Oleh: Ruslan Abdul Rahman
Penerangan Umno Terengganu menyokong dan mempertahankan kenyataan Mufti
Perak, Tan Sri Harrussani Zakaria bahawa langkah mengadakan perhimpunan
hendak mengguling kerajaan pada malam sambutan ambang 2014 di Dataran
Merdeka sebagai golongan bughah (penderhaka).
Ketua Penerangannya, Senator Datuk Haji Abdul Rahman Bakar berkata, apa
yang disuarakan oleh Mufti Perak itu betul dalam konteks perbuatan
menderhaka kepada pemerintah.
Bughah membawa pengertian segolongan ummat Islam yang melawan dan
menderhaka kepada pemerintah [ imam / ulil amri ] sebagaimana yang telah
dinyatakan dalam al Quran dan Sunnah.
Tan Sri Harussani Zakaria mempertahankan kenyataannya menggelar
peserta perhimpunan pada malam sambutan ambang 2014 di Dataran Merdeka
sebagai golongan bughah (penderhaka) yang halal darah mereka sesuai
dengan apa yang terkandung dalam ajaran Al Quran.
Mufti Perak itu berkata, kenyataan asal beliau adalah berdasarkan
demonstrasi yang berhasrat untuk menggulingkan kerajaan berikutan kos
sara hidup yang semakin meningkat tetapi nama “guling kerajaan” telah
ditukar kerana tidak mendapat sokongan ramai dan diganti dengan Gerakan
Turun Kos Sara Hidup (Turun).
“Bughah atau darah halal disebut dalam konteks membahayakan nyawa orang lain dan niat mereka mahu menggulingkan kerajaan.
Mereka kata mereka benar tetapi cara mereka salah. Lihat sahaja pada
hari kejadian, polis menjumpai pelbagai senjata seperti parang dan juga
bom buatan sendiri".
“Saya kaitkan dengan firman Allah dalam surah Al-Hujurat, ayat 9 yang
bermaksud: Dan jika dua puak daripada orang yang beriman berperang, maka
damaikanlah di antara keduanya; jika salah satu berlaku zalim terhadap
yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga dia kembali
mematuhi perintah Allah; jika dia kembali patuh maka damaikanlah di
antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah),” katanya seperti
dilaporkan akhbar arus perdana.
Senator Datuk Abdul Rahman Bakar hairan mengapapemimpin PAS menolak Bughah yang sebenarnya terdapat dalam hukum Islam.
Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Dr Khairudin Aman Razali baru-baru ini
berkata, kenyataan Harussani itu sangat jahil mengkategorikan peserta
perhimpunan sebagai pemberontak malah lebih malang dan merbahaya apabila
darah peserta pula diisytiharkan sebagai halal.
Datuk Haji Abdul Rahman meminta hukuman setimpal kepada mereka
yangdidapati bersalah melakukan huru-hara dan kemusnahan kepada negara
derhaka kepada Sultan,Yang DiPertuan Agongdan kerajaan yang dipilih
secara sah.
Datuk Abdul Rahman berkata demikian kepada wartawan petang ini
selepas.mempengerusikanmesyuarat pertama penerangan Umno Negeri
Terengganu petang semalam (7 Januari 2014).
Sumber: http://teganukita.blogspot.com/2014/01/bughah-derhaka-rahman-bakar-sokong.html