Bergambar bersama krew filem pendek Penambang. Pengarah muda iaitu Ariff Zulkarnai merupakan anak jati Terengganu.

Tetamu Krew Filem Penambang ke Areeibaf Homestay diraikan dengan jamuan BBQ.

Syarikat Red Communication Sdn. Bhd. akan menerbit filem pendek Penambang dalam bahasa Melayu yang bertemakan Terengganu sempena bulan kemerdekaan. Filem pendek ini akan menyerlahkan bakat-bakat tempatan dalam bidang lakonan, keistimewaan dan juga persekitaran bandar Kuala Terengganu.

Penambang bercerita tentang kisah Arif, yang pulang ke kampung untuk berjumpa ibunya Halimah. Di Kuala Terengganu, Arif menemui ibunya di Pasar Payang, disana Arif menemani ibunya Halimah membeli belah barangan makanan. Dalam masa yang sama juga, Seorang anak kecil dibawa oleh ibunya menaiki bot penambang dari Seberang Takir untuk ke Pasar Payang. Siapa anak kecil ini? Dua kisah ini akan bertemu di dalam bot penambang, dari jeti bot penambang Kuala Terengganu, menyusuri Sungai Terengganu, untuk ke jeti bot penambang Seberang Takir. Kisah suatu petang di Kuala Terengganu, dimana Arif menemukan satu erti di dalam hidupnya. Kami yakin filem pendek ini akan mengembangkan pengetahuan tentang keistimewaan masyarakat dan budaya Terengganu dan bakat-bakat tempatan kepada penonton-penonton di tanahair dan juga di luar negara.

Pengarah filem pendek ini adalah Ariff Zulkarnain, seorang anak jati Terengganu. Ariff berharap dapat menggunakan peluang ini untuk mengetengahkan Terengganu kepada seluruh rakyat Malaysia melalui matanya. Ia juga dibintangi oleh pelakon-pelakon seperti Shahriza Mahmud, dan Naqiu Ariffin seorang pendatang baru.



eXTReMe Tracker