\
YBS DARB diberi taklimat oleh urusetia gerakan banjir di SMK Seri Payong, Marang

YBS DARB bersama jentera /urusetia banjir di SK Bukit Gasing, Marang

YBS DARB memberi sumbangan kepada mangsa banjir di Dun Rhu Rendang 

Gambar oleh: Matam Mohamad

Mangsa banjir di Marang
 
Laporan ringkas:-

Mangsa berpindah di sepuluh tempat antaranya Telekom Rusila,Sekolah Bukit Gasing, Pasir putih, Gong Balai, BR Beris Gong, Sekolah Kubu, Sekolah Pengkalan Berangan, Dewan Orang Ramai Temala, Sekolah Jenang, Sekolah Seri Payong ,berjumlah 287 orang. Hari ini kebanyakan mereka sudah pulang.. Syukur ya Allah.

Laporan oleh: Datuk Rahman Bakar

Majlis Sepetang Bersama YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin - Timbalan Perdana Menteri Malaysia. "Jangan Runtuh Institusi Islam Yang Dibina BN"

Tawan Dun Manir Parlimen Hulu Terengganu dari tangan PAS ke tangan BN dengan semangat juang yang kental dan tinggi. Parang sekadar simbolik semangat perjuangan sahaja.. Semoga tidak disalah ertikan.

Semoga Tun Mahathir Mohamad Negarawan Ulung mantan Perdana Menteri Malaysia yang amat dikasihi dan berjasa ini terus sihat walafiat, panjang umur, murah rezki, didalam keberkatan dan keredhaan Allah SWT juga (Gambar diambil pada 21.12.2012 Jumaat di Pejabatnya).

WE LOVE TUN.

KEDUDUKAN/DAYA SAING MALAYSIA DI PERSADA DUNIA (193 NEGARA)

1. Kemudahan kredit nombor 1
2. Perlindungan Pelabur nombor 4
3. Pelancongan nombor 9
4. Paling berurus niaga nombor 12
5. Perdagangan antarabangsa nombor 20
6. Paling kompetitif nombor 25
7. Destinasi pelaburan paling menarik nombor 10
8. Mudah menjalankan perniagaan nombor 12
9. Khidmat paling utama nombor 3
10.Penggangguran 3%
11.Pertumbuhan KDNK 5.4%
12.Perintis kewangan Islam terulung di dunia
13.Negara paling selamat nombor 19 di dunia dan nombor 3 di Asia

"Tahniah dan syabas Kerajaan BN kerana pencapaian cemerlang, gemilang dan terbilang tersebut...Semoga pilihanraya ke 13 BN terus menang besar demi memacu rakyat dan negara ke tahap yang lebih cemerlang dan sejahtera..."

BN DI HATI RAKYAT DAN PENGUNDI

Dari laman Facebook DARB
Layari 1malaysia

Bergambar kenangan dengan Pegawai Pegawai Pertanian Daerah Marang Terengganu sempena lawatan dan mesyuarat MOA di Parlimen hari ini 3.12.2012.PERTANIAN ADALAH SATU PERNIAGAAN..HIDUP PETANI, PENTERNAK, PELADANG DAN NELAYAN!

Rombongan Ziarah Peti Undi Gelugor Kedai

Posted by rahmanbakar under
Al-fatihah buat pasangan suami isteri dari Kg Pengakalan Setar, Gelugor Kedai...
Arwah Maimunah Ali yang telah kembali ke rahmatullah pd 01-12-2012 dan disusuli pula suaminya Arwah Raja Masnu pd 04-12-2012 beberapa hari selepas YB Sen Dato' Abd Rahman Bakar membuat lawatan serta menghulurkan bantuan bagi meringankan penderitaan pasangan tersebut...

Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan berada dikalangan orang-orang beriman..amin..

Lawatan YBS DARB dan rombongan ke rumah salah seorang penduduk yang uzur di Kg Pengkalan Setar, Peti Undi Gelugor Kedai.

Kredit gambar dan laporan oleh: Yus Hj Yahya @ Cahaya Ilusi

Angin ahmar uji Rahman, Robiah

Posted by rahmanbakar under
Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
s2@utusan.com.my

ABDUL Rahman Bakar dan Robiah Hitam bersama sebahagian daripada ahli keluarganya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20121124/ke_03/Angin-ahmar-uji-Rahman-Robiah#ixzz2DDB7Bamv
© Utusan Melayu (M) Bhd
ABDUL Rahman Bakar dan Robiah Hitam bersama sebahagian daripada ahli keluarganya.

