KUALA TERENGGANU – Persepsi serong segelintir pihak terhadap Umno dan BN berlaku berikutan maklumat yang dimanipulasi pembangkang tidak ditangani dengan bijak dan dijelaskan dengan baik di semua peringkat.

Ketua Penerangan Umno Terengganu, Senator Datuk Abdul Rahman Bakar berkata, kebanyakan tohmahan yang dibangkitkan Pas, PKR dan DAP mengenai Umno dan BN boleh mengikis keyakinan rakyat terhadap parti kerajaan secara beransur-ansur sekiranya tidak diselesaikan secara berhemah.

Sehubungan itu katanya, peranan biro penerangan amat besar dalam memastikan cabaran sedemikian diatasi bagi menepis dakyah pembangkang yang boleh meracuni fikiran pengundi.
“BN akan tergugat oleh tindakan parti lawan dan kita lihat banyak isu yang dibangkitkan sama ada dalam BN tidak ditangani dengan baik. Kalau tidak dijelaskan, rakyat boleh kata ia benar walaupun ia mungkin bertentangan dengan fakta, fitnah dan sebagainya.

“Oleh itu, kita akan pastikan biro penerangan itu cergas dan aktif,” katanya.

Dari sudut isu yang timbul beliau berkata, pihaknya akan duduk berbincang dan mengkaji apa yang perlu dibuat dalam memastikan mekanisme tepat disalurkan kepada rakyat.

Menurutnya, sama ada ia dalam bentuk penerbitan, media, teknologi maklumat dan kemasyarakatan, perkara itu akan dibuat secara dinamik, pragmatik dan sesuai dengan keadaan semasa.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, banyak perkara baik dilaksanakan Umno dan BN melalui kerajaan negeri dan persekutuan yang perlu dijelaskan kepada rakyat dari semasa ke semasa.

Katanya, perkara sedemikian perlu ditonjolkan untuk memastikan rakyat mampu membezakan fakta dan auta, di samping tidak tertipu dengan maklumat tidak benar melalui pelbagai medium termasuk blog.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/politik/persepsi-serong-terhadap-umno-bn-perlu-dihakis-1.230486



" Semakin ramai kaum Bukan Bumiputera memohon perkerjaan di sektor Awam;

Bagi tahun 2013 Orang Cina meningkat daripada 20 ribu kpd 50 ribu lebih , Orang India drp 18 ribu melebihi 70 ribu manakala Bumiputera drp 20 ribu lebih kpd ratus ribu " menurut Pengerusi SPA Tan Sri Mahmood Adam dlm TV1 tadi.

Manakala Menteri di JPM berkata tak ada usaha utk meMelayukan atau memBumiputera perjawatan di SPA/JPA itu.

Tambah Tan Sri penguasaan Melayu/ Bumiputera sebahagian besarnya adalah mengikut sejarah dimana Inggeris telah meletakkan Melayu dlm perjawatan Awam / kerajaan, Cina di sektor perlombongan dan India di Ladang serta estet.


Apa sgt menarik apabila YB Datuk Joseph Entulu Menteri di JPM pula menjelaskan penguasaan pekerjaan antara Bumiputera dan bukan Bumiputera kalau dicampur antara sekor Awam dan Swasta adalah seimbang.

HUH GITU PULOK
APA KATA ANDA ?

(Nota : saya juga merakamkan setinggi terima kasih, tahniah dan syabas kpd semua Penjawat Awam yg berjaya mempertahan kerusi Parlimen Putrajaya dan majoriti Penjawat Awam yg menyokong Kerajaan BN di seluruh Malaysia didalam perbahasan Bajet 2014 di Dewan Negara pd Rabu lepas)



Kenyataan saya di Dewan Negara mengenai SPA adalah seperti dibawah:
 
Saya juga hendak bercakap dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Saya pergi jumpa Tan Sri Mahmood Adam, dia punya pengerusi, last two weeks. Dia kata rakyat Malaysia yang minta kerja dalam masa sepuluh bulan Tuan Yang di-Pertua, adalah sangat ramai. Saya tanya, “Berapa?” “You agak berapa?” dia kata. Saya kata, “Ada lah 100,000 atau 200,000.” Dia jawab, “No!” Saya kata, “300,000?” Dia kata lagi, “No.” Saya teka lagi, “500,000?” Dia jawab, “No.” Dia kata, “Yang minta kerja dengan SPA dan JPA adalah sebanyak 2.05 juta orang.” Banyak itu. “Dari dulukah Tan Sri,” saya tanya dia. Dia kata, “No.” Dia kata dalam masa 10 bulan pertama, termasuk budak-budak PAS, PKR, DAP minta sama. Jadi saya hendak khabar berapa ambil? Dia kata, ”Dalam 80,000.” Saya tanya, “Next year?” Dia jawab, “Dalam 100,000.” Saya hendak khabar, ini SPA tahniah, syabas. Berilah peluang untuk tingkatkan SPA. Saya kata, “Apa hendak tingkat?” Dia kata, “Apa-apalah.”

Saya syorkan dia punya komputer untuk alat-alat komputer daripada enam terbaik, diangkat menjadi 20 terbaik supaya dapat akses kepada semua internet, semua unsur-unsur pentadbiran.

