BAJET 2014

Posted by rahmanbakar under
BAJET 2014

Jom ikuti pembentangan Bajet 2014 oleh Menteri Kewangan YAB DS Najib Tun Razak di Parlimen hari ini jam 4 ptg 25.10.2013 Jumaat,, apa yg baik utk rakyat dan negara.




Salam Aidiladha

Posted by rahmanbakar under ,
SALAM AIDIL ADHA
SELAMAT MENJALANI IBADAT KORBAN

Dibawah ini adalah gambar menjalani ibadat korban di kampung saya, Kg Gelugor Kedai.



Abdul Rahman 
KUALA LUMPUR 7 Okt. - Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang memperlihatkan 'kepincangan' pengurusan kewangan serta pemilikan aset beberapa kementerian dan agensi kerajaan mendapat perhatian kalangan Ahli Dewan Negara yang mahu perkara itu tidak berulang pada masa depan

Mereka menuntut kementerian terlibat menyelesaikan kepincangan itu sebaik mungkin supaya maruah kerajaan tidak tercalar dengan laporan sedemikian.

Membawakan isu tersebut ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2013) 2013, Senator Datuk Abdul Rahman Bakar berkata, dalam usaha membanteras rasuah, mereka yang berada dalam 'keluarga' kerajaan perlu bersikap telus dan perlu mencerminkan tindak-tanduk yang baik kepada rakyat.

''Merujuk Laporan Ketua Audit Negara 2012, kadang-kadang kita malu, adakah (sebahagian) kementerian tiada integriti? (Hasil) Audit perlu ditangani dan diselesaikan dengan baik, jika tidak maruah kerajaan akan tercalar. Demi negara, demi bangsa, maruah dan imej, kena buatlah (tangani)," katanya dalam sidang Dewan Negara hari ini.

Terdahulu, beliau memberi respons celahan Senator Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman yang mengetengahkan isu sebuah agensi kerajaan yang membelanjakan RM3,810 untuk sebuah jam dinding yang hanya berharga RM100.

Untuk itu, Abdul Rahman mahu pihak terlibat supaya bertanggungjawab dan tidak 'bermain' dengan soal harga untuk mengaut keuntungan sendiri.

Dalam pada itu, Senator Datuk Dr. Johari Mat menegaskan laporan itu perlu diteliti dan diterima secara positif.

''Kita sebagai sebuah keluarga, ada yang menegur, ada yang salah, ada yang silap untuk kita saling melengkapi antara satu sama lain. Tetapi, wang yang diberikan kerajaan kepada kementerian-kementerian, itu adalah tanggungjawab dan amanah.

''Ingatlah, gejala itu akan dipersoalkan sama ada di dunia atau di akhirat nanti. Mana-mana teguran perlu dilaksanakan dengan baik dan diambil tindakan agar wang negara terjamin. Jika diberikan perhatian, saya fikir peruntukan tambahan (perbekalan tambahan) ini dapat dikurangkan," katanya.

Terdahulu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan mengemukakan usul Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2013) 2013 yang memperuntukkan wang tambahan sebanyak RM14.126 bilion kepada beberapa kementerian dan jabatan sebagai anggaran perbelanjaan mengurus tambahan pertama bagi 2013.

Antaranya yang memperoleh peruntukan tambahan tersebut ialah Parlimen, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20131008/pa_01/Jangan-ulangi-kepincangan-urus-kewangan-aset



Tahniah diucapkan kepada YB Senator Datuk Seri Mohd Ali Rustam diatas pelantikan sebagai Ahli Dewan Negara  Malaysia di Parlimen pada 07 Oktober 2013.

Selamat berjuang!

-DARB-



 YB Senator DARB bersama rakan-rakan di hadapan rumah di Kg Gelugor Kedai.

"Kehidupan masa depan elok juga dirancang dan berbincang bersama-sama kawan-kawan.. Bagaimana nak berkongsi dan menjana pendapatan dan memperkasakan ekonomi famili"


SYUKUR YABHG TUN DR MAHATHIR MOHAMAD Masih kuat dan sihat di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya hari ini 3.10.20013

Layari blog Tun M: http://www.chedet.cc


eXTReMe Tracker