SENATOR Datuk Abdul Rahman Bakar, 60, suatu ketika dikenali kerana kelantangan suaranya dan 'kejutannya' menundukkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi kerusi Parlimen Marang pada Pilihan Raya Umum ke-11, 2004.

Melangkah ke kediaman Abdul Rahman yang terletak di Kampung Gelugur Kedai, Marang jelas mempamerkan kehidupan figura ini masih cukup dekat dengan rakyat apatah lagi beliau juga masih memikul tanggungjawab sebagai Pegawai Pembangunan Parlimen Marang.

Rumah banglo satu tingkat ini bukan sahaja dibina untuk keluarganya malah menjadi 'rumah' kepada penduduk di Parlimen Marang apabila pejabat beliau turut ditempatkan bersebelahan kediaman itu malah di dalam pagar yang sama.

Ketika kunjungan S2 baru-baru ini, pejabatnya tidak putus-putus dikunjungi orang ramai.

Pun begitu, beliau masih sempat meluangkan masa untuk temubual yang berlangsung kira-kira satu jam itu.

Diselangi gurau senda dan tawa, beliau mengimbas memori bersama isteri yang sentiasa bersamanya dalam suka dan duka, To' Puan Robiah Hitam, 57.

Menceritakan detik awal pertemuan mereka, Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim (MPTI) Johor Bahru menjadi saksi permulaan bibit percintaan pasangan itu.

Beliau yang sangat aktif ketika menuntut di institusi pengajian itu menjadikan bapa kepada enam orang anak ini amat popular di kalangan pelajar wanita. Namun ujar beliau, hatinya telah terpaut kepada isterinya yang ketika itu lebih terkenal dengan nyanyiannya di MPTI.

"Ketika bertemu dengan isteri, saya menjadi guru pelatih tahun dua manakala dia pula di tahun satu. Disebabkan saya seorang yang aktif dalam persatuan memudahkan saya berjumpa dan berhubung seterusnya berkenalan dengannya sehingga ke jenjang pelamin.

"Pada ketika itu juga, dia amat popular di maktab kami kerana kelunakan suaranya malah dia juga merupakan johan Pertandingan Nyanyian di Maktab Se-Malaysia serta johan bintang radio. Saya merasakan sebagai orang paling bertuah kerana menerima saya" katanya.

Menurut Ahli Dewan Negara yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini, perkenalan selama setahun bersama isterinya yang merupakan anak jati Alor Gajah, Melaka itu seterusnya membawa kepada pertunangan selama setahun dan kemudian tanggal 1 April 1979 mereka selamat diijabkabulkan.

Selepas berkahwin, beliau yang merupakan seorang guru di Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang, Selangor kira-kira tujuh bulan menyambung kerjaya di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman di Kuala Terengganu manakala isterinya di Sekolah Menengah Seri Budiman selama dua tahun sebelum menamatkan perkhidmatannya untuk terlibat dalam kancah politik.

Bermula dari saat itu, beliau mula aktif di dalam politik sehingga dilantik sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia (2004), Ahli Parlimen Marang (1986-2004) dan pelbagai lagi jawatan lain.

Namun pada tahun 2009, Abdul Rahman berdepan dengan ujian yang getir apabila disahkan menghidap angin ahmar yang menyebabkan beliau tidak mampu bercakap kira-kira tiga bulan dan ketika itu isterinya merupakan insan yang paling kuat memberi sokongan sehingga pulih seperti sedia kala.

"Itu merupakan saat yang paling tidak boleh dilupakan namun saya bersyukur mempunyai isteri yang sanggup menjaga saya ketika melalui ujian itu," jelasnya yang mampu bangkit dan kembali aktif.

Ditanya tentang sejauh mana isterinya memahami kesibukan tugas hariannya sama ada dalam bidang politik mahupun persatuan sejak di awal perkahwinan lagi, beliau bersyukur kerana dikurniakan seorang isteri yang sangat memahami dan bijak mengatur masa berkualiti bersama keluarga.

