Mengetuai mesyuarat pertukaran pelajar UKM dengan Universitas Sriwijaya Palembang di Kolej Ibrahim Yaakob UKM hari ini 31.7.2013






4 pemimpin Umno Terengganu dicadang tak tanding


KUALA TERENGGANU – Seramai empat pemimpin melibatkan Ketua Umno Bahagian Dungun, Marang, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus dicadangkan tidak mempertahankan jawatan tersebut dalam pemilihan Umno bahagian, Oktober ini.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Abdul Rahman Bakar berkata, sudah sampai masanya beri laluan kepada orang lain kerana berpendapat mereka gagal menunjukkan prestasi baik pada pilihan raya umum lalu.

Beliau tidak menolak jika jawatan itu terus dipertahankan dan mereka menang dalam pertandingan itu, keadaan yang lebih parah mungkin berlaku dalam pilihan raya umum akan datang kerana kekalahan itu juga merupakan suara peringkat akar umbi.

“Jangan ‘tebeng’ (beria-ia) sangat, harus sedar diri dan akur kehendak akar umbi. Kalau mereka pertahan dan menang juga, tidak mengapa. Tetapi mereka telah persembah rekod kurang baik dan bila pilihan raya nanti mereka kalah juga, ini akanrugikan parti. Insaflah, sedarlah zaman mereka telah habis,” katanya.

Ketika ini, Datuk Rosli Mat Hassan menyandang jawatan Ketua Umno Bahagian Dungun, Datuk Yahya Khatib (Marang), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (Kuala Terengganu) dan Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri (Kuala Nerus).

Keempat-empat mereka masing-masing bertanding di kerusi Parlimen Dungun, Parlimen Marang, Dun Ladang dan Parlimen Kuala Nerus kalah kepada parti lawan dalam pilihan raya umum lalu.

Abdul Rahman juga turut menolak kekalahan yang berlaku melibatkan empat kawasan itu mempunyai kaitan dengan gelombang kebangkitan pembangkang, sebaliknya menerima pakai kekalahan berlaku disebabkan faktor calon.

“Kalau mahu kata gelombang, sudah tentu kalah semua. Kekalahan itu banyak faktor, salah satunya calon. Calon yang tidak layak diberi, yang layak tidak diberi. Kalau kata gelombang, ia boleh dilihat sebagaimana Pilihan Raya Umum 1999, empat Dun sahaja BN menang,” katanya.

Abdul Rahman bagaima-napun positif terhadap empat lagi ketua Umno bahagian yang menang dalam pilihan raya umum lalu iaitu Besut, Setiu, Hulu Terengganu dan Kemaman serta sokong mereka pertahan jawatan.

Abdul Rahman yang juga bekas Ketua Umno Bahagian Marang menjelaskan, jawatan di peringkat bahagian bukan untuk ‘suka-suka’, sebaliknya beri impak besar memastikan kekuatan parti dan sokongan rakyat kepada BN pada Pilihan Raya Umum ke-14.

“Kalau prestasi hambar atau tiada kemajuan, baik undur secara terhormat dan beri ruang kepada orang lain, sama ada orang lama yang punyai rekod baik atau orang baru yang berkemampuan. Begitu juga di peringkat timbalan dan naib,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut hormati salah seorang ketua Umno bahagian kalah difahamkan akan berundur.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/arkib/4-pemimpin-umno-terengganu-dicadang-tak-tanding-1.188111

Salam Ramadhan , Selamat berbuka puasa.


YB Senator Dato' Abdul Rahman Bakar bersama pemimpin pengakap Terengganu di Sumai Hotel Kuala Terengganu


Selamat Berbuka Puasa

Posted by rahmanbakar under





Tahniah dan Syabas Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman!

Barisan Nasional (BN) menang bergaya dlm PRK Kuala Besut dengan majoriti 2592
(BN Tg Zaihan mendapat 8288 manakala PAS Che Long 5696)
Info lanjut mengenai PRK Dun Kuala Besut: www.bharian.com.my/bharian/pilihanraya/kualabesut

Bersama calon BN Dun Kuala Besut







Bersalaman dengan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin

Mesyuarat PDM mengukuhkan jentera parti 

 Darb bersama Tg Zaihan


Selamat Berpuasa dan Berhari Raya kepada Ybhg Tan Sri Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan semua kakitangan Perkhidmatan Awam dan Swasta juga serta rakan-rakan sekalian.








