt menarik apabila YB Datuk Joseph Entulu Menteri di JPM pula menjelaskan penguasaan pekerjaan antara Bumiputera dan bukan Bumiputera kalau dicampur antara sekor Awam dan Swasta adalah seimbang.

HUH GITU PULOK
APA KATA ANDA ?

(Nota : saya juga merakamkan setinggi terima kasih, tahniah dan syabas kpd semua Penjawat Awam yg berjaya mempertahan kerusi Parlimen Putrajaya dan majoriti Penjawat Awam yg menyokong Kerajaan BN di seluruh Malaysia didalam perbahasan Bajet 2014 di Dewan Negara pd Rabu lepas)



Kenyataan saya di Dewan Negara mengenai SPA adalah seperti dibawah:
 
Saya juga hendak bercakap dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Saya pergi jumpa Tan Sri Mahmood Adam, dia punya pengerusi, last two weeks. Dia kata rakyat Malaysia yang minta kerja dalam masa sepuluh bulan Tuan Yang di-Pertua, adalah sangat ramai. Saya tanya, “Berapa?” “You agak berapa?” dia kata. Saya kata, “Ada lah 100,000 atau 200,000.” Dia jawab, “No!” Saya kata, “300,000?” Dia kata lagi, “No.” Saya teka lagi, “500,000?” Dia jawab, “No.” Dia kata, “Yang minta kerja dengan SPA dan JPA adalah sebanyak 2.05 juta orang.” Banyak itu. “Dari dulukah Tan Sri,” saya tanya dia. Dia kata, “No.” Dia kata dalam masa 10 bulan pertama, termasuk budak-budak PAS, PKR, DAP minta sama. Jadi saya hendak khabar berapa ambil? Dia kata, ”Dalam 80,000.” Saya tanya, “Next year?” Dia jawab, “Dalam 100,000.” Saya hendak khabar, ini SPA tahniah, syabas. Berilah peluang untuk tingkatkan SPA. Saya kata, “Apa hendak tingkat?” Dia kata, “Apa-apalah.”

Saya syorkan dia punya komputer untuk alat-alat komputer daripada enam terbaik, diangkat menjadi 20 terbaik supaya dapat akses kepada semua internet, semua unsur-unsur pentadbiran.

Saya juga hendak tahniah kepada semua penjawat awam sebab saya tahu pertama Putrajaya, pembangkang tidak boleh ambil walaupun dia bawa Haji Hadi kah, Nik Aziz kah, Anwar Ibrahim kah tidak boleh ambil. Tahniah. Putrajaya kebanyakannya penjawat awam. Kedua saya tahniah sebab penjawat awam sokong Kerajaan BN, tahniah. Tepuk sikit. [Tepuk]

Download file PDF penuh Penyata Rasmi (Hansard) di 

Fanpage: https://www.facebook.com/datukabdulrahmanbakar

eXTReMe Tracker