\
YBS DARB diberi taklimat oleh urusetia gerakan banjir di SMK Seri Payong, Marang

YBS DARB bersama jentera /urusetia banjir di SK Bukit Gasing, Marang

YBS DARB memberi sumbangan kepada mangsa banjir di Dun Rhu Rendang 

Gambar oleh: Matam Mohamad

Mangsa banjir di Marang
 
Laporan ringkas:-

Mangsa berpindah di sepuluh tempat antaranya Telekom Rusila,Sekolah Bukit Gasing, Pasir putih, Gong Balai, BR Beris Gong, Sekolah Kubu, Sekolah Pengkalan Berangan, Dewan Orang Ramai Temala, Sekolah Jenang, Sekolah Seri Payong ,berjumlah 287 orang. Hari ini kebanyakan mereka sudah pulang.. Syukur ya Allah.

Laporan oleh: Datuk Rahman Bakar

Majlis Sepetang Bersama YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin - Timbalan Perdana Menteri Malaysia. "Jangan Runtuh Institusi Islam Yang Dibina BN"

Tawan Dun Manir Parlimen Hulu Terengganu dari tangan PAS ke tangan BN dengan semangat juang yang kental dan tinggi. Parang sekadar simbolik semangat perjuangan sahaja.. Semoga tidak disalah ertikan.

Semoga Tun Mahathir Mohamad Negarawan Ulung mantan Perdana Menteri Malaysia yang amat dikasihi dan berjasa ini terus sihat walafiat, panjang umur, murah rezki, didalam keberkatan dan keredhaan Allah SWT juga (Gambar diambil pada 21.12.2012 Jumaat di Pejabatnya).

WE LOVE TUN.

KEDUDUKAN/DAYA SAING MALAYSIA DI PERSADA DUNIA (193 NEGARA)

1. Kemudahan kredit nombor 1
2. Perlindungan Pelabur nombor 4
3. Pelancongan nombor 9
4. Paling berurus niaga nombor 12
5. Perdagangan antarabangsa nombor 20
6. Paling kompetitif nombor 25
7. Destinasi pelaburan paling menarik nombor 10
8. Mudah menjalankan perniagaan nombor 12
9. Khidmat paling utama nombor 3
10.Penggangguran 3%
11.Pertumbuhan KDNK 5.4%
12.Perintis kewangan Islam terulung di dunia
13.Negara paling selamat nombor 19 di dunia dan nombor 3 di Asia

"Tahniah dan syabas Kerajaan BN kerana pencapaian cemerlang, gemilang dan terbilang tersebut...Semoga pilihanraya ke 13 BN terus menang besar demi memacu rakyat dan negara ke tahap yang lebih cemerlang dan sejahtera..."

BN DI HATI RAKYAT DAN PENGUNDI

Dari laman Facebook DARB
Layari 1malaysia

Bergambar kenangan dengan Pegawai Pegawai Pertanian Daerah Marang Terengganu sempena lawatan dan mesyuarat MOA di Parlimen hari ini 3.12.2012.PERTANIAN ADALAH SATU PERNIAGAAN..HIDUP PETANI, PENTERNAK, PELADANG DAN NELAYAN!

Rombongan Ziarah Peti Undi Gelugor Kedai

Posted by rahmanbakar under
Al-fatihah buat pasangan suami isteri dari Kg Pengakalan Setar, Gelugor Kedai...
Arwah Maimunah Ali yang telah kembali ke rahmatullah pd 01-12-2012 dan disusuli pula suaminya Arwah Raja Masnu pd 04-12-2012 beberapa hari selepas YB Sen Dato' Abd Rahman Bakar membuat lawatan serta menghulurkan bantuan bagi meringankan penderitaan pasangan tersebut...

Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan berada dikalangan orang-orang beriman..amin..

Lawatan YBS DARB dan rombongan ke rumah salah seorang penduduk yang uzur di Kg Pengkalan Setar, Peti Undi Gelugor Kedai.

Kredit gambar dan laporan oleh: Yus Hj Yahya @ Cahaya Ilusi

Angin ahmar uji Rahman, Robiah

Posted by rahmanbakar under
Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
s2@utusan.com.my

ABDUL Rahman Bakar dan Robiah Hitam bersama sebahagian daripada ahli keluarganya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20121124/ke_03/Angin-ahmar-uji-Rahman-Robiah#ixzz2DDB7Bamv
© Utusan Melayu (M) Bhd
ABDUL Rahman Bakar dan Robiah Hitam bersama sebahagian daripada ahli keluarganya.

