PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN


Berikut adalah soalan & cadangan yang dikemukakan oleh saya di Dewan Negara, Hari Rabu - 25 APRIL 2012, Hari Khamis - 26 APRIL 2012 dan Hari Rabu 2 MEI 2012:-

PN-1251-L13897
Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah kriteria pemilihan penggabungan antara GLCs seperti MAS dan pihak swasta seperti AirAsia. Sebutkan jumlah penguasaan ekuiti MAS-AirAsia oleh pihak-pihak yang berkaitan dengan penggabungan perniagaan syarikat penerbangan gergasi itu.


PN-1251-L13907
Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta MENTERI KEMAJUAN LUAR
BANDAR DAN WILAYAH menyatakan:-
a) berapakah jumlah peruntukan Kerajaan Persekutuan untuk membina jalan baru luar bandar dan menaikkan taraf jalan kampung di Terengganu sejak tahun 2010 dan 2011; dan

b) apakah Kerajaan bercadang untuk menaikkan beberapa jalan luar bandar di Parlimen Marang untuk menjadi jalan negeri yang menghubungkan antara Pekan Marang dengan Kuala Berang.


Soalan dan cadangan lain yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Negara pada HARI RABU, 25 APRIL 2012, PUKUL 10.00 PAGI boleh dilihat penuh di:
http://www.parlimen.gov.my/files/opindex/pdf/AUMDN25042012.pdf

----------------------------------------------------------------------------------------------

PN-1251-L13908
Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta PERDANA MENTERI menyatakan tentang usaha Kerajaan bagi membanteras masalah orang-orang Islam yang akan menukar agama Islam kepada agama-agama lain. Apakah ada usaha-usaha Kerajaan untuk mewujudkan Rang Undan -undang Murtad di Malaysia.

PN-1251-L13898
Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan tentang hala tuju Dasar Agromakanan Negara (DAN) ke arah menjadikan negara berpendapatan tinggi. Jelaskan juga tentang usaha menangani bil pengimportan hasil hasil makanan seperti ikan, daging lembu, jagung, gandum, ayam dan susu segar yang saban hari semakin tinggi. Apakah ada usaha Kementerian untuk melaksanakan projek projek pertanian secara "reserve investment" di negara-negara ASEAN untuk menangani pengaliran wang ke luar negara.

Soalan dan cadangan lain yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Negara pada HARI KHAMIS, 26 APRIL 2012, PUKUL 10.00 PAGI boleh dilihat penuh di:
http://www.parlimen.gov.my/files/opindex/pdf/AUMDN26042012.pdf


----------------------------------------------------------------------------------------------

PN-1251-L13909
Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan tentang status hutan simpanan rizab Melayu di Kelantan yang dilaporkan telah berkurangan dan hampir 60 hektar telah ditukar milik tanpa pengetahuan. Apakah usaha-usaha Kerajaan untuk membendung masalah penerokaan hutan berlebihan dan tidak mengikut garis panduan EIA berlaku di negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang seperti Kelantan dan Kedah.

PN-1251-L14109
Dato' Abdul Rahim bin Abdul Rahman minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada pelepasan cuti bersalin selama 90 hari dilaksanakan di semua jabatan Kerajaan dan sejauh manakah kebenaran bahawa beberapa jabatan Kerajaan tidak dapat memenuhkan kelayakan ini disebabkan oleh kekurangan tenaga kerja, seperti yang dilaporkan di dalam beberapa akhbar.

PN-1251-L13899
Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tentang usaha membanteras penyeludupan manusia dan pendaftaran pekerja asing atau PATI melalui sistem biometrik sejak tahun 2009 hingga 2011. Apakah usaha terkini yang dilaksanakan Kerajaan untuk membendung masalah penyeludupan manusia.