20 Soalan Lisan

1.                  YB Senator Datuk Abdul Rahman Bakar minta Kementerian Dalam Negeri menyatakan:
a.  Jumlah tangkapan dan pendakwaan yang dibuat terhadap penganjur demonstrasi atau perhimpunan haram selepas PRU-13.
b.   Sejauh mana ianya menggugat keamanan dan kestabilan Negara dan apakah langkah-langkah yang lebih berkesan untuk menangani keadaan yang tidak diingini ini supaya keadaan tidak bertambah buruk dan menggugat kestabilan Negara.

2.                  YB Senator Datuk Abdul Rahman Bakar minta YAB Perdana Menteri menyatakan:
a.   Jumlah petisyen bersabit PRU-13 berdasarkan pecahan dari parti-parti yang bertanding dalam PRU-13 di peringkat Parlimen dan Dun dari semua negeri.
b.      Secara umumnya apakah kandungan petisyen dan bilakah semuanya akan diselesaikan.

3.                  YB Senator Datuk Abdul Rahman Bakar minta YAB Perdana Menteri menyatakan:
a.  Badan-badan antarabangsa yang manakah turut diundang bagi melihat atau memantau PRU-13 yang lalu.
b.  Apakah pandangan dan penilaian badan-badan berkenaan terhadap sistem pilihanraya di Malaysia.

4.                  YB Senator Datuk Abdul Rahman Bakar minta YAB Perdana Menteri menyatakan:
a.       Tahap perpaduan dan keharmonian dalam Negara terkini.
b.   Usaha-usaha dan langkah-langkah yang sedang dan akan diambil dalam memperkuatkan perpaduan dan keharmonian rakyat selepas banyak demonstrasi yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.

5.         YB Senator Datuk Abdul Rahman Bakar minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan:
a.    Apakah kesan kepada rakyat dan Negara akibat daripada masalah jerebu yang melanda Malaysia baru-baru ini dari segi kesihatan, pelajaran, ekonomi, sosial dan sebagainya.
b.   Apakah langkah-langkah jangka panjang dan jangka pendek agar masalah ini tidak lagi berulang di masa akan datang.

6.       YB Senator Datuk Abdul Rahman Bakar minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan:
a.       Pelan/projek perumahan yang dicadangkan di masa akan datang untuk menangani masalah ketidakcukupan atau kekurangan rumah yang diperlukan oleh rakyat di Negara ini.
b.      Apakah jenis-jenis perumahan yang sedang dan akan dibina untuk golongan rakyat yang dianggap miskin tegar, miskin dan sederhana.

7.              YB Senator Datuk Abdul Rahman Bakar minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan:
a.       Berapakah jumlah tangkapan terkini yang telah dibuat terhadap kesalahan menyalahgunakan media sosial dan teknologi maklumat.
b.    Memandangkan terlalu banyak cercaan/celaan/penghinaan kepada raja-raja Melayu termasuk DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong di laman-laman sosial sepeti facebook, twitter, dan media sosial yang lain, apakah langkah dan tindakan jangka panjang dan pendek untuk membendung gejala-gejala yang kurang sihat ini daripada terus bermaharajalela.

8.                  YB Senator Datuk Abdul Rahman Bakar minta YAB Perdana Menteri menyatakan:
a.       Kedudukan Negara terkini di peringkat dunia dalam bidang
                                                              i.      Ekonomi
                                                            ii.      Mudah urusniaga
                                                          iii.      Pelajaran
                                                          iv.      Jenayah
                                                            v.      Sosio
                                                          vi.      Kebersihan
                                                        vii.      Keselamatan
                                                      viii.      Pelancongan
                                                          ix.      Membeli-belah
                                                            x.      Perpaduan
                                                          xi.      Dan lain-lain
b.      Apakah usaha-usaha bagi meningkatkan kedudukan tersebut.

9.                  YB Senator Datuk Abdul Rahman Bakar minta Menteri Kerja Raya menyatakan:
a.       Bilakah Lebuhraya Pantai Timur (LPT) akan siap sepenuhnya.
b.      Nyatakan lebuhraya-lebuhraya yang sedang dibina sekarang dan akan dibina di masa akan datang beserta dengan kosnya.

10.    YB Senator Datuk Abdul Rahman Bakar minta Menteri Pelancongan dan Kebudayaan menyatakan:
a.       Pelan dan tindakan bagi menarik pelancong-pelancong datang ke Malaysia bagi tahun ini dan menjelang tahun yang akan datang.
b.      Bilangan pelancong-pelancong yang datang ke Malaysia dan namakan pusat-pusat dan produk pelancongan yang menjadi daya tarikan baru.