SENATOR Datuk Abdul Rahman Bakar, 60, suatu ketika dikenali kerana kelantangan suaranya dan 'kejutannya' menundukkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi kerusi Parlimen Marang pada Pilihan Raya Umum ke-11, 2004.

Melangkah ke kediaman Abdul Rahman yang terletak di Kampung Gelugur Kedai, Marang jelas mempamerkan kehidupan figura ini masih cukup dekat dengan rakyat apatah lagi beliau juga masih memikul tanggungjawab sebagai Pegawai Pembangunan Parlimen Marang.

Rumah banglo satu tingkat ini bukan sahaja dibina untuk keluarganya malah menjadi 'rumah' kepada penduduk di Parlimen Marang apabila pejabat beliau turut ditempatkan bersebelahan kediaman itu malah di dalam pagar yang sama.

Ketika kunjungan S2 baru-baru ini, pejabatnya tidak putus-putus dikunjungi orang ramai.

Pun begitu, beliau masih sempat meluangkan masa untuk temubual yang berlangsung kira-kira satu jam itu.

Diselangi gurau senda dan tawa, beliau mengimbas memori bersama isteri yang sentiasa bersamanya dalam suka dan duka, To' Puan Robiah Hitam, 57.

Menceritakan detik awal pertemuan mereka, Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim (MPTI) Johor Bahru menjadi saksi permulaan bibit percintaan pasangan itu.

Beliau yang sangat aktif ketika menuntut di institusi pengajian itu menjadikan bapa kepada enam orang anak ini amat popular di kalangan pelajar wanita. Namun ujar beliau, hatinya telah terpaut kepada isterinya yang ketika itu lebih terkenal dengan nyanyiannya di MPTI.

"Ketika bertemu dengan isteri, saya menjadi guru pelatih tahun dua manakala dia pula di tahun satu. Disebabkan saya seorang yang aktif dalam persatuan memudahkan saya berjumpa dan berhubung seterusnya berkenalan dengannya sehingga ke jenjang pelamin.

"Pada ketika itu juga, dia amat popular di maktab kami kerana kelunakan suaranya malah dia juga merupakan johan Pertandingan Nyanyian di Maktab Se-Malaysia serta johan bintang radio. Saya merasakan sebagai orang paling bertuah kerana menerima saya" katanya.

Menurut Ahli Dewan Negara yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini, perkenalan selama setahun bersama isterinya yang merupakan anak jati Alor Gajah, Melaka itu seterusnya membawa kepada pertunangan selama setahun dan kemudian tanggal 1 April 1979 mereka selamat diijabkabulkan.

Selepas berkahwin, beliau yang merupakan seorang guru di Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang, Selangor kira-kira tujuh bulan menyambung kerjaya di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman di Kuala Terengganu manakala isterinya di Sekolah Menengah Seri Budiman selama dua tahun sebelum menamatkan perkhidmatannya untuk terlibat dalam kancah politik.

Bermula dari saat itu, beliau mula aktif di dalam politik sehingga dilantik sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia (2004), Ahli Parlimen Marang (1986-2004) dan pelbagai lagi jawatan lain.

Namun pada tahun 2009, Abdul Rahman berdepan dengan ujian yang getir apabila disahkan menghidap angin ahmar yang menyebabkan beliau tidak mampu bercakap kira-kira tiga bulan dan ketika itu isterinya merupakan insan yang paling kuat memberi sokongan sehingga pulih seperti sedia kala.

"Itu merupakan saat yang paling tidak boleh dilupakan namun saya bersyukur mempunyai isteri yang sanggup menjaga saya ketika melalui ujian itu," jelasnya yang mampu bangkit dan kembali aktif.

Ditanya tentang sejauh mana isterinya memahami kesibukan tugas hariannya sama ada dalam bidang politik mahupun persatuan sejak di awal perkahwinan lagi, beliau bersyukur kerana dikurniakan seorang isteri yang sangat memahami dan bijak mengatur masa berkualiti bersama keluarga.

Mengakhiri perbualan, Abdul Rahman dengan nada berbisik memaklumkan beliau dan isterinya tidak sempat berbulan madu selepas berkahwin apabila beliau terpaksa menyambung pelajaran ke UKM setelah dua bulan melangsungkan perkahwinan.

Namun jelasnya, siapa sangka, walaupun hanya berbulan madu ketika menuntut di UKM, perkahwinan mereka kini diserikan dengan enam orang cahaya mata termasuk sepasang kembar perempuan iaitu Eliana Siswana dan Eliani Siswani, 20, yang kemudian diikuti Ika Akalili, 28, Buani Atiqi, 27, Ayuni Madarina, 24, dan Faten Sabila, 21 tahun.

