Dewan Negara, Parlimen Malaysia.
Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan.
 
Soalan no 1 pada hari Selasa, 1 Julai 2014. Turut di paparkan di TV1 jam 10 pagi.

Untuk Aturan Urusan Mesyuarat dan Penyata Rasmi (Hansard) sila ke:




SALAM RAMADHAN AL MUBARAK
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA
SELAMATLAH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DI DUNIA DAN AKHIRAT




Gambar di ambil oleh seorang rakan facebook saya, ia keluar di berita TV1.

Dari Parlimen Malaysia..

Antara cadangan saya di Dewan Negara kepada kerajaan Malaysia:
"Cadang tawar geran pinjaman tanpa faedah."


 

Terima kasih dan penghargaan juga kepada YAB Dato' Ahmad Razif Abdul Rahman Menteri Besar Terengganu dan To' Puan kerana sudi meraikan kedua anakanda Ayuni Madarina dan Azrizan pengantin baru dirumah kami di Gelugor Kedai, K.Trg




Disempurnakan oleh:

YAB Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Dilancarkan di Besut, Terengganu. - 12 Jun 2014




Minum petang dgn YAB Dato' Ahmad Razif Abd Rahman MB Terengganu dan YB A . Latif Awang Ketua Umno Bahagian Marang.
Semuga Terengganu dan Marang bertambah maju dan cemerlang


TAHNIAH BERGANDA


Tahniah YAB PM DS Najib Tun Razak kerana misi ke China amat berjaya
BN pun menang di Teluk Intan
!




Sekalung Tahniah:
YAB Dato' Hj. Ahmad Razif Abd Rahman
Menteri Besar Negeri Terengganu.

Daripada:
Ketua Penerangan & Ahli Jawatankuasa Penerangan UMNO Negeri Terengganu.

Web: www.peneranganbpunt.blogspot.com


Tokoh Melayu Terbilang

Posted by rahmanbakar under
Sempena Sambutan Ulang Tahun UMNO ke 68 tahun 11.5.1946 - 11.5.2014





Tokoh inilah yang melaungkan Azan ketika mula mula sambutan Merdeka 1957 iaitu 
1) Ybhg Tan Seri Dato Ustaz Hj Hassan Ashaari lahir tahun 1918- kini
Yang lain ialah :
2) Tan Seri Dr Salmah Ismail

TAHNIAH KPD PEJUANG BANGSA





Dalam usaha untuk menenangkan spekulasi, Ketua Penerangan Umno Terengganu Senator Datuk Abdul Rahman Bakar berkata presiden parti  Dato’ Seri Najib Razak dua minggu lalu telah memberi jaminan kepimpinan negeri bahawa Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad tidak akan diganti.

" Dato' Seri Mohd Najib telah memberitahu kita bahawa Dato' Seri Ahmad Said tidak akan diganti semasa mesyuarat majlis tertinggi parti. Jadi siapakah yang akan percaya? Nak percaya khabar angin atau presiden parti itu sendiri ?" Senator Abdul Rahman dipetik berkata dalam laporan dalam talian pagi ini.

Bahkan sebelum ini beberapa pemimpin Umno juga telah menyuarakan sokongan mereka terhadap Ahmad sebagaiman dilaporkan.

Ketua Bahagian Umno Setiu Datuk Mohd Jidin Shafee berkata tidak ada keperluan dan perkara itu tidak wajar ditimbulkan sama sekali dan jangan cuba mengeruhkan suasana yang telah jernih di Terengganu.

Bagi Ketua Bahagian Hulu Besut Umno Nawi Mohamad, khabar angin itu telah tercetus oleh mereka yang menentang " landskap politik semasa" di Terengganu.
Beliau menyokong penuh kepimpinan Dato’ Seri Haji Ahmad Said.

" Khabar angin itu sedang disebarkan oleh seseorang yang bertentangan dengan suasana politik yang harmoni di Terengganu. "

Isu ini dimainkan sebagai semata-mata  oleh musuh-musuh parti  dan kalangan yang tidak puas hati dan yang cuba menimbulkan sikap ketidak setiaan kepada pucuk pimpinan dan ketua kerana was-was dan cuba mencari dahan baru.

Sumber: http://teganukita.blogspot.com/2014/05/rahman-bakar-minta-ahli-ahli-umno-dan.html


Selasa, 6 Mei 2014 – Majlis Jamuan Perpisahan Ahli-ahli Dewan Negara Yang Tamat Tempoh telah diadakan di Dewan Bankuet, Parlimen Malaysia bermula pada jam 1.00 petang. Seramai 6 orang Ahli-ahli Dewan Negara yang tamat tempoh telah diraikan dalam majlis tersebut.

Turut hadir ialah YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang, Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Datuk Doris Sophia Brodi, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, YBhg. Datuk Roosme Hamzah, Setiausaha Dewan Rakyat dan YBhg. Datuk Zamani Sulaiman, Setiausaha Dewan Negara. Selain itu, majlis tersebut turut dihadiri oleh Ahli-ahli Dewan Negara dan pegawai-pegawai kanan Parlimen Malaysia.

