BR1M DUN PENGKALAN BERANGAN
Posted by
rahmanbakar
under
BR1M,
Dun Pengkalan Berangan,
ILP Bukit Parit
Selamat Datang YAB Perdana Menteri Malaysia
Posted by
rahmanbakar
under
Negeri Terengganu,
selamat datang
Tahlil dan Solat Hajat UMNO/BN Kuala Terengganu
Posted by
rahmanbakar
under
Kuala Terengganu,
solat hajat. tahlil,
UMNO/BN
Mohd (dua, kanan) dan Abdullah (kiri) serta rakan-rakan lain bersyukur kerana menerima bantuan berkenaan dan berharap ia dapat diteruskan pada masa depan.
MARANG - Bantuan sara hidup RM200 seorang yang diberikan kerajaan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mampu meringankan beban hidup lebih 5,000 nelayan di Terengganu setiap bulan.
Menurut Pengarah LKIM negeri, Mohd Saffe Mohamad, kerajaan menerusi LKIM telah membelanjakan lebih RM45 juta untuk bayaran elaun sara hidup nelayan di seluruh negeri itu bermula Jun 2008 sehingga Februari ini.
“Peruntukan itu membabitkan nelayan di 10 Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) di seluruh negeri termasuk di PNK Marang,” kata selepas berakhir majlis penyampaian bayaran elaun sara hidup kepada 604 nelayan kawasan Marang di sini.
Majlis penyampaian berkenaan disempurnakan Ketua Umno Bahagian Marang juga merupakan Adun Pengkalan Berangan, Datuk Yahya Khatib Mohamad. Hadir sama, Pegawai Pembangunan Parlimen Marang, Senator Datuk Abdul Rahman Bakar.
Mohd Saffe berkata, nelayan terbabit bukan sahaja mendapat elaun bulanan bagi meringankan beban, malah turut dilindungi Insurans Takaful Kemalangan Diri Nelayan membabitkan hampir 5,000 orang setakat ini.
“Namun bilangannya tidak tetap kerana faktor kematian dan terdapat pemohon kini dalam proses mendapat kelulusan dari pihak kerajaan. Nelayan mengambil insurans berkenaan hanya dikenakan bayaran RM100 setahun,” katanya.
Beliau berkata, melalui insurans itu, nelayan dapat menikmati pelbagai faedah seperti bayaran kematian akibat kemalangan di laut, kematian akibat kemalangan di darat, keilatan kekal akibat kemalangan dan kematian biasa.
Bersyukur dapat bantuan
Sementara itu, seorang nelayan, Mohd Mohamad Ali, 60, berkata, komitmen kerajaan menyediakan peruntukan besar memberikan elaun sara hidup bulanan kepada mereka jelas membuktikan kerajaan tidak mengabaikan kebajikan nelayan.
Menurutnya, apabila kerajaan berjanji pasti akan ditepati malah, menaikkan elaun sara hidup nelayan termasuk memberikan pelbagai peruntukan lain seperti pembaikan rumah dan subsidi diesel serta pembayaran perlindungan insurans.
“Kami golongan nelayan bersyukur kerana menerima bantuan ini dan berharap ia dapat diteruskan pada masa akan datang malah rata-rata nelayan bangga kerana menjadi penerima bantuan ini,” kata bapa kepada seorang anak itu.
Seorang lagi nelayan, Abdullah Ismail, 65, berkata, sejak memulakan kerjaya sebagai nelayan dalam usia 18 tahun, dia bergantung sepenuhnya dengan hasil tangkapan, namun lega kerana menerima elaun sara hidup kerana usianya sudah semakin lanjut.
“Bantuan seperti ini sangat dinantikan memandangkan pendapatan pak cik bergantung sepenuhnya kepada hasil tangkapan. Jika semasa muda mungkin boleh bekerja keras tetapi kini usia sudah meningkat untuk melakukan kerja seperti itu,” katanya.