Soalan dan cadangan lain yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Negara pada HARI RABU, 2 MEI 2012, PUKUL 10.00 PAGI boleh dilihat penuh di:
http://www.parlimen.gov.my/files/opindex/pdf/AUMDN25042012.pdf



------------------------------------ USUL CADANGAN --------------------------------


PN-1251-U13929
Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengambil maklum tentang kecekapan sistem pengangkutan awam yang merupakan sebahagian daripada kelestarian dan keharmonian mana-mana sempadan di dunia. Kecekapan berkenaan perlu diwujudkan selari dengan pertambahan penduduk yang begitu cepat. Ini menyebabkan bandaraya-bandaraya besar termasuk Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru dan lain-lain sentiasa dilanda kesesakan lalu lintas yang mendesak. Kadangkala, untuk sampai ke destinasi yang berada di sekitar 5km sahaja akan mengambil masa yang agak lama. Ini merugikan masa, tenaga, minyak petrol dan keharmonian di kalangan pengguna pengangkutan awam. Dewan juga sedia maklum bahawa kereta persendirian juga masih banyak digunakan biarpun berlaku penurunan tetapi ternyata masih tinggi iaitu 34% (1985) turun kepada 20% (1997) dan 10-12% (2008). Namun, penurunan penggunaan kereta persendirian akibat sistem pengangkutan awam yang telah ditambah baik melalui pengenalan pengangkutan rel transit seperti Komuter, LRT, STAR dan bas rapid yang semakin banyak (tersusun) bukan bermakna rakyat berpuas hati dengan apa yang terhidang di hadapan mata mereka. Justeru, Dewan ini diseru supaya pihak Kerajaan mempercepatkan transformasi terhadap sistem pengangkutan darat selari dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD).


Kerajaan juga diseru untuk mengurangkan kesesakan di kawasan-kawasan perniagaan; mempertingkatkan jumlah bas berhenti-henti di samping monorel yang lebih teratur dengan pelaksanaan piawaian perkhidmatan yang lebih canggih dan bersistematik. Kerajaan juga perlu mengambil kira projek-projek infrastruktur yang memungkinkan integrasi stesen dan kemudahan-kemudahan "park and ride" yang lebih lestari dan teratur seperti yang sedang dilakukan di Putrajaya."

(Menteri Di Jabatan Perdana Menteri)

PN-1251-U13942
Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini sedia maklum tentang Kerajaan Indonesia yang telah bermain tarik tali di dalam isu pembantu rumah (amah). Ketika mengadakan perbincangan di antara Kerajaan, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menyelesaikan masalah ini sebaik mungkin. Namun, secara tiba-tiba pula, Kerajaan Indonesia mengumumkan untuk menghantar rakyat mereka yang terlatih sebagai amah untuk bekerja di dalam satu bidang kerja sahaja dengan gaji RM700 sebulan. Bayangkan apa akan jadi kepada keluarga yang bekerja yang tidak tentu masa, sudah tentu merumitkan mereka untuk membersih pakaian, menyediakan makan minum untuk keluarga dan untuk membersih/mengemas rumah. Kita faham bahawa pembantu rumah atau amah diperlukan untuk membantu keluarga menjaga anak-anak mereka yang bekerja/keluar mencari rezeki. Dewan ini juga sedia maklum bahawa prestasi kerja dan kedamaian keluarga juga berlaku akibat suasana rumah tangga yang harmoni. Sekiranya keadaan hiruk pikuk di rumah dengan keadaan persekitaran di dalam rumah yang lintang pukang; anak-anak yang terbiar; makanan yang tidak terurus, sudah tentu hasil kerja dan produktiviti seseorang itu akan terganggu. Maka, Dewan ini, disaran supaya Kementerian Sumber Manusia (KSM) membuka ruang kepada pengusaha-pengusaha latihan untuk memberikan perkhidmatan dan latihan kepada anak-anak muda tempatan untuk berkhidmat sebagai amah secara sistematik. Jika perlu, satu kurikulum berkaitan yang dikenali Aloss perlu digubal dan disebar-luas kepada pengusaha yang berminat. Satu tempoh masa perlu diberi perhatian oleh Kerajaan bagi memastikan anak-anak kita dijaga oleh pekerja tempatan yang lebih memahami budaya dan cara hidup serta agama yang dianuti di Malaysia. Selain itu, di masa sama, ianya menjimatkan Kerajaan dari segi pengaliran wang keluar negara yang berjumlah lebih RM5 bilion setahun. Ianya juga untuk mengurangkan masalah gejala sosial dan salah laku yang berlaku ke atas keluarga dan amah yang bekerja di negara kita."