Mengakhiri perbualan, Abdul Rahman dengan nada berbisik memaklumkan beliau dan isterinya tidak sempat berbulan madu selepas berkahwin apabila beliau terpaksa menyambung pelajaran ke UKM setelah dua bulan melangsungkan perkahwinan.

Namun jelasnya, siapa sangka, walaupun hanya berbulan madu ketika menuntut di UKM, perkahwinan mereka kini diserikan dengan enam orang cahaya mata termasuk sepasang kembar perempuan iaitu Eliana Siswana dan Eliani Siswani, 20, yang kemudian diikuti Ika Akalili, 28, Buani Atiqi, 27, Ayuni Madarina, 24, dan Faten Sabila, 21 tahun.

Kesemua mereka berjaya menyambung pelajaran ke menara gading di dalam dan luar negara dan itu merupakan satu-satunya perkara yang dititikberatkan beliau sebelum anak-anak mereka dibenarkan berumah tangga.

Jelasnya, biarpun kehidupan sehariannya amat sibuk namun sebagai ketua keluarga, beliau tidak sama sekali mengabaikan tanggungjawabnya mendidik anak-anak. Sebagai bekas seorang guru, beliau mengakui pelajaran sangat penting untuk berjaya dalam apa jua bidang yang kita ceburi.

"Saya tidak pernah memaksa anak-anak untuk menyertai bidang politik seperti mana saya buat sebelum ini di mana pada tahun 1986 saya sanggup meletakan jawatan sebagai guru untuk menyertai politik dengan lebih serius.

"Namun keseriusan saya dalam bidang ini berbaloi kerana sehingga ke tahap ini saya masih bergiat aktif dalam politik dan melalui penglibatan itu saya lebih dekat dengan orang ramai dan mengambil berat masalah mereka.

"Untuk menjadi siapa pun, kita perlu ada ilmu pengetahun dan itu tidak boleh dinafikan sama sekali," jelasnya.

Petikan oleh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20121124/ke_03/Angin-ahmar-uji-Rahman-Robiah

SENATOR Datuk Abdul Rahman Bakar, 60, suatu ketika dikenali kerana kelantangan suaranya dan 'kejutannya' menundukkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi kerusi Parlimen Marang pada Pilihan Raya Umum ke-11, 2004.
Melangkah ke kediaman Abdul Rahman yang terletak di Kampung Gelugur Kedai, Marang jelas mempamerkan kehidupan figura ini masih cukup dekat dengan rakyat apatah lagi beliau juga masih memikul tanggungjawab sebagai Pegawai Pembangunan Parlimen Marang.
Rumah banglo satu tingkat ini bukan sahaja dibina untuk keluarganya malah menjadi 'rumah' kepada penduduk di Parlimen Marang apabila pejabat beliau turut ditempatkan bersebelahan kediaman itu malah di dalam pagar yang sama.
Ketika kunjungan S2 baru-baru ini, pejabatnya tidak putus-putus dikunjungi orang ramai.
Pun begitu, beliau masih sempat meluangkan masa untuk temubual yang berlangsung kira-kira satu jam itu.
Diselangi gurau senda dan tawa, beliau mengimbas memori bersama isteri yang sentiasa bersamanya dalam suka dan duka, Toh Puan Robiah Hitam, 57.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20121124/ke_03/Angin-ahmar-uji-Rahman-Robiah#ixzz2DDAneC26

Mengagihkan bantuan bulanan kebajikan masyarakat Parlimen Marang Terengganu. Semoga beban golongan yang kurang bernasib baik dapat dikurangkan...

Dato' Abdul Rahman Bakar, Pegawai Pembangunan Parlimen Marang melawat orang sakit dan mangsa kemalangan di Dun Rhu Rendang bersama Pegawai Pembangunan Dun Rhu Rendang, Tn Hj Nik Dir Nik Wan Ku. Turut hadir adalah anggota APMT.

Bergambar kenangan dengan para pesilat Sepelek Gunung Jati Mercang Marang Terengganu pd 16.11.2012
Persembahan yang memikat!

