Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my



































KATA si giant killer: "Barangkali dia super gred tetapi padahal 'kosong' di Marang." Itu ungkapan agak pedas daripada Senator Datuk Abdul Rahman Bakar yang juga Pegawai Pembangunan Parlimen Marang, Terengganu dalam pertemuan pada malam Sabtu lalu.

Dalam pertemuan di Kuala Lumpur itu, Abdul Rahman membawa saya meninjau tindak-tanduk pelik sebilangan pengikut Pas di kawasannya, Marang, sebelum menjengah lebih jauh seluruh Terengganu.
"Bagi saya Pas banyak 'berlakon'. Pernah sebelum Jambatan Sultan Mahmud di Duyung siap, orang Pas kata tak akan guna, membazir wang.

"Tapi bila jambatan siap, dia lalu juga. Dari Batu 6, Gong Badak, Tok Jering, Seberang Takir dan Kuala Nerus, mereka menghala ke Rusila (kawasan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang)," katanya.
...

Kupasan lanjut sila dapatkan Utusan Malaysia MS 10 tarikh 30.1.2013 

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130130/re_01/Pas-banyak-berlakon


"Anak anak belajarlah bersungguh sungguh sampai ke Menara Gading. Kerajaan komited untuk membantu dari segala segi " sedutan ucapan di SK Marang hari ini 27.1.13













PENYERAHAN BANTUAN AWAL.PERSEKOLAHAN RM 100 HARI INI DI 
1) SM IMTIAZ K.TRG 
2) SK PADANG MIDIN 
3) SM WKAF TAPAI 
4) SM RUSILA

Selamat belajar bersungguh-sungguh! Semoga berjaya!

DARB







Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan SK Kedai Buloh 2013
21 Januari 2013

Datuk Abdul Rahman Bakar (PPP Marang) bersama Ybhg En Zaidi Muda (PPD Bukit Payong)





Agihan Dana Khas Awal Persekolahan 2013 di Sekolah Kebangsaan Gelugor.
 

Agihan Dana Khas Awal Persekolahan 2013 di Sekolah Kebangsaan Tok Dir.

 










Seramai 6892 orang murid di Dun Bukit Payong menerima bantuan. Terima kasih Kerajaan BN.. 
Syukur ya Allah. Semoga BN dapat meneruskan khidmat baktinya.


Bersama Ketua Pemuda Umno Malaysia YB Khairy Jamaluddin di Kg Gelugor Kedai, Dun Alor Limbat, Parlimen Marang sempena Program Bantuan Lesen 1 Malaysia hari ini.. 

Syabas para pemuda!
Terima kasih kerajaan BN..



Merasmikan Majlis Penerangan Ancaman Keselamatan Dalam Negara pada hari ini 19.1.2013 di Dewan Sivik Binjai Rendah Marang Terengganu. Sambutan dan kehadiran amat memuaskan.


Anjuran: 
Pejabat Pegawai Pembangunan Parlimen Marang Bersama Perkasa Daerah Marang
 
Semoga negara yang dikasihi terus berada dalam keadaan selamat, aman dan makmur.





Bukit Payong, Marang - Pada 6 Januari 2013, Pegawai Pembangunan Parlimen Marang, Dato' Hj. Abdul Rahman Bakar dan isteri To' Puan Robiah Hitam bersama Pegawai Pembangunan Dun Bukit Payong, Sdr Zaidi Muda beserta rombongan dan Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) telah berkunjung ziarah dari rumah ke rumah orang sakit dan warga emas di kawasan tersebut.

Dibawah ini beberapa gambar yang sempat dirakam dan dimuatnaik..










Dato' Abdul Rahman dan rombongan mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan kepada mereka yang menerima dugaan ini.






SETIU - Pada 5 Januari 2013 telah diadakan mesyuarat bagi Pusat Daerah Mengundi (PDM) Setiu.

 HIDUP BARISAN NASIONAL! 


Pengerusi Pengundi Luar dan NGO Badan Perhubungan Umno Terengganu, YB Senator Dato' Hj Abdul Rahman sedang memberi taklimat.

Majlis turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian, merangkap Ahli Parlimen Setiu, Y.B. Dato' Hj. Mohd Jidin bin Shafee. 

 Sesi perbincangan melalui persoalan dan jawapan telah berjaya dilaksanakan dan memberi kesan yang efektif serta positif terhadap persediaan mengahadapi PRU 13.

Wanita turut bertanyakan soalan dalam sesi perbincangan.

Kehadiran adalah amat memuaskan dan penyertaan dari kalangan ahli adalah sangat baik.


MARANG - Pada 4hb Januari 2013, rombongan YB Senator Dato' Hj Abdul Rahman Bakar dan isteri To' Puan Robiah binti Hitam telah berkunjung dari rumah ke rumah bagi menyampaikan sumbangan kepada lebih 30 warga emas dan pesakit kronik di Dun Bukit Payong, Parlimen Marang.

Turut bersama beliau adalah Pegawai Pembangunan Dun Bukit Payong, Zaidi Muda dan dibantu oleh AJK Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Dibawah antara gambar yang sempat dirakamkan oleh rombongan YBS DARB.
Pesakit kanser telinga

Seorang kana-kanak yang sakit diziarahi oleh PPP Marang dan PPD Bukit Payong

Warga emas yang mengalami kesukaran bernafas berkongsi cerita..

Menilik ubat yang perlu dimakan..

Bertanya khabar..

Dato' Hj Abdul Rahman mendoakan kebaikan, kesihatan dan kesembuhan kepada mereka yang menerima dugaan dari Allah ini. Semoga bantuan ini dapat meringankan beban yang dirasa.

Ikuti laporan oleh Mohd Azlim Zainuri dari akhbar Sinar Harian seperti dibawah:-




eXTReMe Tracker