11.     YB Senator Datuk Abdul Rahman Bakar minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan:
a.       Apakah rancangan dan usaha-usaha kementerian bagi meringankan beban sara hidup rakyat.
b.      Adakah kementerian akan menambahkan produk 1malaysia seperti kedai rakyat 1malaysia, kedai kain 1malaysia, kedai ikan 1malaysia, dan seumpanya memandangkan sambutan terhadap jenama tersebut amat menggalakkan. Jika ya, nyatakan berapa jumlah dan tempat yang akan dibina.

12.              YB Senator Datuk Abdul Rahman Bakar minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan:
a.  Apakah rancangan dan usaha kementerian membangun dan memajukan belia serta kelab-kelab belia yang bagaikan hidup segan mati tak mahu sekarang ini.
b.      Apakah usaha-usaha oleh kementerian bagi menyatukan badan-badan belia dan sukan yang kelihatan banyak berpecah dan bersifat keakuan.

13.              YB Senator Datuk Abdul Rahman Bakar minta Menteri Pendidikan menyatakan:
a.  Adakah kementerian menyedari bahawa ramai pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran mereka di peringkat Sarjana (Master) dan Kedoktoran (PHD) terkandas oleh sebab tidak adanya penajaan. Apakah langkah kementerian dalam menyelesaikan isu tersebut.
b.      Apakah kementerian bercadang memberi cuti sabatikal sepenuhnya kepada mereka yang akan melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan kedoktoran (tidak terhad kepada pensyarah IPT sahaja) .

14.              YB Senator Datuk Abdul Rahman Bakar minta Menteri Pertahanan menyatakan:
a.    Apakah tahap keselamatan di Negara ini benar-benar terjamin dan kukuh memandangkan banyak isu-isu dan peristiwa pencerobohan yang telah berlaku di sempadan darat dan perairan Negara kita telah dibolosi.
b.  Apakah tahap keselamatan di Sabah sekarang terutamanya di Lahad Datu, Kunak dan Sempurna.

15.              YB Senator Datuk Abdul Rahman Bakar minta Menteri Luar Negeri menyatakan:
a.   Apakah peranan dan sumbangan kementerian dalam membantu konflik Agama di Burma, Myanmar.
b.     Apakah usaha-usaha kerajaan Malaysia dalam membantu kerajaan Thailand menyelesaikan isu yang berlarutan di selatan Thailand.

16.              YB Senator Datuk Abdul Rahman Bakar minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan:
a.       Nilai-nilai perdagangan antara Malaysia dan 10  negara yang utama.
b.  Apakah langkah-langkah yang diusahakan oleh kementerian dalam mengimbangkan kedudukan tersebut.

17.              YB Senator Datuk Abdul Rahman Bakar minta Menteri Sumber Manusia menyatakan:
a.   Bilangan pekerja asing yang sah dan tidak sah (PATI) di Negara kita sekarang mengikut pecahan Negara-negara. Nyatakan sektor-sektor utama dan angka-angka mereka yang terlibat.
b.  Apakah langkah-langkah bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing di Negara kita kini.

18.              YB Senator Datuk Abdul Rahman Bakar minta Menteri Pengangkutan menyatakan
a.   Kedudukan prestasi syarikat-syarikat penerbangan seperti MAS, AirAsia, FireFly dan lain-lain sekarang ini.
b.      Apakah langkah-langkah yang diambil bagi menyelesaikan isu ketidakpuasan hati rakyat di Negara ini akibat sikap pihak AirAsia yang didakwa tidak mesra penumpang seperti yang terjadi baru-baru ini.
19.              YB Senator Datuk Abdul Rahman Bakar minta Menteri Kesihatan menyatakan:
a.   Berapakah jumlah hospital daerah yang sudah ada sekarang dan berapakah jumlah yang akan dibina pada tahun ini di seluruh Negara.
b.      Bilakah hospital Daerah Marang, Terengganu akan dibina seperti yang diminta berulang kali oleh penduduk Daerah Marang (satu-satunya Daerah dalam Negeri Terengganu dari 8 Daerah yang tidak mempunyai hospitalnya sendiri).

20.           YB Senator Datuk Abdul Rahman Bakar minta Menteri Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakn:
a.  Apakah usaha-usaha yang dilakukan untuk menstabilkan barang-barang komoditi utama Negara seperti getah, kelapa sawit, lada hitam, koko, kayu kayan, bijih dan emas.
b.      Apakah rancangan kementerian dalam usaha meningkatkan keluaran produk-produk utama tersebut khasnya kelapa sawit, getah, koko dan lada hitam.

 
USUL-USUL

1. JUNJUNGAN KASIH KEPADA DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG
Kami Ahli-ahli Dewan Negara Barisan Nasional merakamkan setinggi-tinggi junjungan kasih kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong atas titah ucapan baginda pada 25 Jun 2013 di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Sesungguhnya titah ucapan tersebut perlu dihayati oleh semua pihak tanpa mengira fahaman politik dan anutan kepercayaan masing-masing.