Kenangan dgn Guru dan Ajk Silat Sepelet Gunung Jati Marang Terengganu

Sepelek Gunung Jati

Merasmikan Forum Perdana bertajuk Pilihanraya ke 13 : PILIH BN atau PR?
Pada 10.11.12 jam 9.00 malam bertempat di Dataran Gelugor Kedai Parlimen Marang Terengganu..Ahli Panel Us Fathul Bari Mat Jahya dan Sdra Tn Hj Ruslan Kassim..moderator Us Kamaruddin Omar...

Sukaneka Rakyat Kg Gelugor

Posted by rahmanbakar under
Senam pagi di Sekolah Rendah Kebangsaan Gelugor.
Tahniah! Pasukan Gelugor menang

Bersama sama penduduk Taman Pekalongan Melor Marang Terengganu pagi ini 9.10.2012 untuk acara senamrobik dan merentas desa. Badan sihat minda cergas.

Jemputan:-
Sukacita dijemput semua ke Pertandingan Futsal di Padang Bola Gelugor pada 9.10.12 dari jam 8.00 pagi - 5.00 petang ..datanglah beramai ramai

Anak-anak pelajar prasekolah SK Seberang Marang membuat persembahan penuh bersemangat.

Tahniah buat anak bangsaku......kata-kata Dato' Rahman Bakar dalam penyampaian Anugerah Kecemerlangan SK Seberang Marang

Persatuan Teksi Kuala Terengganu

Posted by rahmanbakar under
 Mesyuarat & perjumpaan bersama Persatuan Pemandu Teksi Kuala Terengganu.

Sedap dan berselera sekali makan nasi bungkus selepas bermesyuarat dgn AJK Persatuan Pemandu Teksi Kuala Terengganu...

Merasmikan Temasya Sukaneka Sek Simpang Rawai, Marang , Terengganu...Badan sihat minda baik menghasilkan kecermerlangan...syabas murid murid dan guru guru.

Tahniah rumah kuning johan sukaneka!

Mesyuarat BPUNT

Posted by rahmanbakar under
Mesyuarat Jawatankuasa Badan Perhubungan Umno Terengganu pada 22.10.2012 dipengerusikan oleh YAB Dato Seri Ahmad Said.

Majlis Panen Tuai Keladi Lubok Batu Marang

Posted by rahmanbakar under
Majlis panen (tuai) keladi bersama Exco Pertanian YB Ashaari bin Idris di Lubok Batu Marang pada 21.10.12.Ppeserta 53 orang seluas 53 ekar.. syabas peladang!

Mesyuarat Sukaneka

Posted by rahmanbakar under
Mesyuarat Sukaneka Pemuda dan Puteri Peti Undi Gelugor Kedai pada 15.10.12

Dengar sini semua.."Kita rampas Dun Rhu Rendang dan Parlimen Marang dalam PRU ke 13 nanti ". Demikianlah tekad dan seruan kami sempena pelancaran KEBANGKITAN MERAMPAS DUN RU RENDANG DARI PAS yg dianjurkan oleh Pemuda Peti Undi Bandar Marang pada malam12.10.12

TAHNIAH pasukan Seri Mara kerana Johan dalam pertandingan memasak Bubur Lambuk peringkat Daerah Marang pada hari ini 11.10.12...memang lazat memang sedap.

Oleh: Aida Abd Rahman 

http://teganukita.blogspot.com/2012/09/bn-optimis-rampas-marang.html

BARISAN Nasional (BN) optimis untuk merampas kembali kerusi Parlimen Marang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang serta Bukit Payong pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Keyakinan itu dilontarkan `Giant Killer’ yang juga bekas Ahli Parlimen Marang, Senator Dato’ Abdul Rahman Bakar berdasarkan lima indikator utama iaitu pertama, BN kian diterima rakyat selepas pelbagai transformasi kepimpinan di bawah Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak yang mengutamakan kebajikan menyebabkan rakyat merasa tidak terpinggir.

 Pada masa yang sama, peranan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said yang mengetuai kepimpinan BN dan Umno peringkat negeri pula sentiasa turun padang dan bersama rakyat tanpa mengira waktu dan tempat.

“Asas dan pendekatan itu turut meruntun jiwa rakyat tanpa mengira latar belakang, malah mereka di atas pagar juga mula menyebelahi kepimpinan beliau, sekali gus akan bersama-sama menyokong kerajaan.