Kesemua mereka berjaya menyambung pelajaran ke menara gading di dalam dan luar negara dan itu merupakan satu-satunya perkara yang dititikberatkan beliau sebelum anak-anak mereka dibenarkan berumah tangga.

Jelasnya, biarpun kehidupan sehariannya amat sibuk namun sebagai ketua keluarga, beliau tidak sama sekali mengabaikan tanggungjawabnya mendidik anak-anak. Sebagai bekas seorang guru, beliau mengakui pelajaran sangat penting untuk berjaya dalam apa jua bidang yang kita ceburi.

"Saya tidak pernah memaksa anak-anak untuk menyertai bidang politik seperti mana saya buat sebelum ini di mana pada tahun 1986 saya sanggup meletakan jawatan sebagai guru untuk menyertai politik dengan lebih serius.

"Namun keseriusan saya dalam bidang ini berbaloi kerana sehingga ke tahap ini saya masih bergiat aktif dalam politik dan melalui penglibatan itu saya lebih dekat dengan orang ramai dan mengambil berat masalah mereka.

"Untuk menjadi siapa pun, kita perlu ada ilmu pengetahun dan itu tidak boleh dinafikan sama sekali," jelasnya.

Petikan oleh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20121124/ke_03/Angin-ahmar-uji-Rahman-Robiah

SENATOR Datuk Abdul Rahman Bakar, 60, suatu ketika dikenali kerana kelantangan suaranya dan 'kejutannya' menundukkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi kerusi Parlimen Marang pada Pilihan Raya Umum ke-11, 2004.
Melangkah ke kediaman Abdul Rahman yang terletak di Kampung Gelugur Kedai, Marang jelas mempamerkan kehidupan figura ini masih cukup dekat dengan rakyat apatah lagi beliau juga masih memikul tanggungjawab sebagai Pegawai Pembangunan Parlimen Marang.
Rumah banglo satu tingkat ini bukan sahaja dibina untuk keluarganya malah menjadi 'rumah' kepada penduduk di Parlimen Marang apabila pejabat beliau turut ditempatkan bersebelahan kediaman itu malah di dalam pagar yang sama.
Ketika kunjungan S2 baru-baru ini, pejabatnya tidak putus-putus dikunjungi orang ramai.
Pun begitu, beliau masih sempat meluangkan masa untuk temubual yang berlangsung kira-kira satu jam itu.
Diselangi gurau senda dan tawa, beliau mengimbas memori bersama isteri yang sentiasa bersamanya dalam suka dan duka, Toh Puan Robiah Hitam, 57.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20121124/ke_03/Angin-ahmar-uji-Rahman-Robiah#ixzz2DDAneC26

Mengagihkan bantuan bulanan kebajikan masyarakat Parlimen Marang Terengganu. Semoga beban golongan yang kurang bernasib baik dapat dikurangkan...

Dato' Abdul Rahman Bakar, Pegawai Pembangunan Parlimen Marang melawat orang sakit dan mangsa kemalangan di Dun Rhu Rendang bersama Pegawai Pembangunan Dun Rhu Rendang, Tn Hj Nik Dir Nik Wan Ku. Turut hadir adalah anggota APMT.

Bergambar kenangan dengan para pesilat Sepelek Gunung Jati Mercang Marang Terengganu pd 16.11.2012
Persembahan yang memikat!

Kenangan dgn Guru dan Ajk Silat Sepelet Gunung Jati Marang Terengganu

Sepelek Gunung Jati

Merasmikan Forum Perdana bertajuk Pilihanraya ke 13 : PILIH BN atau PR?
Pada 10.11.12 jam 9.00 malam bertempat di Dataran Gelugor Kedai Parlimen Marang Terengganu..Ahli Panel Us Fathul Bari Mat Jahya dan Sdra Tn Hj Ruslan Kassim..moderator Us Kamaruddin Omar...

Sukaneka Rakyat Kg Gelugor

Posted by rahmanbakar under
Senam pagi di Sekolah Rendah Kebangsaan Gelugor.
Tahniah! Pasukan Gelugor menang

Bersama sama penduduk Taman Pekalongan Melor Marang Terengganu pagi ini 9.10.2012 untuk acara senamrobik dan merentas desa. Badan sihat minda cergas.

Jemputan:-
Sukacita dijemput semua ke Pertandingan Futsal di Padang Bola Gelugor pada 9.10.12 dari jam 8.00 pagi - 5.00 petang ..datanglah beramai ramai

eXTReMe Tracker