Berikut ialah senarai Ahli-ahli Dewan Negara yang diraikan dalam majlis tersebut :
- YBhg. Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah ( 26 April 2010 – 25 April 2013)
- YBhg. Tuan Mohamad Ezam bin Mohd. Nor ( 3 Mei 2012 – 5 Mei 2014 )
- YBhg. Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim ( 18 Mac 2008 – 17 Mac 2014 )
- YBhg. Dato’ Maznah binti Mazlan ( 18 April 2008 – 17 April 2014 )
- YB Senator Dato’ Haji Muhamad Yusof bin Husin ( 20 Mei 2008 – 20 Mei 2014)
- YB Senator Tuan Saiful Izham bin Ramli ( 21 Mei 2011 – 20 Mei 2014)

Majlis jamuan perpisahan ini telah dimulakan dengan ucapan oleh Yang di-Pertua Dewan Negara. Di dalam ucapannya, YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang mengucapkan sekalung penghargaan kepada semua Senator yang telah tamat tempoh perkhidmatan sebagai Ahli Dewan Negara serta banyak menyumbang kepada negara.

Seterusnya, majlis disusuli dengan ucapan oleh 3 orang Senator yang telah tamat tempoh iaitu YBhg. Dato’ Mohammed Najeeb Abdullah, YBhg. Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim dan YB Senator Dato’ Haji Muhamad Yusof Husin . Pelbagai pengalaman sepanjang menjadi Ahli Dewan Negara telah dikongsikan dengan semua tetamu.
Yang di-Pertua Dewan Negara menyampaikan cenderamata kepada YBhg. Dato’ Mohammed Najeeb Abdullah, salah seorang Senator yang diraikan dalam majlis tersebut.

Majlis jamuan perpisahan ini telah diakhiri dengan upacara penyampaian cenderamata kepada semua Ahli-ahli Dewan Negara yang tamat tempoh dan telah disempurnakan oleh YB Senator Tan Sri Abu Zahar, Yang di-Pertua Dewan Negara. Majlis tersebut tamat kira-kira jam 2 petang.

Sumber: http://www.parlimen.gov.my/majlis_jamuan_perpisahan__ahli-ahli_dewan_negara_yang_tamat_tempoh.html?uweb=p&

Majlis Makan Malam Sempena Pelancaran Majlis Senator Malaysia

Disempurnakan oleh
YAB Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
SABTU, 3HB Mei 2014 Jam 8.30 mlm 
Dewan Bankuet, Parlimen Malaysia







PENGERUSI Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said berkata UMNO mesti kuat, UMNO mesti dipertahan dan UMNO mesti di martabatkan.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Dato' Seri Haji Ahmad Said ketika memberi ucapan di hadapan jentera penerangan Umno dari seluruh Terengganu.

“Dan menjadi tanggungjawab kita bersama pada hari ini, dan hari-hari yang seterusnya, kita mesti pertahankan apa yang kita ada dan berusaha untuk mengambil semula beberapa kawasan yang kita tewas.

Ahmad menyampaikan cendehati kepada Abdul Rahman sambil diperhati Maslan.

Sebahagian ahli UMNO yang hadir.

Ahmad Maslan memberitahu sesuatu kepada Ahmad Said.

“Ini adalah misi dan visi kita, ini adalah tanggungjawab kita bersama sebagai ahli UMNO. Marilah kita sama-sama memperkukuhkan parti kita dan jangan sesekali kita menjadi gunting dalam lipatan, api dalam sekam, kita semua hendaklah bekerja keras.

“Justeru itu, sekali lagi, saya menyeru pada tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekelian, marilah kita tanamkan semangat, sikap dan keyakinan yang tinggi,” katanya ketika berucap di majlis pertemuan beliau dengan jentera penerangan UMNO negeri di Kuala Terengganu, hari ini.

Menurutnya, tiada parti lain yang mampu memperjuangkan orang Melayu, Islam melainkan UMNO dan Barisan Nasional.

Seramai kira-kira 3,000 jentera penerangan UMNO dari seluruh negeri hadir pada majlis itu yang turut diadakan satu forum bagi memberi semangat dan motivasi kepada semua hadirin.

Dua ahli panel yang menjayakan forum itu ialah Datuk Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO Malaysia dan Ustaz Hassan Basri Mohamad, bekas Ketua Penerangan PAS Selangor dan dipengerusikan oleh Zubir Embong.

Turut hadir ialah Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Abdul Rahman Bakar dan beberapa wakil rakyat Barisan Nasional.

Sumber: 


Sokongan BN Kajang Bertambah

Posted by rahmanbakar under

Sokongan kepada Calon BN Chew Mei Fun dlm PRK Kajang semakin bertambah. YB Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek Menteri Komunikasi & Multimedia turut memantapkan jentera parti dan gerak kerja BN. Tidak mustahil BN akan memenangi kerusi Dun Kajang pd 23.3.2014 ini.



Berucap di Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional Peringkat Parlimen Kuala Terengganu hari ini 15 Mac 2014. Ekonomi Negara makin stabil, mantap dan mengalami pertumbuhan yang memberangsangkan. 

SYABAS MALAYSIA!


eXTReMe Tracker