Titah ucapan baginda ternyata amatlah baik dan berkesan untuk keamanan, perpaduan, kesejahteraan, kebaikan, kemakmuran semua pihak, rakyat dan Negara ini.

2.   MERAKAM UCAPAN TAHNIAH KEPADA PIMPINAN YAB PERDANA MENTERI DAN YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI
Bahawa kami Ahli Dewan Negara dari Barisan Nasional merakamkan setinggi penghargaan dan tahniah di atas kemenangan Barisan Nasional pada PRU-13 baru-baru ini. Kami juga merakamkan tahniah kepada YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilantik sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Turut merakamkan tahniah kepada semua Menteri, Timbalan Menteri dan semua ahli Parlimen Barisan Nasional, serta juga kepada Senator-Senator baru yang telah dilantik. Semoga mereka dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik, amanah, bertanggungjawab, cemerlang dan terbilang demi kesejahteraan rakyat dan Negara.


3. MENYATAKAN RASA DUKACITA DAN KECEWA KEPADA PIHAK PIMPINAN PAKATAN RAKYAT
Menyatakan rasa dukacita dan kecewa kepada pimpinan Pakatan Rakyat yang tidak boleh menerima keputusan PRU-13 yang lalu (5.5.2013).

Kami juga Ahli-ahli Dewan Negara Barisan Nasional mengutuk sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan yang disifatkan sebagai haram di 15 tempat baru-baru ini.

Disebalik dakwaan yang dikatakan pilihanraya itu tidak sah, kami juga berasa hairan dan terkejut bila mana kesemua 89 ahli-ahli Pakatan Rakyat telah mengangkat sumpah pada 24 Jun 2013 dan menerima baik sebagai Ahli Dewan Rakyat.

4.      ISU JEREBU
Menggesa kerajaan menangani isu jerebu yang saban tahun berlaku dan sentiasa berulang di Negara ini. Kami berharap kerajaan dapat menyelesaikan isu ini dalam bentuk jangka panjang agar tidak berulang kembali. Kami juga menyeru supaya satu usaha dibuat diantara kerajaan Malaysia dan Indonesia secara bersungguh-sungguh, menyeluruh, bersifat proaktif serta tidak berulang lagi.

5.      PELUANG PEKERJAAN
Menggesa kerajaan mengutamakan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan daripada rakyat asing.

Kita sedar bahawa sekarang ini terlalu ramai rakyat asing samada yang halal atau haram (PATI) bekerja di Negara ini. Dianggarkan sekitar 5 juta orang. Ini mengancam peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan dan keselamatan Negara. Oleh itu, sudah sampai masanya kerajaan merancang dan berusaha untuk mengurangkan kedatangan rakyat asing dan mengurangkan penggunaan tenaga kerja mereka dan sebaliknya diganti oleh rakyat tempatan yang sekarang ini banyak menganggur.
Oleh itu satu cetak biru dan tindakan yang bersifat jangka pendek dan jangka panjang wajib dilaksanakan segera bagi menghindarkan terjadinya seperti kata pepatah ‘kera di hutan disusukan, anak dibuaian ditinggalkan’.

1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Berkhidmat Untuk Negara,
 
-YB Senator DARB-


Kian menghilang bulan Sya'ban
Esok kan menjelang Fajar Ramadhan
Ampun dan maaf segala kekhilafan
Selamat menyambut kedatangan Ramadhan

 
Ikhlas dari DARB




 
 
 
Di Majlis Santapan sempena Hari Keputeraan ke 51 KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu pada malam 7.7.2013 di Istana Syarqiyyah Bukit Chendering Kuala Terengganu.

Daulat Tuanku!


Final bolasepak anjuran KRT

Posted by rahmanbakar under
 
"Tahniah dan syabas kepada pasukan 'Italy' dan 'Perancis' kerana berjaya ke peringkat final bolasepak anjuran KRT Kg Pengkalan Setar Kuala Terengganu hari ini 7.7.2013", demikian ujar saya semasa merasmikan majlis penutupannya tengahari tadi

Majulah sukan untuk Negara!




Berbincang dengan YB Dato' Ismail Timbalan Menteri Sumber Manusia di Bangunan Parlimen hari ini 1.7.2013 untuk melengkapkan peralatan Institiut Latihan Perindustrian (ILP) Bukit Parit, Marang, Terengganu demi masa depan anak-anak muda kita. Bangunan dah kita bangunkan 3 tahun lepas.


eXTReMe Tracker