Bagaimanapun, bapa sembilan anak itu berkata, tidak boleh bekerja keras bukan bermakna berehat sahaja di rumah tetapi dia tetap meneruskan aktiviti menangkap ikan di laut dengan kemampuan yang ada pada usianya sekarang.
Petikan oleh: http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/nelayan-tidak-dipinggirkan-1.133585
Bantuan Rakyat 1 Malaysia Dun Pengkalan Berangan
Posted by
rahmanbakar
under
bantuan rakyat 1 malaysia,
Dun Pengkalan Berangan
Bantuan Golongan Miskin OKU, Rhu Rendang
Posted by
rahmanbakar
under
Bantuan Miskin OKU,
dun rhu rendang
Merasmikan pembahagian duit bantuan bulanan
kepada golongan miskin dan OKU daripada Jabatan Kebajikan masyarakat kepada rakyat
Marang.
Lebih daripada 1800 orang hari ini 20.2.2013.
Bersyukur semua.. Semoga
hayat BN terus panjang.
Turut berucap Nik Dir Nik Wan Ku, Pegawai
Pembangunan Dun Rhu Rendang , Marang.
Silat Spelet Minangkabau & Boxing Kg Tebakang
Posted by
rahmanbakar
under
boxing,
kg tebakang,
silat spelet minangkabau
Majlis Perasmian Penutup Serta Penyampaian Sijil Silat Spelet Minangkabau & Boxing Kampung Tebakang, Dun Alor Limbat, Parlimen Marang, Terengganu Darul Iman.
Selamat maju jaya pahlawan-pahlawanku! Terus berjuang!
Gambar oleh Pozey Tebakang
Persatuan Imam / Bilal & Seminar Perhimpunan Jati Diri Marang.
Posted by
rahmanbakar
under
bilal,
imam,
marang,
pejabat agama
Selamat Pengantin Baru Kepada 27 Pasangan
Posted by
rahmanbakar
under
jemputan kahwin,
pengantin baru
SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA 27 PASANGAN
27 tempat jemputan kahwin dihadiri dalam masa 3 hari pd 9,10 dan 11.2.2013.
Bersama Tan Sri Yusuf Noor Mantan Menteri Perusahaan Awam dan bekas Pengerusi Felda dan Ybhg Datuk Paduka Maharajalela YM Tg Farouk di rumah Sheikh Tajuddin di Gong Datuk. Pengurus bola sepak Terengganu di Mengabang Telipot.
Manakala gambar yang lain tu adalah sebahagian yg sempat dimuatnaik...
Semoga mereka bahagia dan kekal sepanjang hayat. . TAHNIAH ! SELAMAT PENGANTIN BARU
Selamat Tahun Baru Cina 2013 @ Gong Xi Fa Chai
Posted by
rahmanbakar
under
2013,
gong xi fa chai,
tahun baru cina
Bicara Pengguna bersama YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob
Posted by
rahmanbakar
under
bicara pengguna,
parlimen marang
Bersama YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang datang melawat Marang Terengganu pada 7.2.2013.
Laporan boleh didapati dari Blog Kapas-Marang
Ziarah Dun Pengkalan Berangan
Posted by
rahmanbakar
under
daif,
melawat,
parlimen marang,
Pengkalan Berangan,
sakit,
ziarah
Alhamdullilah syukur kpd Allah SWT kerana berhasil menemui kira-kira 60 orang pesakit di 46 cawangan dlm Dun Pengkalan Berangan, Parlimen Marang semalam 1.2.2013 dan hari ini 2.2.2013 Sabtu.
Terima kasih kepada AJK dan semua yang terlibat dalam ziarah ini.
Pelbagai penyakit dan penderitaan, kesedihan, kedhaifan dan kesengsaraan yang mereka hadapi..
Semoga penyakit dan derita hidup mereka berkurangan dan kembali pulih seperti biasa.
DARB


