(Menteri Sumber Manusia)


PN-1251-U13943
Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang jugan Ahli Parlimen Permatang Pauh banyak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan dasar luar Malaysia. Antara yang begitu ketara apabila beliau secara terang-terangan tanpa segan silu menyokong supaya semua negara memelihara keselamatan/keamanan Israel. Sedangkan beliau tahu Israel adalah negara haram. Israel adalah negara "atas angin" sahaja tanpa berpaksi kesahihan undang-undang antarabangsa. Namun, Anwar telah menegaskan dalam The Wall Street Journal bahawa negara itu perlu diperlihara. Ini bermakna Anwar telah menggadai prinsip demokrasi, mengguris perasaan orang-orang Islam bahawa negara yang sah iaitu Palestin; merobek persefahaman negara-negara Islam yang lain terhadap Malaysia kerana Anwar dikenali atas perjuangannya dulu di dalam ABIM (yang akhir-akhir ini jauh terpesong) dan semangat musyawarah di kalangan negara-negara Islam yang menyokong Palestin. Justeru, Dewan ini didesak untuk mengambil satu tindakan terhadap kes-kes seperti yang dilontar oleh Anwar dengan mengadakan peraturan ke atas sesuatu komen atau pandangan bersandarkan sensitiviti negara-negara yang mahu diberi komen dengan mengambil kira fahaman agama dan geopolitik setempat. Maka Kerajaan diminta menyediakan garis panduan atau peraturan ke atas kebebasan mengeluarkan pendapat tanpa menidakkan fakta dan dasar luar negara Malaysia. Ini penting bagi memastikan kedaulatan negara kita tidak tercemar oleh sepatah perkataan yang sengaja dihemburkan demi untuk suatu bentuk simpati politik peribadi yang akhirnya merosakkan imej Malaysia di mata dunia."

(Menteri Luar Negeri)


Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Parlimen Kedua Belas (2012)
Senarai Aturan Urusan Mesyuarat
Rujuk: http://www.parlimen.gov.my


Menyaksikan persembahan 'Raja dan Rakyat Berpisah Tiada' di Dataran Merdeka Kuala Lumpur pada 21.4.2012 sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. Daulat Tuanku.



Merasmikan Majlis Pemberian Netbook 1 Malaysia Dun Rhu Rendang Parlimen Marang pada 17.4.2012. YB Senator Dato' Abdul Rahman Bakar (Pegawai Pembangunan Parlimen Marang) bersama Tuan Haji Nik Dir Nik Wan Ku (Pegawai Pembangunan Dun Rhu Rendang).

Netbook 1 Malaysia untuk 1434 pelajar sekolah Menengah Marang Terengganu


Sebahagian daripada pelajar yang menerima Netbook.

Semoga pelajar-pelajar ini dapat memanfaatkan kemudahan yang diberikan dengan sebaik-baiknya dan semoga ia dapat membantu melancarkan proses pencarian maklumat dan pembelajaran mereka.



Bersama Persatuan Belia Perkasa Batu 10 Marang... Sebuah program mengisi minda



Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman PAKR Sungai Kerak, Marang

Program Tautan Kasih & Perasmian Pos Kawalan Utama Skim Rondaan Sukarela (SRS)

Pada 14 April 2012





Jom bakar ayam bersama Belia Tasik Padang Kabar Marang





Menyampaikan Bantuan Keawangan sempena merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Pertubuhan Peladang dan Pelancaran Laman Hijau Bukit Payong Marang Terengganu pada 12.4.2012.

Semoga Persatuan Pertubuhan Peladang Kawasan Bukit Payong ini terus maju.







YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan memberi tabik hormat sebaik berangkat ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-14 di Balairong Seri, Istana Negara, Jalan Duta, hari ini. Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah. Turut hadir, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman. - Foto BERNAMA

Ikrar Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong
KUALA LUMPUR: Berikut adalah ikrar Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada istiadat pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 di Balairong Seri, Istana Negara, hari ini.

"BISMILLAHIRRAHMANNIRAHIM, BETA ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH BERSYUKUR KE HADRAT ALLAH SUBAHANAHU WATA'ALA KERANA DENGAN IZINNYA BETA TELAH DIPILIH MENJADI YANG DI-PERTUAN AGONG. DENGAN INI, BETA AKAN MENJALANKAN SEADIL-ADILNYA PEMERINTAHAN BAGI MALAYSIA MENGIKUT UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN NEGARA, SERTA MEMELIHARA DENGAN SEMPURNANYA SETIAP MASA, AGAMA ISLAM, DAN BERDIRI TEGUH DI ATAS PEMERINTAHAN YANG ADIL DAN AMAN DALAM NEGARA."