“Indikator kedua yang menyokong kenyataan saya adalah mengenai masalah dalaman di Terengganu yang amat kurang sejak kebelakangan ini. Jika dulu orang mengatakan di Terengganu wujud dua puak yang berpecah dalam Umno, bagaimanapun sekarang tiada lagi apabila mereka saling bercampur dan boleh berada di bawah satu bumbung, satu payung. Sekarang permusuhan itu sudah menemui jalan perdamaian demi bagi melihat Umno terus perkasa serta dihormati semua pihak,” katanya ketika ditemui Teganukita, di pejabat beliau,di Gelugor Kedai, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

 Faktor ketiga, rakyat turut mengenang budi kerajaan yang tidak jemu-jemu melaksanakan pembangunan di mana setiap pelusuk tempat boleh dinikmati pelbagai golongan selaras dengan slogan Kemerdekaan Negara ke-55, `Janji Ditepati’.

 “Pelbagai pembangunan berlaku di Marang. Contohnya kemudahan infrastruktur seperti sekolah, jalan raya, balai raya, masjid, surau baru, bangunan baru termasuk kem askar dan juga Institut Latihan Perindustrian.

Daripada segi fizikal, pembangunannya memang `tip-top’ di Parlimen Marang yang turut menaikkan lagi industri desa dan menjana ekonomi penduduk kampung,” katanya.

 Faktor keempat, dari segi bantuan dan kebajikan BN kepada rakyat juga diagihkan tanpa mengira waktu malah, terdapat dana yang diberikan kepada rakyat yang kurang berkemampuan tanpa dijangka. “Seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia, dana hari raya, dana bakti remaja.

Malah, bantuan kepada budak sekolah dan kemudahan untuk rakyat seperti Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik Rakyat 1Malaysia (KR1M), tuisyen percuma, e-book dan macam-macam.

“Jadi bantuan itu melekat di hati rakyat. Dalam kerendahan jiwa, rakyat bersyukur walaupun ada di kalangan mereka tidak meluahkannya dan memendam sahaja, hakikatnya mereka berterima kasih dengan jasa kerajaan.

 “Rakyat bersyukur kerana kerajaan cakna, mengambil berat selain meringankan beban mereka. Demikian perubahan ketara yang dilaksanakan kerajaan pimpinan BN dan Umno di peringkat negeri serta Pusat. Dulu tidak ada BR1M, tidak ada KR1M, tidak ada bantuan baiki rumah, tidak ada Rumah Mesra Rakyat, rumah orang-orang tua.

 Sekarang bertambah banyak dari pelbagai sudut, kategori mahu pun golongan mendapat bantuan. Tiada golongan yang terpinggir. Hatta, kanak-kanak, budak sekolah, remaja, penganggur, isi rumah, ketua isi rumah, orang-orang tua, mahu pun orang sakit dan mereka yang ditimpa musibah seperti kemalangan, kebakaran dan banjir,” katanya.

 Beliau berkata, satu perubahan besar dilakukan oleh BN di peringkat negeri serta Pusat sudah pun meresap di jiwa rakyat di mana kesemua mereka tanpa batasan umur, terutama golongan muda, orang atas pagar mahu pun pembangkang menerima dan memanfaatkan kesemua bantuan itu.

 Faktor kelima adalah isu yang meruncing di kalangan pembangkang di mana mereka kelihatan setangkai tetapi tidak sebau. Sebagaimana umum mengetahui, Pas hendak menubuhkan negara Islam, DAP tidak bersetuju dan tidak menyokong usaha tersebut.

 “Pas kata nak berhudud tapi DAP kata jangan. Seolah-olah Pas tunduk kepada DAP. Jadi, orang tidak yakin dengan Pas sekarang, disebabkan Pas tunduk kepada DAP.

 “Dulu negara Islam. Sekarang negara kebajikan. Dulu nak berhudud, sekarang tidak ada hudud sebab tunduk kepada DAP, Lim Kit Siang, Karpal Singh dan sebagainya.Di situ timbul konflik dan masalah di kalangan puak pakatan pembangkang ini,” katanya.

 Tambah beliau lagi, isu kedua yang sedang meruncing adalah PKR dengan Pas pun hakikatnya `tidak sebulu’. Contoh, PKR begitu liberal mengenai dasar agama. PKR liberal dan juga pluralisme yang mana prinsip itu bercanggah dengan pegangan Pas. Malah, PKR juga menyokong dan menyertai pemimpin yang melaungkan `LGBT’.