Saya juga hendak tahniah kepada semua penjawat awam sebab saya tahu pertama Putrajaya, pembangkang tidak boleh ambil walaupun dia bawa Haji Hadi kah, Nik Aziz kah, Anwar Ibrahim kah tidak boleh ambil. Tahniah. Putrajaya kebanyakannya penjawat awam. Kedua saya tahniah sebab penjawat awam sokong Kerajaan BN, tahniah. Tepuk sikit. [Tepuk]

Download file PDF penuh Penyata Rasmi (Hansard) di 

Fanpage: https://www.facebook.com/datukabdulrahmanbakar

MERAIKAN 2 SENATOR YANG BERSARA

Posted by rahmanbakar under
Farewell YB Senator Dato Pau Chiong Ung from Sarawak dlantik 2007 & YB Senator Chew Lee Giok from Selangor dilantik pd 13.12 2010 .. bersara hari ini , terima kasih diatas sumbangan anda kpd Rakyat dan Negara.



Sembang masa rehat dgn YB Senator Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Coffee House Dewan Negara.

Dewan Negara, Parlimen Malaysia.
Rabu 11 hb.12.2013 saya akan bahas Bajet Negara 2014 selepas jam 11.45 pagi atau sebelah petang di Dewan Negara.

 Bersama Datuk Seri Shahidan Kassim - Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Selamat bersidang! 

Lama web Parlimen Malaysia: http://www.parlimen.gov.my


IKRAR RAHMAN BAKAR

Posted by rahmanbakar under
Oleh: Ruslan Abdul Rahman

 “Sesuatu produk dan penghasilan yang baik tetapi jika gagal diberi promosi, iklan, hebahan dan penerangan, ia menjadi sebaliknya.
 Lantaran itu kaedah yang disebutkan tadi akan menjadi keutamaan saya dengan menggunakan pelbagai saluran penerangan,” demikian kata Ketua Penerangan Umno Negeri Terengganu    Senator Dato’ Haji Abdul Rahman Bakar.

 Bercakap kepada Teganukita Dato’ Abdul Rahman yang juga bekas Ahli Parlimen Marang berkata, penerangan tentang kebaikan parti Umno, Barisan Nasional dan kerajaan perlu diteruskan sepanjang masa di samping menangkis serangan-serangan kepada parti itu.
 Sebagai parti yang menjadi kerajaan, termasuk di Terengganu, apa yang dijalankan oleh kerajaan itu adalah sebenarnya Umno, tidak boleh sama sekali hendak diasingkan parti pemerintah dengan kerajaan yang memerintah, ia adalah saling berkaitan.


 Bagaimanapun katanya, pihak beliau memerlukan kerjasama semua peringkat Bahagian, Peti Undi, Cawangan, parti-parti komponen BN, badan-badan bukan kerajaan, belia dan sebagainya bagi memantapkan tugas-tugas penerangan, promosi, pemasaran (dengan izin, marketing).

  “Umno tidak boleh bersendirian, tetapi rakan strategik perlu diwujudkan, membina rangkaian dan jaringan dengan pelbagai lapisan masyarakat, barulah roh Umno yang memperjuangkan bangsa dan agama, mempelopori pembangunan negara, pembangunan insan dan membawa negara ke arah kemajuan yang cemerlang dapat meresap ke dalam jiwa masyarakat,” tegasnya.

 Ini kerana katanya, semua yang sedang dinikmati sekarang adalah hasil dari perjuangan dan kejayaan Umno dan BN, tidak sesiapa pun boleh menafikan. Sambil mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu (BPUNT), Dato’ Seri Haji Ahmad Said yang telah memberi kepercayaan kepadanya menerajui penerangan Umno Negeri, beliau berikrar akan menjalankan tugas dan amanah dengan sebaiknya.

  “Saya sedikit pun tidak menyangka dilantik tetapi apabila dilantik, maka adalah menjadi tugas saya untuk menjalankan tugas dan amanah itu dengan sebaik mungkin,” katanya.
  Memandangkan pada masa ini, saluran media baru amat berpengaruh, beliau akan meneruskan usaha memperkasakan sebaran maklumat dan penjelasan isu melalui media baru atau media sosial seperti facebook, blog, youtube, dan pelbagai bentuk media baru yang menjadi saluran komunikasi generasi masa kini.

"Perlantikan ahli jawatankuasa dan  mesyuarat serta perjumpaan akan diadakan dalam masa yang terdekat ini," katanya.

 (catatan penuh wawancara akan disiarkan selepas ini).

Sumber: http://teganukita.blogspot.com/2013/12/ikrar-rahman-bakar.html

Jom ke Perhimpunan Agung Umno 2013 di PWTC hari ini 5.12.13 kita dengar amanat YAB Presiden Parti Datuk Seri Najib Tun Razak.


Berakhirnya Perhimpunan Agung Umno semalam 7.12.2013 di Putra World Trade Centre
'Selagi Umno berkuasa takkan hilang Islam dan pertuanan bangsa di persada negara' itu rumusan ibu penutup persidangan oleh YAB DS Presiden

SELAMAT BERJUANG RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN!


YB Senator Dato' Hj Abdul Rahman Bakar
Ketua Penerangan UMNO Negeri Terengganu.




eXTReMe Tracker