Sebelum itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat perisytiharan bahawa Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah dipilih oleh Raja-raja Melayu sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Najib melafazkan: "BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM BAHAWA INILAH DIMASYHURKAN KEPADA SEKALIAN ORANG SERTA PENDUDUK NEGARA MALAYSIA IAITU DULI YANG MAHA MULIA RAJA-RAJA TELAH MEMILIH ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH, DAN PADA HARI, WAKTU DAN SAAT YANG GILANG GEMILANG INI, MAKA SERI PADUKA BAGINDA DITABALKAN NAIK TAKHTA KERAJAAN MENJADI TURUS NEGARA BAGI MALAYSIA DENGAN BERGELAR SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG." - BERNAMA


Petikan: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TuankuAbdulHalimditabalYangdi-PertuanAgongke-14/Article



YB Senator Dato' Abdul Rahman (Chairman Myanmar-Malaysia Chamber of Commerce) bersalam menyambut ketibaan YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Naypyitaw, Myanmar.

NAYPYITAW: Tatkala Myanmar memberikan sambutan permaidani merah kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak pada lawatannya ke sini baru-baru ini, ia mengharapkan lebih daripada sekadar memperkukuhkan lagi hubungan dua hala.

Dan, Najib tidak mengecewakan hosnya, Presiden U Thein Sein. "Saya berkunjung ke sini bukan untuk menyelesaikan masalah. Saya datang ke sini untuk mencari peluang-peluang yang bermanfaat kepada kedua-dua negara," katanya.

Sebagai membuktikan yang beliau benar-benar serius untuk tujuan itu, Najib membawa delegasi 100 ahli, lebih 50 daripada mereka adalah ahli perniagaan dalam pelbagai bidang seperti telekomuniksi, pembuatan, pembalakan, pertanian dan pembinaan.

Najib menyifatkan lawatan dua hari beliau ke Myanmar yang sedang melakukan pelbagai pembaharuan, sebagai tepat pada masanya dan telah membuahkan hasil yang positif, dengan beberapa pendekatan telah dikenal pasti untuk memperkukuhkan lagi hubungan antara dua sahabat dan telah membuka ruang kepada beberapa sektor baru.

Najib berkata, beliau mendapati Thein Sein seorang yang "mesra, spontan dan berterus terang".

Difahamkan pada mesyuarat delegasi, Thein Sein telah mengeluarkan senarai barangan dan menggesa Malaysia melabur lebih banyak di Myanmar dan menambah nilai industri-industri sedia ada.
Presiden juga mempelawa Malaysia meningkatkan pelaburan dalam industri tambah nilai seperti getah dan sawit, hospitaliti, dan minyak dan gas, di samping menceburi sektor-sektor baru seperti telekomunikasi, farmaseutikal, pelancongan dan pembinaan.

Untuk melancarkan proses pengukuhan hubungan dua hala, Malaysia dan Myanmar bersetuju menubuhkan suruhanjaya bersama, yang dijadual mengadakan mesyuarat pertama di Malaysia pada Jun.

Malaysia dan Myanmar akan, antara lain, mengkaji kemungkinan mengendalikan sebahagian perdagangan dalam mata wang tempatan, berikutan sekatan yang dikenakan ke atas Myanmar.

Prospek mewujudkan cawangan bank Myanmar di Malaysia dan sebuah cawangan bank Malaysia di Myanmar juga sedang dikaji.

Malaysia juga akan mewujudkan pejabat di Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) pada pertengahan tahun ini di Myanmar, menyifatkannya sebagai "destinasi panas pelaburan", untuk mempermudahkan perniagaan dan pelaburan Malaysia di negara ini.

Najib dan Thein Sein juga menyentuh mengenai pembaharuan yang berlaku di Myanmar, dan Presiden Myanmar itu memberitahu Perdana Menteri Malaysia bahawa proses itu tidak mungkin dibalikkan semula kepada keadaan sebelum ini.

"Saya berpendapat presiden amat komited dan perjalanan ini (pembaharuan) tidak akan diubah," kata Najib.

Najib juga memberikan jaminan kepada Thein Sein bahawa Malaysia akan cuba menyakinkan negara-negara maju untuk menyemak semula sekatan yang dikenakan ke atas Myanmar. - BERNAMA

Petikan: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/LawatannajibbukansekadarperkukuhhubunganMalaysia-Myanmar/Article

eXTReMe Tracker