Pada masa yang sama, Pas terpaksa tunduk demi menjaga hati, hubungan dan juga perasaan `adiknya’ ini. Bagaimanapun, mereka yang tunduk terhadap desakan adalah di kalangan pemimpin atasan sahaja termasuk Presiden Pas, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang; Mursyidul Am, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Naib Presidennya, Mahfuz Omar.

Dari situ menyerlahkan lagi realiti tindakan puak pemimpin Pas yang kian menghancurkan dasar perjuangan mereka sehingga sanggup menggadaikan prinsip dan menjual maruah dan kesucian agama.

 “Oleh yang demikian, orang muda serta orang atas pagar sudah hilang kepercayaan terhadap perjuangan Pas disebabkan mereka menjadi pak sanggup dalam pakatan rakyat ini.

“Tindakan Pas itu membuktikan bahawa parti itu tidak lagi dominan dan bukan tunjang kepada pakatan pembangkang ini. Pas kata nak ganti Umno. Umno tulang belakang kepada BN. Itu tidak sama kerana Pas bukan tulang belakang kepada PKR. PAS hanya pengikut. Jadi, orang mula meluat, timbul kebencian dan tiada keyakinan lagi dengan barisan kepimpinan Pas,” katanya.

Menurut Dato’ Abdul Rahman, dalam pilihan raya nanti pun kerusi yang akan dipertandingkan oleh Pas lebih kecil, berbanding DAP dan juga PKR.

 “Pas akan bertanding pun lebih-lebih 65 kerusi sahaja daripada 222 kerusi Parlimen. Jadi, orang tak yakin sedangkan lebihan itu dibahagikan antara DAP dengan PKR. Bagi orang orang muda pula, katanya, mereka tidak yakin dengan perjuangan Pas kerana mereka daripada golongan terpelajar dan pastinya tidak akan menggadai maruah.

 “Mereka tidak akan menjual maruah, dasar Islam, ketuanan Melayu kepada pembangkang. Ini semua terjadi disebabkan oleh lemahnya Pas, akibat kuatnya pengaruh DAP dan PKR,” katanya. Isu ketiga adalah pemimpin PKR jadi Perdana Menteri jika pembangkang menang dan ternyata pemimpin bukan bukan di kalangan orang Pas kerana `kuasa’ PKR mahu meletakkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, seandainya mereka berjaya menawan PRU13.

Bagaimana kriteria bakala PM yang berdepan dan dilabelkan dengan pelbagai moral negatif mengenai skandal seks, rasuah dan sebagainya itu harus diterima.

“Jadi, bersandarkan moral yang teruk bagaimana hendak menjadi pemimpin, lebih-lebih lagi Perdana Menteri sekali gus menyatakan hasrat untuk menawan Putrajaya. Itu momokan saja. Bukan realiti kerana semua sedar dan maklum kemampuan dia dari segi pembahagian kerusi dan masa akan datang. Jadi, kenyataan itu sekadar angan-angan mereka,” katanya.

Menyambut ketibaan YAB Tan Sri Hj Muhyiddin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia tiba di Negeri Terengganu Darul Iman pada 25 September 2012.

Bersama YAB TAN SRI DATO HJ MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Majlis Ramah Mesra di Seri Satria Putrajaya 24.9.2012

Selamat Pengantin Baru Dayana (Anakanda Menteri Besar Terengganu) dan Hafiz. Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Permaisuri turut berangkat mencemar Duli pada malam 22.9.2012 di Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu.

Tahniah, semoga berbahagia & kekal berpanjangan..

 Jamuan Merdeka Raya Aidilfitri 2012 di Tasik Padang Kabar Marang Terengganu. Kebetulan jatuh Hari Malaysia 16.9.2012..Syabas Malaysia...Syabas Sabah dan Sarawak.

====================================================================
Beraya di Tanah Lot Kubu Marang

 Isteri Dato' Abdul Rahman Bakar, To' Puan Robiah Hitam bersama kumpulan Marhaban Nasyid Kg Tanah Lot Aluan Syed Marang sempena Merdeka Raya pada 16.9.2012

To' Puan Robiah Hitam menyampaikan ucapan di Tanah Lot Kubu Marang.

eXTReMe Tracker